Bab1🎈

9.9K 221 3
                                    


"Darviena Diana where the hell are you?" Aku menjarakkan sedikit telefon dari telinga. Terasa bingit telinga mendengar jeritan di sebelah sana.

"I'm on my way. Nak sampai dah ni." Aku membalas dengan kelang kabut. Kaki menekan minyak supaya kereta berjalan dengan lebih laju.

"Papa dah bising dekat telinga aku ni. Cepat sikit." Belum sempat hendak membalas talian di sebelah sana terus putus.

Habis la aku kejap lagi. Memang kena perli habis habis la dengan Danish nanti dekat pejabat.

Aku masak sangat dengan perangai Danish abang tercinta aku seorang tu. Dia bukan boleh orang marah dia sebab salah orang lain.

Ini semua salah Ika la ni. Kalau la dia tak hasut aku keluar dengan dia malam tadi mesti aku tak lambat datang pejabat pagi ni.

Dah la ada mesyuarat penting pagi ni dengan pemegang pemegang saham yang lain.

Sebaik saja sampai di perkarangan pejabat mata terus mencari pakring khas buatku.

Elok saja aku hendak mengundurkan kereta untuk memasuki petak parking tiba tiba

DUMM

"Oh shit." Kaki terus menekan break kereta apabila aku lihat dari cermin sisi sekujur tubuh telah terbaring di atas jalan tar.

Kelang kabut aku keluar dari kereta untuk melihat manusia yang dah pun terbaring terlentang di atas jalan tar.

"Encik encik okay tak?" Aku bertanya dengan kabut. Hati tak payah kata memang berdebar tak berhenti.

"Ssaakkiitt ssaakiitt." Dia membalas dengan terketar ketar. Tangannya memegang helmet di kepala.

Melihat dia seperti susah hendak membuka, tangan aku laju membukakan helmet di kepalanya.

Menggigil kedua tangan aku melihat darah yang banyak mengalir di kepalanya.

"Ttoolloonggg tolonnggg ssaakkitt." Dia bersuara lagi dengan susah payah.

"Cik Darviena? Kenapa ni?" Aku mengangkat kepala melihat tuan empunya suara.

"Ha Pakmat tolong panggilkan ambulance. Cepat sikit pakmat." Separuh menjerit aku meminta pertolongannya.

"Baik cik." Pakmat membalas sambil tangan mendial telefonnya.

"Saakkiitt." Lemah sekali suaranya di pendengaran telingaku. Melihat kerutan di dahinya membuatkan aku berasa semakin bersalah. Mesti dia rasa sakit sangat ni.

"Encik encik tahan kejap eh. Ambulance dah on the way dah ni. Tahan sikit encik." Aku membalas sambil tangan aku mengangkat kepalanya perlahan dan memangku di pehaku.

Tidak henti henti mulut aku terkumat kamit meminta maaf kepadanya. Kalau la aku tengok dulu kiri kanan sebelum mengundur kereta mesti tak jadi macam ni.

❄️❄️❄️

"Macam mana keadaan dia Ika?" Aku bertanya sebaik saja Ika keluar dari bilik kecemasan.

"Buat masa ni dia masih tidur tak sedar lagi sebab effect ubat tidur tadi tapi kau jangan risau la dia dalam keadaan stabil." Mengucap syukur aku apabila mendengar jawapan daripada Ika.

"Thanks Ika." Aku memegang kedua tangan Ika.

Tak boleh diucapkan dengan kata kata bertapa bersyukurnya aku kerana Ika dapat selamatkan lelaki tu.

"Welcome. Ha ni kalau kau nak tengok dia pergi la masuk dalam. Kalau masa kau masuk dia sedar kang kau tekan loceng tepi katil dia. Nanti aku datang check keadaan dia lagi sekali. Kau okay kan sorang sorang ni? Aku tak boleh nak teman kau lama lama ni. Aku ada patient lagi nak di lawat." Ika aku lihat sedang sibuk melihat file di tangannya sambil mulut tidak berhenti bercakap.

