Bab 1 -Sapa bawa garam belacan?

264 12 3
                                    


BAB 1

SAPA BAWA GARAM BELACAN!

"Ya Allah... siapa pulak makan garam belacan tak basuh bekas nii??" Geram rasanya Dazril melihat bekas garam belacan yang dibawa entah oleh siapa dibiarkan terbuka dan meja pula tidak dibersihkan. Bau semerbak belacan memenuhi ruang bilik pantri pejabat itu.

Dazril baru sahaja masuk ke dalam bilik pantri untuk mengambil secawan air masak di situ. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik pantri itu, matanya tertumpu ke atas meja.

Panas betul hatinya. Siapalah punya angkara ni? Namun hanya satu sahaja yang terbayang di ruang mindanya kini.

'Ni mesti budak utara tu.' Fikirnya lagi. Tidak ada siapa yang dapat dituduhnya lagi kerana baginya hanya orang utara seperti Deja sahaja yang suka benda-benda pelik macam ni.

#ohnopembulicinta

Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now