BONUS (8/?) PART 1

5.3K 131 2
                                    

Aiman melihat muka Sarah sambil bermain dengan rambut isterinya.Apabila dia hendak letakkan rambut Sarah di belakang telinga di terasa badan Sarah mula panas.Aiman bangun dari katil cepat-cepat dan menarik selimut dari badan Sarah.

"sayang?"Aiman memanggil isterinya tapi Sarah tidak menjawab panggilan Aiman.Aiman mula takut lalu dia lari masuk bilik untuk ambik kain basah.Aiman datang semula ke katil lalu mengelap muka Sarah dengan kain basah.

"Sayang?"Aiman memanggil nama Sarah semula tapi Sarah hanya tidur.Tak lama kemudian Sarah membuka matanya dengan perlahan-lahan.Aiman memegang tangan Sarah dengan erat apabila Sarah membuka matanya."sayang okay?"Kata Aiman.

Sarah tidak menjawab pertanyaan Aiman dia cuma memandang Aiman."sayang please cakap dengan bie"Aiman mengusap rambut Sarah yang ada kat dahi ke belakang."Sayang?"Sarah mengambil bantal lalu dia memeluk bantal tersebut.

"sayang tunggu sekejap bie nak pergi buat bubur sayang eh?"Aiman menghadiahkan sebuah ciuman sebelum dia keluar dari bilik.Aiman mengeluh selepas sahaja dia keluar dari bilik tersebut.Tiba-tiba Amani menangis Aiman melangkah menuju ke bilik Amani.

"daddy Abang Irsyad amik patung Amani"mengadu Amani apabila Aiman masuk sahaja dalam bilik Amani.Irsyad mula bersuara apabila Aiman memandangnya.

"Tak daddy irsyad sebenarnya nak ambik patung tu tadi Amani baling patung tu bila Irsyad nak ambik la Irsyad cakap kat Amani jangan baling-baling nanti Irsyad ambik lepastu Amani nangis"Jelas Irsyad.

Aiman menangguk lalu dia mengambil patung tersebut bagi dekat Amani."Daddy?"Aiman memandang irsyad."Daddy okay ke muka daddy macam ada masalah je"Tanya Irsyad.

"Daddy okay je daddy cuma penat"Jawab Aiman sambil mengukirkan senyuman di bibirnya."Irsyad tolong jagakan Mummy sekejap daddy nak masak jap"Irsyad menanggukan kepalanya lalu dia terus pergi ke bilik Sarah.

"Amani jom ikut daddy"Aiman mendukung Amani sehingga ke dapur lalu letakkan Amani di atas cabinet."Duduk sini"Kata Aiman sambil memakai apron.
..........................................

"Panasnya badan mummy"Irsyad meletakkan tangannya di dahi Sarah.Sarah tersenyum selepas mendengar kata-kata Irsyad."Mummy jangan la sakit Irsyad kesian la tengok mummy pucat macam ni"Sambung Irsyad.

Sarah mencium pipi Irsyad."Amani mana tadi mummy dengar Amani nangis"Tanya Sarah.

"Amani ada dengan daddy"Irsyad menceritakan sebab apa Amani nangis dekat Sarah.Beberapa minit kemudian,Aiman yang sedang membawa dulang masuk bersama dengan Amani yang berada di kaki Aiman.

"Mummy!!"Amani terus lari ke arah Sarah untuk mendapatkan pelukan dari Mummynya."Amani rindu mummy mummy tahu tak bila Amani nak masuk je bilik mummy dengan Daddy daddy marah daddy kata jangan ganggu mummy"Mengadu Amani.

Aiman melihat Amani yang sedang mengadu dekat Sarah."ehh bukan ke Amani baru jumpa mummy semalam"Kata Sarah.Amani mula menyorok mukanya di belakang badan Sarah takut Aiman marah.Mata Aiman mula besar bila dengar yang Amani masuk bilik mereka semasa dia pergi kerja.

"hm...Irsyad bawak Amani masuk bilik dulu daddy nak bagi mummy makan sekejap lagi kita sambung sembang dengan Mummy"Kata Aiman.Irsyad terus membawa Amani keluar dari bilik.Aiman memegang bubur lalu duduk di tepi katil."biar bie suapkan eh?"Tanya Aiman.

MY HUSBAND MR SWEET {C]Where stories live. Discover now