"Daz, baru balik?"
"Ya mama." Tangan mamanya disambut dan dicium sebagai tanda hormat seorang anak.
"Tadi Mir cakap dia tak dapat pergi ke pejabat kamu. Dia ada hal. Esok dia akan pergi." Ujar mamanya. Memang alasan yang tidak dapat diterima. Sepatutnya hari ini merupakan hari pertama Dazmir masuk ke pejabat. Pertama kali Dazmir muncul pada hari itu masih belum dikira.
"Iyalah tu, mama. Alasan aje tu. Mama bukan tak tau. Anak kecil mama tu macamana. Manja. Spoil brat." Selamba sahaja ayat yang meluncur keluar dari bibir Dazril.
"Daz, he is your only brother, okay." Mama seperti biasa membela adiknya itu. Dia tahu, jika Dazmir yang melakukannya, semua itu dikira okey.
"Okeylah, mama. I'm sorry." Dazril mengucup pipi mamanya sambil mengambil sebiji kuih tepung gomak dari pinggan di meja makan mereka.
"Hey, Daz. Duduk minum dulu." Namun Dazril sudah menaiki anak tangga ke tingkat atas.
Datin Karen hanya mampu menggeleng.
YOU ARE READING
Ohh No!! Pembuli Cinta??
HumorCerita mengisahkan tentang Khadeja atau Dheja yang selalu sahaja dibuli di pejabatnya. Adik hero yang baru pulang dari luar negara yg kasihan dengannya sering membantunya. Menimbulkan rasa tidak senang hati hero kerana hero memang seorang boss yg...