BAB 2

14.3K 758 13
                                    

Faiz tengah sedap tidur di meja beralaskan tangan bila terasa ada gerakan di bahu.

"Faiz bangunlah. Kau jangan buat hal. Ei macam manalah boleh jadi pengawas hot dengan sikap macam ni. Hoi kau tidur pukul berapa ha? Faiz!"

Danial mengeluh. Sempat lagi mata melihat pintu. Seakan berjaga-jaga. Tangannya masih sibuk gerakkan bahu Faiz.

"Kau nak apa ni Danny. Aku ngantuklah. Malam tadi main game sampai pukul 2. Bagilah aku tidur kejap." Faiz beralih pandang ke belah kiri. Murid perempuan yang ada kat kelas sibuk menoleh kearahnya.

"Tidur pun nampak hensem. Comel."

"Hensemnya Faiz."

Danial garu kepala. "Weh kita kena jaga kelaslah. Ronda sekolah. Semua cikgu tengah meeting dengan pengetua. Baik kau bangun sebelum..."

Belum sempat nak habiskan ayat, Danial terlihat dua orang perempuan berjalan kearahnya. Atau lebih tepat lagi kearah Faiz. Mati kau Faiz. Aku kejut tak nak bangun.

Pap!

"Tengku Faiz!"

Hentakan kuat dimeja bersama suara jeritan berjaya bangunkan Faiz. Terkejut. Kelas yang tadi bising da macam kat tanah kubur. Sepi. Sunyi.

Faiz pandang hadapan. Alamak. Sah. Kau memang sengaja cari pasal.

Danial disebelah disiku. Itulah sibuk sangat tengok anak dara orang.

"Sakitlah. Kau pehal. Aku nak tengok awek aku pun kacau." bisik. Nak mampus cakap kuat-kuat. Jatuhlah reputasi dia nanti sebagai pelajar terhot kat sekolah. Lagi satu, kembar Aira tu pun sama garang macam dia. Kembar kot.

"Kau kenapa tak kejut aku?"

Eh aku pula. Kau yang tak nak bangun.

Aifa jeling Danial. Macam aku tak nampak kau sibuk pandang aku.

"Ketua pengawas tidur? Hm. What can u say about that Faiz? Pagi tadi datang lambat. Menipu. Sekarang tidur pula. Kalau aku repot, agak2 cikgu cakap apa?"

"Ala itupun nak kecoh. Aku rehat kejap jelah. Kan korang?" Faiz pandang rakan sekelasnya minta bantuan. Yang perempuan angguk dengan senyuman manis. Nak cuba nasib sekalilah tu.

Lagi sekali Danial pandang lama wajah Aifa. Cantik, putih tapi garang. Apalah nasib. Hati batu pula tu. Dia geleng perlahan.

"Kau kenapa geleng kepala Danial? Kutuk akulah tu. Dahla korang. Jom pergi ronda."

Aifa jeling Danial lagi. Danial pula menunduk. Macam mana dia tahu apa aku fikir? Pelik.

Aira dan Aifa berjalan ke padang sekolah. Mana tau ada pelajar yang ponteng. Macam mereka tak tau. Pelajar di sekolah ni memang ramai yang berada dan kaya. Tapi perangai, Ya Allah. Nauzubillah.

Faiz dan Danial pula melangkah ke blok B, blok yang menempatkan pelajar tingkatan 1 & 2.

Mereka masuk ke 2 Diamond.

"Wah abang Faiz dengan abang Danial ke yang jaga kelas kitorang? Bestnye."

Mereka yang baru masuk hanya lemparkan senyuman.

"Okey sekarang korang buat kerja masing-masing. Jangan bising." Pesan Faiz.

Dia memang seorang yang peramah. Suka melayan.

"Kalau kita buat aktiviti soal jawab boleh tak?" tanya seorang pelajar perempuan.

Faiz angguk. Tak melayan nanti makin dia mengantuk. Datang naga kepala dua terbako pula. Haha.

"Rita tanya dulu. Kenapa abang suka cari gaduh dengan Kak Aira? Dia baiklah."

Err. Dah kenapa soalan ni pula yang muncul. Danial tahan ketawa.

