Part 5 - Dheja ganti baju baru

115 9 0
                                    

Bab 5- Dheja Ganti Baju Baru 

"Tok, tok, tok."

"Masuk."

"Encik Dazril. Saya nak minta maaf sebab hal semalam. Saya tak sengaja."

Dheja lansung tidak berani mengangkat muka walaupun berdiri di hadapan meja majikannya itu.

Dazril memerhatikan gadis cantik di hadapannya itu.

"Macamana kamu tau brand apa yang saya pakai? Macamana kamu tau saiz apa yang saya pakai? Kamu ni tukang tilik ya?" jerkah Dazril lagi. Kenapalah dia masih lagi bengang dengan sikap gadis itu yang sungguh cemerkap itu?

Dazrin sudah membawa baju kesayangannya untuk 'dry cleaning' selepas pulang dari kerja.

Hinggakan Dazmir kehairanan.  Kemudian apabila teringatkan kisah tadi dia pula tergelak besar.

"Sapa budak tu? Macam Neelofa pun ada.. Macam Emma Maembong pun ya. Cute giler. GF baru kau ke, Daz?"

"Uihh, agak-agaklah. Budak kampung ja. Kerja pun kat ofis kita. Apa kelasss???"

"Kau bukan tak tau taste abang kau ni macamana."

Dazmir tersengih.

Segera terbayangkan wajah-wajah gadis cantik dan seksi yang pernah datang dan pergi dalam hidup abangnya itu. Sikap buaya abang kembarnya itu memang tidak boleh dibendung lagi. Biarpun mama mereka pening dengan gadis-gadis yang lansung tidak boleh dibuat menantu itu, namun gadis-gadis seperti itulah yang silih berganti di dalam hidup abangnya.

"Hmm... Budak tu dah cantik. Kalau alter sana sini, lagi cantik!" Gelak Dazmir lagi kuat. Dazril mengerutkan dahi.

"Hee... Tak boleh pakai langsung idea kau nilah, Mir. Dahlah."

Dheja tidak bercakap banyak. Dihulurkan beg kertas dan ada baju kemeja di dalam plastik di dalamnya.

"Cari kat internet. Brand saya nampak di poket baju encik." Kopak setengah bulan gajinya. Tetapi salahnya juga jadi dia harus bertanggungjawab.

Makan tak makan bulan ni, nasiblah. Mee segera kan ada.

#ohnopembulicinta  


Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now