BAB 1

17.2K 845 21
                                    

Kring!!! Kring!!!

Semua murid segera berlari ke dewan untuk menghadiri perhimpunan pagi. Hari ini ialah hari first persekolahan bagi tahun ini.

Pagi ni Aira ditugaskan untuk menjaga pagar. Dia menggeleng. Baru first day dah ada yang datang lambat? Nampak sangat semangat nak belajar takde. Segera dia mencatat nama-nama pelajar yang datang lewat. Diteliti muka-muka disitu.

"Nampaknya ramai pelajar senior. Apala korang ni. Patutnya tunjukkan contoh yang baik untuk budak-budak bawah. Ini korang yang buat hal." Dah start da ceramah pagi.

"Ala kak. Bukannya lewat sangat pun. Dua minit je. Relaks ah kak." Tegur satu suara. Yang lain mengeluh. Siapalah yang buat hal ni.Bukan mereka tak tau. Aira antara pengawas tergarang kat sekolah ni.

Aira menoleh pada seorang budak lelaki yang tengah berdiri di tepi. Mesti budak baru. Berani dia suruh aku relaks.

"Kau pernah dengar peribahasa masa itu emas? Ha lagi satu kau ada baca tak maksud surah Al 'As. Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. So kau rasa dua minit tu berharga tak? Kalau kau datang awal, at least kau boleh masuk dewan aminkan doa dengan yang lain. Jadi sekarang aku tanya lagi sekali. Dua minit tu kau rasa membazir tak?" Ha kau. Panjang lebar tazkirah hari ni.

Murid lelaki tadi hanya diam. Tak sangka kena dengar tazkirah pagi ni. Yang lain turut menunduk. Pengawas lain juga turut kagum dengan Aira. Bukan mereka tak tau. Ayah Aira seorang doktor motivasi. Pastilah sikap itu menurun pada anak.

***

Seorang murid lelaki sedang berlari kerana sudah terlewat untuk ke sekolah. Ditilik jam di tangan.

"Alamak mati aku. Da lambat 20minit ni. Habislah. Itulah kau Faiz. Main game lagi. Tengok kan dah lambat. Jagalah reputasi kau sikit sebagai pelajar hot kat sekolah."

Sampai depan pagar sekolah yang tertutup tu, perlahan-lahan dia melangkah masuk. Janganlah kena tahan. Tapi malang nasibnya hari ni.

"Tengku Faiz. Awalnya sampai. Sampai pengetua da habis berucap baru awak datang eh. Kenapa tak datang waktu rehat je nanti."

Gulp.

Kau memang cari masalah Faiz. Berdiri di hadapannya seorang gadis bertudung oren cair sedondon dengan baju dan berkain hitam. Aira Nabila.

"Aku...Aku... Bukan sengaja pun. Aku tolong sorang makcik ni lintas jalan. Yela kita kenalah buat baik dengan orang tua kan." Alasan yang sangat mengarut. Faiz garu kepala.

Aira ketawa.Sinis. "Oh.Tapi sejak bila kau pergi sekolah jalan kaki? Bukan driver hantar ke? Ini yang dikatakan ketua pengawas. Datang lewat, menipu pula tu. Banyaknya kesalahan kau." Aira mula menulis namanya.

Faiz terdiam.

"Sorrylah. Bukan sengaja aku datang lewat. First time kan. Lagipun bukan aku sorang." Dia melihat pelajar yang ditahan disitu. Ramai juga. Patutlah berangin semacam minah ni.

"Haah first time on first day school. Diorang ni semua lambat sebab ikut perangai ketua pengawas diorang yang hot sangat ni. Patutnya kau bagi teladan dan contoh yang baik untuk diorang semua. Kau sebagai ketua pelajar kot. Kalau hari pertama pun da lewat, apa jadi hari yang akan datang? Ke kau suka kena denda dengan aku?"

Haih dah mula da. Pagi tadi kena ceramah dengan mama, sekarang dengan dia pula? Aduh sabar je lah.

Cikgu Husairi, cikgu disiplin yang amat digeruni di sekolah tiba. Faiz telan liur. Er habislah aku.

Tapi mereka bernasib baik bila dilepaskan. Dengan alasan hari pertama sekolah. Lega semua yang disitu.

Aira segera dekati kembarnya dan mereka melangkah ke kelas bersama.

Faiz pula berjalan lemah seorang diri tapi tetap beri senyuman pada pelajar perempuan yang sedang melihat.Sampai kelas,dia hampiri kawan baiknya,Danial.


#okey x?Please read and comment k.Tq

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now