BAB 11

10.2K 590 2
                                    

Faiz duduk termenung di meja. Kenapa Aira macam nak larikan diri eh? Aku ada buat salah ke? Lama tak cari gaduh dengan dia.

Aik rindu ke Faiz? Itulah, hati kalau da suka cakap terus. Tak payah simpan.

Diam ah kau. Serabut ah.

Hati dan fikiran berbalah. Faiz memegang kepala. Susahla macam ni bila hati dan fikiran tak selari.

Aira. Aira. Apa kau dah buat kat aku ni.

Dalam sibuk termenung, dia tak perasan Puan Junaidah, guru English sudah merenung ke arahnya.

"Tengku Faiz!"

Tersentak.

Sebab terlalu terkejut, Faiz segera berdiri dan memandang hadapan.

"Awak ni kenapa? Jarang saya tengok awak macam ni."

Kepalanya digaru. Rakan sekelas sudah menahan tawa. Danial menggeleng. Entah apa masalah sahabatnya sorang ni.

"Takde apa cikgu. Maaf."

"Dah awak boleh duduk."

Sesi P&P diteruskan.

Aira sempat menjeling kearah Faiz. Dalam hati terfikir. Mungkin Faiz jadi begitu kerana dirinya.

Aduhai Faiz. Sorry ye. Mungkin kau terasa bila aku menjauh. Aku pun rasa bersalah ni.

***

Harini mereka rehat bersama. Entah apa mimpi si Aifa malam tadi sampaikan terus setuju bila Danial ajak. Dah jatuh kot.

Jatuh apa?

Jatuh cintalah. Haha.

Si kembar duduk di kerusi. Danial yg baik hati ingin membelikan makanan mereka. Faiz pula entah kemane. Hm.

Pap!

Si kembar mengurut dada. Aira pula dah beristighfar panjang. Hey kalau aku ada sakit jantung dah pengsan kat sini. Aku saman siapa yang datang tak bagi salam ni.

Masing masing mendongak. Huh.

"Kau nak apa? Salam takde, apa takde. Dah kenapa?" Aifa bersuara. Dingin.

"Atau korang dua takde tempat duduk. Nak join kami ke? Boleh takde hal." Bila Aira bersuara, tak sah kalau tak memerli dua perempuan ni.

Nina merengus. "Eeww kau fikir aku nak duduk semeja dengan kau? Pleaselah. Jatuh reputation i kat sekolah duduk dengan pengawas hodoh."

Aira masih bermuka selamba. Aifa dah genggam tangan bawah meja. Geram. Jangan ada yang pecah bibir kena tumbuk nanti.

"We all just nak bagi amaran je. Jangan kacau Danial dengan Faiz. Diorang tu kami yang punya. Kan Nina?" Laila, sahabat sehidup semati Nina. Kononnya.

Nina mengangguk.

Kedengaran tawa tercetus. "Yeke? Macam mane korang tau eh? Ada tulis eh kat dahi diorang. Macam tak nampak je. Right Fa? Lagipun, itu hak masing-masing nak rapat dengan siapa." Aira membalas.

Makin lama makin kecil je Nina dimatanya.

"Hey! U ingat u cantik sangat ke? Entah apa yang Faiz nampak kat kau. Jangan-jangan kau da bomohkan dia. Yela budak kampung. Mestila pandai tu semua. Harap perangai je elok tapi hati. Busuk."

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now