Part 12 - Dheja disakat dalam lif

100 7 0
                                    

"Tu bukan budak tu ke?" Dazmir menyiku lengan abangnya ketika Dheja mahu melangkah masuk ke lif yang sama.

"Selamat pagi Cik Daz, dan Cik Mir." Tegur Dheja sebaik sahaja terpandang kedua orang bossnya ada di dalam lif itu. Dia teragak-agak sama ada mahu masuk ke dalam lif itu atau menunggu lif seterusnya. Namun masa yang tidak begitu mengizinkan, maka dia melangkah masuk juga. Sambil menjinjit buah pelam dan garam belacan di tangan kanannya.

"Pagi, Dheja." Balas Dazril.

Dheja berada di antara dua beradik kembar itu. Tubuhnya yang kurus dan tinggi lampai itu hampir menyamai paras bahu kedua beradik itu. Wangi haruman bungaan dari pewangi gadis itu membuatkan Dazmir terleka seketika.

"Bawa apa tu Dheja?" Soal Dazmir.

Dheja serba salah. Nak jawab ke tak ni?

"Err... Pelam dan garam belacan."

Mahu tergelak kedua beradik itu dibuatnya. Tetapi ditahan.

"Wah! Hari-hari bawak garam belacan ni, kamu mengandung ke?" selamba Dazril menegur.

Dazmir tergelak kecil.

"Eh, taklah. Mana saya ada suami Cik Daz. Kawan lelaki pun tak ada. Agak-agaklah, Cik Daz." Amboi berani pula gadis ini menjawab. Bisik hati Dazril lagi.

"Manalah saya tau." Tingkah Dazril lagi.

Suka sangatlah dia menyakat aku! Bentak hati Dheja lagi.

Hai... bersabarlah hati.




Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now