SPECIAL 2

9.6K 518 27
                                    

Lepas makan malam, si kembar terus masuk ke bilik. Malas nak duduk kat ruang tamu. Buat sakit hati je pandang muka suami.

Mereka stay rumah parents kembar sebab esoknya majlis doa selamat. Takkan nak balik pula kan.

Asyraf melayan whatsapp. Buat apa lagikan. Mesti chat dengan tunang tersayang si Farisya tu. Hehe. Akhirnya jadi juga diorang kan.

Faiz dan Danial berpandangan kemudian mengeluh. Mereka rasa kurang. Mana taknya, anak dan isteri masing-masing dalam bilik. Merajuk.

"Faiz dengan Danny tak payah risau sangatlah. Nanti diorang okey lah tu." nasihat Sy Diana.

Kasihan pula tengok muka menantu yang macam ayam berak kapur. Tak senang duduk.

Dr Nasrul ketawa. "Haha. Itulah. Dari awal daddy dah pesan dekat korang dua ni. Anak kembar daddy tu sensitif sangat. Nasib koranglah." katanya.

Asyraf juga tersenyum dan mengangguk. Mengiakan kata-kata Dr Nasrul.

"Betul kata daddy. Baik abang Faiz dengan abang Danny pujuk diorang cepat. Kalau lambat2 nanti diorang jadi tawar hati. Sebab diorang fikir, abang-abang tak sayang kat diorang." pesan Asyraf pula.

Dia pernah rasa semua tu. Sebab tak tau nak pujuk cemana, Asyraf hanya biarkan kakak kembarnya merajuk. Bila okey nanti barulah dia tegur. Tapi hampir sebulan jugalah diorang tak bertegur sapa. Asyraf yang rasa tak senang hati.Bila dipujuk, kakak kembarnya meluahkan perasaan.

Sejak dari itu, Asyraf tak pernah sakitkan hati kakak kembar dia. Kalau ada, cepat2 dia minta maaf.

Faiz dan Danial terus berlari naik ke atas.

***

Disebabkan tak tahan dengan silent treatment yang diberikan oleh si isteri kerana merajuk, si suami bercadang untuk pergi bercuti.

Majlis doa selamat baru sahaja selesai. Faiz masuk ke bilik. Dicari bayang isteri tercinta di serata ruang besar itu.

"Lah, mana dia? Tadi macam dia masuk ke bilik." ujar Faiz kepelikan.

Dicari lagi sebelum dia terdengar bunyi pancuran air. Faiz senyum.

"Mandi rupanya."

Faiz duduk di katil sambil bermain handphone. Apa lagi, scrol insta la jawabnya. Sampai tak perasan Aira dah keluar dari bilik air.

"Amboi, apa yang syok sangat tu? Buat apa kat sini." tanya Aira. Nada suaranya seperti berkecil hati.

Faiz cepat-cepat bangun menuju Aira. Dipeluk erat tubuh itu.

"Rindunya abang kat Aira. I am sorry sayang." ucapnya.

Aira pula cuma berdiri kaku je. Pelukan Faiz langsung tak dibalas.

Faiz meleraikan pelukan dan merenung wajah Aira lama. Rambut basah si isteri diselit ke belakang telinga. Pipi Aira diusap lembut.

"Sayang, please talk to me. I am very sorry dear. Please." pujuk Faiz lagi.

Aira diam je. Dibawa kaki menuju ke meja solek. Dibiarkan je Faiz yang masih memandangnya.

Faiz mengeluh. "Yela, siapalah abang kan. Dahlah buat salah lepas tu senang-senang je nak minta Aira maafkan. Takpelah abang keluar dulu. Aira tidurlah dulu." Faiz dah berpaling menuju pintu.

Itu hanya taktiknya sahaja. Psycology ways. Perlahan-lahan kaki melangkah.

Aira tengok langkah Faiz yang sudah menjauh.

"Sampai hati abang nak tinggalkan Ra kat sini. Abang dah tak sayang Ra dengan Fiqri ke? Abang ingat Ra kejam sangat ke nak hukum abang." sejurus dia berkata begitu, air matanya laju je mengalir di pipi.

Faiz pula terkedu. Dahi ditepuk. 'Aduh, nangis pula dah. Ni yang lemah ni.'

Aira dipandang. Terus tubuh itu didekati dan didakap erat. "Shh sayang. Abang tak pergi pun lah. Takkan abang nak tinggalkan buah hati abang sorang-sorang kat sini. Dah, jangan nangis lagi." pujuk Faiz.

Suara tangisan Aira yang sudah tidak kedengaran membuatkan Faiz pelik. "Sayang?"

Kemudian Faiz senyum. Alahai dah tidur ke? Tubuh Aira diangkat dan diletakkan di atas katil. Dahi Aira dikucup lembut.

***

Manakala Danial pula senyum melihat Aifa yang sudah tidur di katil. Perlahan-lahan dia naik ke atas katil. Dia berbaring tapi menghadap Aifa. Tangan kanan menongkat kepala.

Tangan kirinya pula bermain-main dengan rambut Aifa. "Sorry dear. Abang tak sengaja. Janganlah marah abang ya. Nanti tak lena tidur abang."

Pipi kiri Aifa dicium lama. Ah rindunya. Walaupun baru beberapa jam mereka bergaduh, tapi Danial sudah rindukan sikap manja isterinya.

Tiba-tiba Aifa mencelikkan mata. Mata mereka berpandangan.

Tangan Aifa dilingkarkan di leher Danial dan pipi suaminya dikucup.

"Aifa tak mungkin marah abang lama-lama. I miss u."

Danial tersenyum girang. Terus je dia baring sambil memeluk Aifa. Kepala Aifa diletakkan di atas lengan kanannya dan tangan kiri memeluk pinggang si isteri.

"Thanks dear. I love u so much."

"I love u too Danial Ilham."

Malam tu lena tidur mereka sampailah ke pagi.

***

Seperti yang dijanjikan, mereka berempat pergi bercuti. Bali, Indonesia menjadi pilihan mereka.

Parents mereka seronok melihat anak dan menantu sudah berbaik semula. Dalam hati mengucap syukur.

Asyraf dan Farisya juga semakin rapat. Apatah lagi mereka berada dalam kolej yang sama. Hari-hari dating. Haha.

'Semoga hubungan yang terjalin ini akan kekal selamanya.'



































Finally done! yeahh 👏 maka tamatlah kisah si kembar ini. Thanks for the supporters and coments gais. Also for the vote 😘 follow my second story😊

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now