Part 15 -Penatlah gini...

80 6 0
                                    

"Nak duduk mana ni?" soal Dazmir bila melihat agak ramai juga orang yang ada di cafe seberang jalan bangunan pejabat mereka. Agak panas juga cuaca walaupun baru jam 10.00.  Dazmir mula tidak selesa. 

Dheya tersenyum. Dia dah biasa menunggu. Kalau sekadar berdiri tidak menjadi masalah baginya.

"Tunggu dululah Cik Mir. Memang sini ramai orang. Semua nak makan." Tambah Dheja lagi.

Semua ini memang menguji kesabarannya.

"Jom kita keluar tempat lainlah kalau macam ni." Tiba-tiba Dazmir memberi saranan.

"Tak apalah Cik Daz. Kami tak boleh lama-lama keluar makan ni.  Nanti Cik Daz bising." Lebih baik dia berlapar dari kena marah dengan Cik Daz.

"Kak Mah,macamana ni?"  itulah msalahnya kalau keluar makan dengan anak boss. Dia tak mengapalah nak keluar bila dan lama mana pun.

"Kak Mah beli bungkus ajelah, dik. Kau temankan Cik Mir kita ni, ya. Akak akan cakap kat ofis tu kalau ada yang cari awak ya?" Mengapalah Kak Mah langsung tidak membantu? Aku hanya mengharapkan Kak Mah sahaja ketika ini untuk melepaskan diri dari terpaksa menemani Dazmir keluar makan pagi.

Dheja menarik muka.

Dazmir perasan dan tersenyum.

"Terima kasih ya Kak Mah. Nanti saya tapau buat Kak Mah ya." ujarnya berkali-kali.

Kenapalah aku yang jadi mangsanya? Padahal ramai lagi staf lelaki yang boleh diajaknya bersama?

Malas nak fikirlah.

Dheja akhirnya terpaksa mengikut Dazmir keluar minum pada pagi itu.



Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now