BAB 15

9.4K 544 6
                                    

Awal pagi lagi si kembar dah bangun. Tak sabar nak pergi camping. Selesai siap, mereka turun dengan membawa barang-barang untuk perkhemahan nanti.

Syarifah Diana tersenyum melihat senyuman manis anak-anak daranya.

"Amboi happy nampak." tegurnya.

Mereka duduk dahulu sementara menunggu Dr Nasrul dan Asyraf untuk sarapan bersama.

Aifa tersengih menunjukkan giginya yang putih bersih.

"Of course la mummy. I am so excited. Sebelum ni daddy tak bagi kitorang pergi. So this year i will make sure it is the best moment ever."

Aira menggeleng. Yelah tu. Pada hal...

"Eleh sebelum ni takde Danial. Mesti daddy suruh diorang jaga kita thats why daddy bagi pergi. Kalau tak, sampai bila pun tak merasa."

Ya Aira sangat yakin hal tu. Daddy takkan dengan mudah lepaskan kitorang pergi bercamping semua ni walaupun wajib. Tapi siapa je yang berani marah kalau kami tak join. Daddy berpengaruh kot kat sekolah tu.

Pasti daddy akan minta Faiz dan Danial untuk jaga kitorang kat sana. Hm tunanglah katakan.

Aifa dah muncung dengar kata-kata itu. Dia juga mengaku hal itu.

"Hah betul cakap Aira tu. Daddy percaya they will protect my daughters. So daddy tak risau sangat. Dekat sana, jangan gaduh ye. Dengar cakap tunang kamu berdua tu." nasihat Dr Nasrul yang baru turun.

Aifa mencebik. Huh. Dah la tengah gaduh dengan Danial. Dah beberapa hari mereka berdua tak bertegur walaupun Danial selalu je cuba pujuk dia. Sesekali buli tunang sendiri apa salahnya. Hehe.

Asyraf turun dengan muka baru bangun tidur.

"Hey my brother. Lambat turun. Nasib baik kitorang tak gerak lagi." ujar Aira pada adiknya.

Asyraf memandang sekilas kakak kembarnya dan mengangguk.

"Huh. Mesti malam tadi main game. Tidur pukul berapa hah?" tanya Aifa.

Macamlah dia tak tahu. Weekend memang Asyraf akan bangun lambat. Sebab apa? Main game tak ingat dunia.

Tapi hari ni bukan weekend. Patutnya adiknya perlu ke sekolah tapi oleh kerana mereka berdua tiada jadi Asyraf pun tak nak pergi. Buatnya dia kena buli siapa susah.

"Asy tidur pukul 2 pagi. Ngantuk la kak. Pukul berapa akak gerak ke sekolah ni?"

"Kejap lagilah."

Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Mereka kena gerak sekarang.

"Daddy, mummy kami gerak dulu eh. Jangan risau, kitorang akan okey kat sana. Insya Allah. And Asyraf, take care okey. Jangan nak keluar rumah je. Teman mummy. Bye, kami pergi dulu."

Lepas salam kedua-dua ibu bapanya dan Asyraf, mereka bergerak ke kereta.

"Bye sayang. Jaga diri okey kat sana." pesan Sy.Diana.

"Anak daddy jangan gaduh pula dengan bakal menantu kesayangan daddy tu." Nasihat Dr Nasrul. Macam dia tak tahu, mereka berempat tu suka sangat bergaduh.

"Akak, jangan nakal-nakal eh. Ingat tau, Asy sayang kakak kembar Asy ni."

Aifa dan Aira ketawa dan mengangguk.

Mereka melambaikan tangan sebaik kereta mula bergerak.

Sampai depan sekolah, tunang tersayang dah tunggu depan pagar dengan beg sandang.

"Nanti Aira duduk dengan Faiz and Aifa besides me. Okey dear?" kata Danial seraya membawakan beg Aifa.

Aifa menjeling. "Kalau tak nak? Saya masih marah tau dengan awak." tangannya disilangkan ke dada. Bibir dimuncungkan.

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat