Part 16 - Peneman Cik Mir

86 6 0
                                    

Tidak pernah pun dia keluar makan pagi sejauh ini.

"Cik Mir, jauh kita ni." Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia hanya membeli dan bawa balik sahaja untuk makan pagi. Namun memikirkan Dazmir masih baru di situ dan anak kedua boss pula, tidak sampai hati pula rasanya.

"Tak apa. Nanti saya cakap kat abang saya, okey?" kenyit matanya pula.

"Waah... Hebatnya Cik Mir ni ya. Hanya dengan kenyitkan mata macam ni dah boleh jamin pekerjaan saya di syarikat papa Cik Mir ke?" Dheya menyoal kembali.

Dazmir tersenyum dan mengangkat bahu.

"We will see."

Begitu yakin benar mamat sekor ni.

"Okey, sila pilih menu nak makan apa." 

Memang aku jarang makan pagi di tempat-tempat mewah begini. Mengapa perlu membazir jika kita boleh sekadar mengalas perut sahaja?

"Ni bukan breakfast dah ni, Cik Mir. Heavy dah ni." Aku meneliti menu di cafe itu. Memang ramai pengunjung di situ. Dekorasi modennya yang aku rasa menjadi tarikan ke sini.

"Tak pernah breakfast kat sini ya?" soal Dazmir.  Mengerutkan dahi. 

"Bazirlah.  Makan mahal-mahal.  Padahal benda sama ja pun.  Nasi lemak juga."  Rungut Dheja lagi. 

"Apa awak cakap sorang-sorang ni Dheja? Cakaplah kuat sikit. Saya tak dengarlah."  Ujarnya sambil mendekatkan mukanya ke hadapan.  Mujur juga Dheja spontan ke belakang.

"Eh, tak ada apa-apalah. Saya cakap, bazir ja."

Tengok apa reaksinya pula.

Dazmir mengangkat bahu.

"Tak adalah.  Takat nak makan je.  Mana bazirnya. Kita bukan ambil sorang 4 pinggan pun kan?" Uii. Cakap pandai betullah mamat ni. Oh ya, aku lupa. Dia berpelajaran tinggi.

Dheja mengangkat kening.

"Cik Mir orderkanlah apa-apa pun.  Mahal ni. Tak gamak saya nak order."  Nanti dia kata aku nak 'balas' dia pula. 

Dazmir tersengih.

"Alaa.. setakat makan ni aje. Bukan makan malam lagi.Errmm... kalau saya ajak awak temankan saya keluar makan tengah hari? Makan malam? Ha, boleh?" terkejut Dheja dibuatnya. 

Tidak selesa dengan gurauan itu.

"Err...Cik Mir boleh ajak staf lelaki lain tak?"

"Tapi saya tak kenal mereka."

"Cik Mir pun tak kenal saya."

"Tapi saya jumpa awak dulu masa mula datang pejabat tu. Jadi saya assume saya kenal awak dululah."

Adoi mamat sekor ni.


Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now