Part 9 - Dazmir at home

82 7 0
                                    

"Mamaaaa.." Satu pelukan manja dari arah belakang membuatkan Datin Karen tergelak kecil. 

Dia sudah dapat meneka gerangan yang memeluknya.

Satu kucupan hinggap di pipinya.

"Mama, mama masak apa petang ni?"  Kuih tepung gomak yang masih bersisa di tangan mamanya dibawa ke mulutnya dan digigitnya.  Datin Karen tergelak kecil.

Sifat manja mengada-ngada anak lelakinya yang seorang ini tidak pernah berubah terhadapnya.  Berbeza sekali dengan sikap anak lelaki sulungnya yang seorang lagi. Yang lebih keras dan kental peribadinya.

"Eh, eh, budak ni. Ini kuih mama dah makanlah. Ambiklah yang lain." Namun Datin Karen membiarkan sahaja anak lelakinya itu memakan kuih sisanya.

Kemudian Dazmir merenungnya lama.

Kedua tangan mama digenggamnya dan dibawa ke dada.

"Mir rindu mama tau.  Kat UK tu Mir hanya ingatkan mama dan masakan mama aja tau." Ujar Dazmir sambil mencium tangan mamanya bertalu-talu.

Datin Karen hanya tersenyum.

"Mama tak tahulah dengan kamu ni, Mir. Kalau ada girlfriend, macamana ya? Manja macam ni jugak ke, hmm?"  soal mamanya lagi.

Dazmir tergelak kecil.

"Haha... mama ni buat lawaklah. Kalau orang tu secantik mama...pandai masak macam mama... pandai ambil hati macam mama... haa.. baru Mir akan kahwin dengan orang tu!" Gelak Dazmir lagi sambil menjawab soalan dari mamanya itu.

"Mir... Mir.. macam-macamlah kamu ni. Kalau macam tu, bila ya kamu akan ke temu gadis macam tu? Ada ke?" soal mamanya kembali sambil mencium pipi anak lelakinya itu dengan pantas.

Dazmir tergelak besar.

"Entahlah mama. We will see."



Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now