Part 11- Soalan Dazmir

88 6 0
                                    

"Daz, budak perempuan yang aku nampak hari tu, staf ke tea lady?" tiba-tiba muncul soalan itu dari bibir Dazmir.  Dazril tersenyum.

"Staf.  Dalam probation. Napa kau sibuk-sibuk ni?" Dazril menumpukan perhatiannya di jalanraya.  Apa hal pulak Mir tanya aku macam tu?  Dia nak ngorat Dheja ke? Biar betul.

"Tak delah.  Aku tengok dia buat kerja tea lady untuk kau.  Sebab tu aku tanya.  Nak kata cleaner cantik sangat kot. Selalunya mak cik-mak cik baru kita ambik jadi cleaner, tul tak?" tambah Dazmir lagi.  Sambil memeriksa telefon pintarnya.

"Banyak kau punya mak cik ya. Eh, tak salahkan kalau aku nak suruh staf mana-mana pun buatkan air untuk aku? Aku kan boss jugak kat situ."  Tingkah Dazril. Tak pasal-pasal dia pula dipersoalkan.

"Eh, kau kan ada PA kau. Si Lisa tu kan? Takkan nak menaip je 24 jam?" Ke situlah pula.

"Dahlah.  Lantaklah aku nak suruh sapa pun. Yang kau tiba-tiba berminat pasal budak tu, pe hal ha? Kau nak ke?" Duga Dazril. Tersenyum. Teringat kembali ketika Dheja yang kalut itu takut melihatnya naik darah. Kenapalah nampak comel sangat?  Namun dia tidak menganggap gadis itu lebih dari staf sahaja. 

"Hee, kau nilah, abang.  Tak kesian betul ya pada budak tu. Dia tu grad mana sampai boleh kerja dengan kita? Dia di bahagian mana?"  Entah mengapa wajah comel itu terbayang-bayang sahaja di matanya selepas melihat wajah gadis itu beberapa hari yang lalu. 

"Dia tu belajar tinggi. Ada Master.  Tah kenapa tak belajar terus PhD.  Bazir je ambik Master."  Kalau belajar PhD boleh jadi Pensyarah di mana-mana IPTA atau IPTS.

"Dia orang susah kot?"

"Tak juga.  Masa temuduga hari tu, mak bapak dia okey jugak. Kenapa ni? Pelik je kau tanya macam-macam?"

Dazmir tersengih bagai kerang busuk.





Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now