Part 24 - Dazril si tukang sibuk

75 5 0
                                    

"Apa ni abang dengar kamu bising-bising ni, ha? Lain kali pintu tu rapatkanlah sikit kalau nak tengking-tengking pun." Tiba-tiba sahaja Dazril muncul entah dari mana.  

Dah habis meeting agaknya.

"Ni ha, mama nak buat welcoming party untuk Mir. Tapi mama tak de pembantu.  Jadi Mir offerlah Dheya tolong mama. Dia pulak tak nak."

"What? Party untuk Mir? Bila pulak Mir plan dengan mama ni? Kenapa abang tak tahu pun?" Kecik hati pula dia dibuatnya.

Dazmir tersengih.

"On the spot planning je, bang." Ujar Dazmir dengan rasa bersalah. Tak banyak pun. Sikit aje. 

Dazril menutup pintu di belakangnya. Kemudiannya berjalan ke arah meja adiknya. Dia merenung dari atas ke bawah gadis cantik yang ada di hadapan mereka berdua.

"Kau nak suruh dia buat apa dik? Basuh pinggan ke?" Dazril tergelak besar.

Geram pula hati Dheja dibuatnya. Ada ke patut? Tadi suruh jadi pembantu Datin Karen sebagai penyambut tetamu. Kenapa perlu buat benda lain pula? 

Sewel betullah anak boss yang satu ni.

"Hmm... tu dah melampau, bang. Taklah sampai macam tu. Mir suruh dia bantu mama. Sambut tetamulah. Mana kita ada orang perempuan kat rumah kita tu."

"Anak-anak Mak Long?" 

"Rin dan Ozi tu ke? Hey, diorang kan kat kolej." 

"Hmm..." mata Dazril melingas memandang Dheja lagi.

"Saya minta diri dulu ya. Cik Mir, saya tak jadi tau." Dheja sudah berpaling ke belakang dan mahu berjalan pergi bila Dazril tiba-tiba merentangkan tangan menghalang.

"Jap. Jap. Nanti dulu." 


Ohh No!! Pembuli Cinta??जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें