BAB 5

10.3K 671 1
                                    

Suasana dalam kelas 5 Diamond kelihatan tenang je. Cikgu Junaida guru English untuk setiap kelas tingkatan 5. Bila dia marah, perhh kecut perut weh.

Mereka disuruh membuat soalan latihan yang diberi. Danial yang mula mengantuk dengan suasana sepi itu meletakkan kepala atas meja. Faiz menggeleng.

"Baik kau bangun sebelum singa tu mengamuk."Bisiknya perlahan.

"Danial Ilham, have u done? If yes submit your paper here."

Serta merta kepala diangkat dan memandang ke hadapan.

"No..not yet teacher."

Aifa menjeling orang sebelah. Mereka berempat memang sekelas sejak form 4 lagi.

"10 minutes more."

Semua sibuk menyelak kertas untuk mengisi mana-mana lagi ruang jawapan yang kosong. Suasana bertukar kecoh seketika.

10 minit berlalu.

"Okay times up. Aira, please collect the papers."

Aira yang juga Ajk Bahasa Inggeris segera bangun. Dia berjalan dari meja ke meja untuk mengutip kertas. Sampai di meja Danial, tangannya mengetuk kuat meja itu.

"Dah tak payah nak buat lagi. Times up Danial."

"Kejap Aira. Sikit je lagi. Please."

Kertas itu direntap kasar. Nasib baik tak koyak. "Kau fikir waktu exam sebenar nanti pengawas nak tunggu. Itulah, lain kali buat cepat."

Danial diam. Betul juga kata Aira.

Aifa menghadiahkan senyuman sinis pada Danial.

"Okay, all the prefects and librarians can go out now for recess."

Faiz bangun segera diikuti yang lain.

"Thank you teacher."

Cikgu Junaidah hanya angguk.

***

"Weh Faiz. Kau kenapa macam takde mood je hari ni. Kau ada problem ke?"

Danial angkat kening. Dari tadi dia perasan wajah Faiz tak seceria selalu. Macam ada beban berat yang ditanggung.

"Aku...Err memang masalah besar weh. Aku buntu."

"Kalau kau nak cerita aku ada. Kalau kau tak sedia lagi its ok. Tapi janganlah pendam bro." Danial nasihat.

Selama ni Faiz sekeluarga dah banyak bantu dia dan mamanya. Macam-macam masalah timbul. Syarikat arwah papanya yang ditipu, mama sakit. Faiz dan keluarganya selalu ada di sisi mereka.

"Aku akan cerita tapi kau jangan terkejut pula. Actually aku da tunang." Perlahan je suaranya.

Ketawa yang dilepaskan buat dia mengeluh berat.

"Biar betul bro? Agak lah kalau nak gurau pun. Haha."

"Aku pun harap itu cuma gurauan tapi tak Danny. Itu satu kenyataan. Since form1 dan aku baru tau semalam. Huh."

Danial melopong. Tubuhnya didekatkan pada Faiz walaupun ada meja antara mereka.

"Betul ke? Dengan siapa bro? Ini mesti kerja parents kau."

"Ai.."

"Faiz, cikgu panggil kau kat bilik disiplin."

Danial tepuk dahi. Waktu ni jugalah ada yang kacau.

"Ra."

Tapi, kejap. Biar betik? Danial pandang Faiz. Lelaki itu hanya angguk.

"Korang ni dah kenapa? Pergilah cepat. Cikgu Husairi panggil kita berempat. Jom."

Saat mereka melangkah bersama ke bilik disiplin, semua mata memandang. Mungkin pelik sebab Aira dan Faiz tak gaduh macam biasa.

Kenapa dengan dia hari ni? Selalu ada je nak cari pasal dengan aku. Dia dah bosan ke? Eh yang kau sibuk kenapa. Patutnya kau suka. Aira menggumam sendiri.

Namun Aifa disebelah dapat dengar dengan jelas.

"Rindu eh? Itulah, lain kali jangan ego. Suka cakap. Sayang beritau."

Lengan Aifa dicubit.

"Awwhh sakitlah Ra."

"Kau tu cakap orang. Diri sendiri sama je. Hari-hari teringat kat tu."

Aira muncung ke Danial di depan. Aifa terkedu. Macam mana Aira tau?

"Well, i am your twin babe. Chill."

Saat mereka melangkah ke dalam bilik disiplin, masing-masing terpaku. Kehadiran pengetua juga seorang lelaki yang sangat di kenali.

"Daddy!" Jerit Aira dan Aifa serentak.

Lelaki itu hanya senyum dan ketawa melihat reaksi anak2nya.

Apa yang Dr Nasrul buat di situ? Apa yang sedang berlaku?

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now