✨[1] MAKAN MALAM

6.4K 287 17
                                    

Petang pada hari itu penuh dengan ramai manusia yang sibuk beriadah di taman Pulau Rintis. Termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang bermain di taman permainan.

Di padang bola sepak, kelihatan Blaze dan Taufan sedang bermain bola sepak bersama. Dah lama rasanya tak main. Hampir seminggu jugak.

Ni pun sebab mood Halilintar baik. Dia tu dahlah abang dingin tapi hati dia tetap lembut. Berbeza dengan abang sulung mereka, Gempa. Tapi, mereka percaya, jauh di sudut hati abang dingin mereka tu, terselit perasaan kasih sayang.

"Hahaha!!! Tak gol!!" jerit Blaze sebaik sahaja bola yang ditendang oleh Taufan tidak memasuki jaring gol.

"Hish! Tendangan...basikal!" Taufan mencuba sekali lagi untuk memasukkan gol dan berjaya. Membulat mata Blaze bagai tidak percaya dengan mulut ternganga kecil.

"Yeay!!! Gol!!!" sorak Taufan sambil melompat keriangan. Dah macam budak 6 tahun pun ada. "Hah, sekarang kita seri!"

Blaze mencebik. Mesti abang dia suka perli dia. "Hmph! Giliran aku pulak masukkan gol..." kata Blaze dengan perasaan tidak puas hati.

"Okey okey..." perli Taufan, cuba menjangka bahawa Blaze tidak akan dapat menjaringkan gol.

Sementara itu, di tepi padang, kelihatan Halilintar dan Fang sedang membincangkan sesuatu. Nampak penting.

"Hah, Halilintar, ape yang kau nak bincang?" tanya Fang sambil berpeluk tubuh.

"Gempa ajak kau, Yaya, Ying dan Gopal pergi rumah kitorang malam ni.. Kitorang buat makan-makan.. Fang, kau boleh bagitahu diorang?" soal Halilintar yang turut berpeluk tubuh sambil matanya tertancap kepada dua adik kembarnya. Pelik juga dia kadang. Macam manalah ibu mereka lahirkan tujuh kembar dalam satu hari.

Beza dia dengan Gempa cuma 1 minit. Sama seperti adik-adik kembarnya yang lain.

"Boleh je.. Tapi, takkan aku kena ajak Yaya jugak kot? Dia kan jiran kau.." ujar Fang hairan.

Halilintar menjeling. Suka sangat buat pandangan macam tu. Macamlah Fang tak biasa. "Tak payah.. Thorn dan Solar dah pergi rumah dia.."

Fang mengangguk. "Tapi, apesal tiba-tiba ajak makan malam? Sebelum ni takde pun korang buat macam ni.."

"Kau tanyelah Gempa nanti.." jawab Halilintar sambil mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

"Okey.. Oh, Halilintar, aku ade soalan.." Fang memandang Halilintar.

Halilintar mengerutkan dahinya. Pehal dia ni? "Ape dia?" tanyanya dengan perasaan ingin tahu.

"Jarang aku tengok kau keluar rumah.. Hari ni baru kau keluar rumah.." ujar Fang sambil membetulkan kaca matanya. Dia perasan jelingan yang diberikan kepadanya. Bukan dia tak tahu yang Halilintar jarang keluar rumah disebabkan sifatnya yang dingin dan agak tegas.

Halilintar mengeluh. "Gempa yang suruh.. Memandangkan Taufan dan Blaze nak main bola, jadi, aku ni sebagai pelindung diorang berdua tu.." katanya sambil tunjuk ke arah dua adik kembarnya yang bermain tidak jauh daripada tempat mereka duduk sekarang. "Kadang bukannya boleh percaya dengan diorang berdua tu.." gumamnya perlahan namun hanya dapat didengari olehnya.

"Ohh.. Patutlah.." Fang memegang dagu. "Tapi, sesuailah.. Kau kan abang.. Patutnye kau jaga diorang.. Aku tahu, dari sudut hati kau, kau masih ada perasaan kasih sayang kat adik-beradik kau.."

Halilintar hanya tersenyum. Ya, dia mengaku yang dia sayang adik-beradiknya. Cuma, cara dia sampaikan sayang tu berbeza. Dia jenis suka tunjukkan kasih sayang tu melalui perbuatan dan bukannya hanya melalui kata-kata sahaja. Kemudian dia melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 5.00 petang.