"Mana ada. Kitorang kamcengla. Tak percaya tanya abang Danial tu." Nak tak nak terpaksalah Danial angguk.

Macam-macam soalan yang ditanya. Dan kebanyakannya berkaitan si kembar tu. Sampaikan mereka berdua da tak larat nak jawab. Loceng balik berbunyi menyelamatkan mereka.Fuh.

***

"Assalamualaikum. Mummy kitorang dah balik." Jerit Aifa. Ceria je bila kat rumah.

Mereka naik ke bilik ditingkat dua untuk bersihkan diri dan solat.Nasib baik takde kelas tambahan hari ni.

Syarifah Diana tengok jam. Aik awal pula budak-budak ni balik. Takda kelas kot. Dia pun mula memasak untuk makan tengah hari. Ayam kari, sayur kangkung. Hm okeyla ni.

15 minit menunggu, anak kembarnya turun ke dapur.

"Wah sedapnya bau. Favourite Fa. Yummy." Aifa duduk sebelah Aira.

Syarifah Diana senyum. Ketawa melihat telatah anaknya. Aira dipandang.

"Lah kenapa pula dengan anak mummy ni. Gaduh dengan Aifa ke?"

Cepat-cepat Aifa geleng. "Mana ada gaduh mummy. Kitorang okey je. Aira takde mood my. Biasalah geram dengan musuh dia tu."

Syarifah Diana senyum. Dia tau siapa yang dimaksudkan. Mereka banyak berkongsi cerita. Dah hanya mereka perempuan dalam rumah ni.

"Ketua pengawas tu buat apa lagi dengan Aira? Korang ni tak habis nak gaduh."

"Eleh mummy. Sekarang gaduh. Akan datang sweet mweet macam madu. Aww." Aifa gosok paha yang dicubit oleh Aira. Sakit woo.

"Takkan okey. Ei dia tu dah la playboy, nakal. Menyakitkan hati."

"Aira, tak baik tau cakap macam tu. Dia sajalah tu nak buat Aira marah. Comel."

Aira melopong. Hish mummy ni. Dia pula yang melebih.

Tawa Aifa dan Syarifah Diana bersatu. Kelakar melihat wajah cemberut Aira yang geram dengan kata-kata mereka.

***

Faiz duduk di kolam renang sambil mendengar lagu. Petang macam ni memang best santai kat sini. Angin kuat.

"Abang! Penat Isya cari." Tengku Farisya. Adiknya yang berusia 14tahun dan satu sekolah dengannya. Faiz tak layan.

"Abang, spm nak dekatlah. Apa kata abang ambik buku then baca kat sini. Daripada abang dengar lagu yang entah pape ni. Abang, dengar tak Isya cakap?"

Faiz mengeluh. "Isya, diam sikit boleh tak. Abang nak tenangkan fikiran kat sini. Serabutlah asyik study je. Isya mana faham."

Farisya geram. Samsung A5 milik abangnya diambil dan lagu ditutup. Nak marah ke apa ke dia tak kisah.

"Abang Faiz. Kalau nak tenangkan fikiran, pergilah solat. Baca al-Quran. Berzikir pada-Nya. Abang dengar lagu macam ni makin semak otak abang tu. Mana ilmu nak masuk. Takpun, abang pergilah exercise. Joging kat taman tu. Release tension."

Terkelu seketika lidahnya. Bila Farisya da buka mood sentap, terasalah jawabnya. Tanpa kata, Farisya masuk kedalam. Berbual dengan mama lagi bagus. Kalau ada kakak kan bagus. Hm. Kata hatinya.

Faiz yang masih disitu bagaikan baru tersedar. Nombor Danial ditekan. "Weh jumpa kat taman. Teman aku joging."

Sememangnya, dia dan Danial tinggal dalam satu kawasan perumahan. Sebab tu boleh rapat. Kemudian dia bersiap dengan kasut sukan.

Bila difikirkan, betul juga kata adiknya. Untung ada Farisya.

Dah habis untuk bab ni.So macam mane?Apa2 untuk complain.Maaf kalau xbest di hati readers.

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang