KVSA | 20

38.3K 2.7K 72
                                    

Loceng berbunyi. Semua pelajar mengemas barang dan buku lalu dimasukkan ke dalam beg. Selepas ini mereka akan ada aktiviti kokurikulum. Syafina menoleh sekilas pada Aulia di sebelah. Sejak pertengkaran kecil tadi, rakannya hanya diam begitu juga Danish.

Dan automatik juga, semua ahli meja itu juga senyap tidak bersuara.

Syaf merapati Aulia.

"Aulia, kau okay ke?"

Aulia hanya mengangguk. Syaf mengerti, mesti Aulia tiada mood untuk bercakap. Tak apa nanti lama-lama dia okay. Macam dia tak kenal Aulia.

"Jom!" Ajak Aulia Zulaikha sambil menyandang beg conversenya.

"Korang pergi dulu, aku dengan Zaf nak hantar buku latihan dekat meja cikgu Azwida.." Kata Nina.

"Cakap jelah nak dating uwuu..." Usik Farisha lalu ketawa kecil buat Nina buntang.

Nina menunjukkan penumbuk. Malu bila Farisha berkata begitu tambahan pula Zafirul di sebelah. Tak nak dia pandang muka Zafirul. Malu weyh!

Mereka mengangguk dan berjalan keluar dari kelas diikuti Nuha, Farisha dan Ain.

Saat kepala Aulia menoleh ke kiri, susuk tubuh Danish sedang bersandar pada dinding balkoni bersama kawannya yang lain di hadapan kelas 4Seni. Apa lagi, tunggu makwe dialah tu.

Wait. Kenapa nak kesah sangat Aulia Zulaikha?

Aulia terus melangkah pergi ke tingkat bawah melalui tangga.

Sementara di dalam kelas, Zafirul mengambil separuh daripada buku  latihan yang agak tebal itu Nina akan bawa yang separuh lagi.

Tiba-tiba tangan lain laju mencapai baki buku yang di atas meja itu.

"Jom Zaf," Kata Kyla dengan senyuman. Bersedia menghantar buku.

"Tapi ni kerja kitaorang," Ujar Zafirul.

"Tak salahkan nak tolong you."

Rajin sangat kenapa minah ni. Kerana geram, Nina menghadap Kyla dengan bersilang tangan.

"Kenapa masa kau pegang jawatan AJK keceriaan tu, kau malas nak mampus? Sekarang rajin pula. Mambang mana yang sampuk kau eh?" Tanya Nina.

"Whatever.." Kyla menjeling.

Zafirul menyerahkan buku dalam pegangannya pada Nina. Dia mendekati Kyla dan buku dalam pegangan gadis itu diambil.

"Jom Nina.."

Nina membontoti langkah Zafirul. Sempat lagi senyuman sinis dihadiahkan pada Kyla yang sudah tayang muka tak puas hati.

***

Beg telekung diletakkan di sebelah beg sekolahnya. Kemudian langkah diatur mengikuti rakannya yang lain ke kantin. Masih berbaki 30 minit sebelum waktu kokurikulum bermula.

"Nak makan apa ha? Dah lah harini ada latihan sukan. Takut lapar pula.." Ujar Nuha sambil kepalanya memandang menu yang disediakan untuk harini.

"Aku nak air mineral jelah.." Aulia tak ada rasa nak makan. Akhirnya hanya Aulia dan Nuha saja yang membeli air mineral.

"Jalan-jalan jom. Bosanlah.." Rengek Farisha. Semua bersetuju.

Kaki diatur tanpa hala tuju. Saja melihat kawasan sekolah. Lagipun bukan selalu dapat merayau.

Di sudut jalan yang lain, sekumpulan lelaki sedang berjalan melewati koridor itu sambil berbual rancak.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now