"Okay. Aku okay je. Kau pergi la buat kerja kau. Thanks again weh." Rasa bersalah pula nak suruh Ika teman aku sedangkan dia sedang sibuk dengan kerjanya.

"Terima kasih je tak cukup. Kena belanja aku dinner malam ni." Tangan pantas memukul lengan Ika yang sudah tersenyum sinis.

"Ish kau ni kalau tak ambik kesempatan memang tak sah kan? Yela yela kau set tempat nanti bagitau aku." Aku menjeling tajam ke arah Ika.

"Cantik macam ni la. Dah aku gerak dulu pembantu aku dah dok lambai lambai panggil aku tu haa." Ika memuncungkan bibir ke arah nurse yang berada tidak jauh daripada kami.

Setelah Ika pergi aku mula berjalan menuju ke arah bilik yang menempatkan lelaki tadi. Belum pun sempat untuk membuka pintu biliknya telefon bimbit aku berbunyi nyaring.

"Hello." Sebaik mengangkatnya aku terus bersuara.

"Kau dekat mana? Tau tak papa tengah mengamuk dengan perangai kau ni? Meeting tak masuk bukan nak bagitau. Bukan papa je aku pun tengah mengamuk dengan kau ni." Mata aku pejam keluhan aku lepas dengan kuat.

"Aku dekat hospital ni." Aku membalas dengan perlahan.

Yela maklum saja sekarang ni berada dekat hospital kan mana boleh nak buat bising sangat.

"What? buat apa kau dekat hospital?"

"Accident."

"What? Accident?" Aku menjarakkan telefon di telinga. Danish ni kalau menjerit macam perempuan kuat dia.

"Viena accident? Viena sakit dekat mana? Cakap dengan papa Viena dekat hospital mana? Papa datang sekarang." Kali ini papa pula menyampuk. Nada suaranya kedengaran risau.

Setelah memberitahu keberadaan aku dan cerita benda sebenar kepada papa serta meyakinkan papa yang aku baik baik saja terus aku mematikan telefon.

Bukan taknak papa datang tapi bukan aku yang kemalangan pun. Kalau aku yang kemalangan yela juga. Jadi tak perlu la sampai papa nak datang hospital ni.

Masuk saja ke dalam bilik yang menempatkan lelaki itu aku dengan perlahan lahan menarik kerusi di tepi katil untuk duduk.

Dengan penuh perasaan bersalah aku lihat sekujur tubuh yang masih tidak bergerak lagi.

"Saya minta maaf sangat awak sebab tak tengok kiri kanan sebelum undur kereta." Dengan nada perlahan aku bersuara. Tidak henti henti mulut aku meminta maaf. Rasa bersalah kuat menyelubungi aku. Lama mata merenung wajahnya dan kepalanya yang berbalut.

Berbalut macam ni pun nampak handsome. Kalau mata tu terbuka mesti lagi handsome ni. Detik hati aku.

Menggeleng kepala aku. Viena apa benda ni? Orang ni masih tak sedarkan diri kau boleh nak menggatal kan? Aku menggetuk kepala sendiri.

Aku pantas bangun dari dudukku apabila melihat tangannya serta bola matanya bergerak gerak.

Oh dia dah sedar ke ni? Tangan terus mencapai loceng yang berada di tepi katilnya.

Belum pun sempat aku hendak menekan loceng tepi katilnya matanya terbuka dengan luas memandang sekeliling sebelum terhenti memandang aku.

Jantung bagai terhenti berdegup melihat pandangan matanya. Handsomenya dia.

"Siapa kau?" Lagi sekali jantung bagai berhenti mengepam darah. Machonya suara dia.

Terasa seperti hendak pengsan aku di tepi katilnya apabila dia merenung tepat ke dalam mataku.

Agak lama juga kami bertentangan mata sebelum satu suara menegur di tepi pintu mematikan tentangan mata kami berdua.

"Viena?"

DARVIENAWhere stories live. Discover now