"Eh, aku kene balik ni! Taufan!! Blaze!!" jerit Halilintar, memanggil adik-adiknya sambil berdiri. Dia menepuk-nepuk debu di belakang seluarnya.

"Hahaha!!! Eh?!" Taufan dan Blaze berhenti ketawa lalu serentak memandang ke arah Halilintar.

"Jom balik!" arah Halilintar. Dia membetulkan topi merah kesayangannya. Topi pemberian ayahnya.

"Baik!" balas Taufan dan Blaze dari jauh. Mereka mula mengatur langkah menuju ke arah abang mereka.

"Kitorang balik dulu.." ujar Halilintar sambil berjabat tangan dengan Fang.

Fang turut berjabat tangan dengan Halilintar selepas berdiri. "Okeylah, aku pun kena balik.. Bye!" Fang mula beredar dari situ.

Halilintar dan Fang melambai antara satu sama lain. Fang akhirnya hilang daripada pandangan Halilintar secara perlahan. Fang adalah kawan terapat mereka selain Gopal.

Taufan dan Blaze yang baru sahaja datang mengerutkan dahi. "Eh, Fang buat ape kat sini?" tanya Blaze yang memegang bola.

"Haah.." Taufan mengangguk, tanda setuju dengan soalan Blaze.

"Takde apelah.. Saje sembang.. Dah, jom balik.. Nanti Gempa marah pulak.." arah Halilintar. Dia segera berjalan mendahului Taufan dan Blaze.

"Okey!"

√√√√√√√

Di rumah Elemental Brothers, kelihatan Ais sedang menyiapkan sesuatu. Dia sedang menyusun kerusi yang dari tadi digunakan tapi tak dikemas. Ni mesti kes Thorn dan Solar bermain tadi.

Elemental Brothers ialah gelaran bagi mereka adik-beradik kembar. Ini juga disebabkan mereka mempunyai kuasa dan hubungan yang istimewa.

"Hm, dah siap.." Ais mengelap peluh yang mengalir pada dahinya dengan telapak tangan kanannya.

"Ais..Dah siap ke kemas?" tanya seseorang kepada Ais, yang tiba-tiba muncul menyebabkan Ais terkejut.

"Wargghh!! Gempa!! Kau ni!" marah Ais. Mulut dicebikkan. Tak sukalah main terjah macam tu.

Gempa tergelak kecil. "Maaflah... Aku saje je tadi.. Tak boleh ke nak bergurau dengan adik sendiri..."

"Tak salah.. Tapi, kau kejutkan aku..." jawab Ais dengan nada yang sedih.

"Alah.. Jangan sedih.. Nanti aku belanja aiskrim.." ujar Gempa sambil memegang bahu Ais.

Bersinar terus mata Ais. "Ye ke?!" Mata memandang Gempa dengan harapan.

Haih, cakap je pasal aiskrim mesti suka. "Iye.. Dah, pergi mandi.." arah Gempa sambil mengusap kepala Ais.

"Okey!"

Ais dengan segera pergi ke biliknya yang berada di tingkat atas. Biliknya berkongsi dengan Halilintar dan Thorn. Gempa berkongsi bilik dengan Taufan, Blaze dan Solar.

"Hmm.." Gempa tersenyum sambil menggelengkan kepala kerana melihat perangai adik kembarnya yang keempat itu.

Gempa melihat jam tangannya. Dah pukul 5.35 petang. Hatinya tidak tenteram seketika memikirkan Thorn dan Solar. Begitu juga dengan Halilintar, Taufan dan Blaze.

Sebenarnya dia berat hati nak biarkan Taufan dan Blaze keluar rumah. Tapi, memandangkan ada Halilintar, jadi, dia memberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada adik dinginnya itu.

Sama juga seperti Thorn dan Solar yang kini berada di rumah Yaya. Cume, dia takdelah risau sangat sebab bersebelahan je.

"Haish, mane diorang bertiga ni.... Thorn dan Solar pun belum balik dari rumah Yaya...." gumam Gempa sendirian dengan perasaan yang risau.

Kepala yang tidak gatal digaru. Nasib saja dia pakai topi kalau tak, mahu sahaja dia mengusutkan rambut tanda tertekan. Dia menghela nafas lalu meraup mukanya. Harap mereka berlima tak ada apa-apa.





~ B E R S A M B U N G ~

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now