Bab20🎈

3.3K 146 4
                                    


"Qie dah nak sampai dah. Viena ready je la. Nanti mama panggil baru keluar ye." Mama memegang lembut bahuku.

"Okay mama." Aku membalas dengan senyuman nipis.

"Mama keluar dulu ye. Ika tolong teman Viena eh dalam ni. Mama ada banyak benda nak kena buat dekat bawah."

"Baik mama." Ika membalas. Aku menghantar pemergian mama dengan ekoran mataku.

Tiga bulan sudah berlalu dan hari ini merupakan hari pernikahan di antara aku dan juga Rizqie.

Aku dan Rizqie tidak pernah bersua muka sejak berbincang tarikh perbincangan perkahwinan kami tiga bulan lepas bersama sama dengan keluarga kami.

Kami juga tidak pernah berhubung melalui telefon sepanjang tempoh tiga bulan ini. Pergi butik pengantin untuk mencuba baju pengantin pun secara berasingan.

Mama memang tak tau pasal benda ni sebab aku awal awal dah tipu kata Rizqie tunggu aku dekat butik. Padahal aku pergi seorang diri untuk cuba baju.

Baik aku mahu pun dia masing masing cuba mengelak untuk berjumpa berdua. Aku masih tak bersedia untuk berjumpa dia lagi.

Perasaan aku masih lagi belum reda dengan kejadian yang dah jadi sewaktu kami di Korea.

Tiada majlis merisik dan bertunang di jalankan. Terus bincang tarikh untuk pernikahan kami.

Majlis nikah dan sanding pun aku serahkan semuanya kepada mama dan mak Rizqie. Satu pun aku tak pernah ambik tau.

Tugas aku cuma beli barang untuk hantaran saja buat Rizqie. Itu pun aku beli ikut suka hati aku je tanpa bertanya Rizqie apa yang dia mahu.

"Oi Viena senyum la sikit. Apa ni muka sendu je macam kena paksa kahwin." Ika menepuk bahuku membuatkan aku tersentak dari lamunan.

"Kau ni kenapa? Sakit la." Aku menolak bahunya dengan kasar tidak puas hati dengan perbuatannya.

Kalau aku ada sakit jantung ni mahunya aku kojol terus dekat dalam bilik ni.

"Kau tu la kenapa muka monyok je. Orang nak kahwin muka senyum sampai ke telinga yang kau pula monyok je. Nak kata kena kahwin paksa tak. Masing masing suka sama suka."

Bila masa aku kahwin dengan dia suka sama suka Ika? Aku tak suka pun dengan perkahwinan ni. Aku berkata di dalam hati.

"Dah mengeluh pulak. Kau ni kenapa sebenarnya Viena? Cuba share dekat aku apa yang mengganggu fikiran kau ni?" Keluhan aku lepas.

"Aku risau malam pertama aku ni Ika." Aku ketawa palsu.

Masih ada lagi ke istilah malam pertama buat orang yang tak ada dara macam aku ni?

Mana mungkin aku nak bercerita tentang kejadian hitam yang dah berlaku tiga bulan lepas dekat Ika. Itu aib antara aku dan juga aib Rizqie yang perlu aku jaga.

"Aku ingat apa la tadi. Rupanya dok fikir pasal malam pertama. Bongok la kau ni." Ika ketawa kuat. Aku pula memberikan senyuman simpul buatnya.

"Kau jangan risau sangat la Viena. Aku yakin Qie mesti faham kalau kau kejung je malam nanti. Maklum la kali pertama kan? Nanti lama lama jadi expert la." Ika mengeyitkan matanya sambil tersenyum miang.

"Bodoh la kau ni Ika. Jangan nak dirty talk dengan aku boleh tak? Kau tu belum kahwin lagi la. Rosak imej nak jadi bakal kakak ipar aku." Aku memarahi Ika.

DARVIENAWhere stories live. Discover now