✨ ~SSCEB 2~ ✨

1.1K 122 33
                                    

"Korang! Kita beli aiskrim nak?" ajak Thorn kepada adik-beradik kembarnya dengan mata bersinar-sinar. Hampir terliur dia nampak aiskrim yang dijual oleh pak cik yang berada di hadapan istana sahaja.

Mata Taufan dan Blaze turut bersinar terdengar perkataan 'aiskrim'. "Nak!"

"Gempa, jom kita beli aiskrim!" ajak Thorn dengan mata yang dibulatkan padahal mata dia memang bulat.

Gempa memandang Thorn lalu mengangguk setuju. Mata dialih kepada Halilintar, Ais dan Solar. "Jom, kita beli aiskrim.." Memandangkan kawan mereka yang lain sedang menghadapi latihan berlawan, jadi, dia mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama adik-adiknya.

"Yeay!" Bersorak riang Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Halilintar hanya tersenyum kecil.

Mereka mula melangkah ke luar pagar istana. Pengawal yang bertugas di pagar utama itu memandang pelik ke arah tujuh kembar itu. Dia keluar dari pondok keselamatan. "Tuanku semua nak ke mana?"

Gempa melemparkan senyuman manis kepada pengawal itu. "Kami semua nak pergi kat lori tu je.. Beli aiskrim.."

Pengawal itu mengangguk faham lalu masuk semula ke dalam pondok keselamatan.

Semakin mendekati lori aiskrim, Taufan, Blaze dan Thorn pantas berlari lalu berlanggar antara satu sama lain. Gempa hanya menggeleng kepala sahaja manakala Halilintar menepuk dahi. Ais dan Solar pula dah tergelak bersama.

Pak cik yang menjual aiskrim itu terkejut ketika ternampak putera-putera itu. Ya, semua penduduk sudah sedia maklum bahawa putera-putera Permaisuri Hawa telah kembali. "Tuanku putera.. Selamat datang.."

Gempa memberikan senyuman kepada pak cik itu. "Saya nak tujuh aiskrim coklat.." Dia sudah maklum yang mereka semua gemar coklat. Takkan strawberi kot, tak macho lah. Ceh, sempat lagi bangga diri.

Pak cik itu mengangguk lalu menyambung kerjanya. Setelah siap menyediakan tujuh aiskrim, dia menghulurkan kepada setiap putera tersebut. Comel sahaja dilihatnya terhadap putera-putera itu.

"Terima kasih pak cik.." ujar mereka bertujuh. Gempa menghulurkan lima keping duit syiling perak kepada pak cik itu.

Pak cik itu menerima huluran itu lalu ingin memberi duit baki tetapi dihalang oleh Gempa. "Takpe pak cik.. Pak cik boleh simpan duit baki tu.. Kitorang tak kisah.."

Pak cik itu memandang tepat ke dalam mata Gempa untuk mencari kejujurannya. Perlahan-lahan kepala diangguk.

Gempa memberikan senyuman sebelum dia dan adik-adiknya melangkah pergi dari situ.

"Nikmatnya!" jerit Blaze lalu menikmati aiskrimnya. Nasib tak bergema suaranya kalau tak, mesti ramai orang pandang ke arahnya. Buat malu je putera kita ni.

"Sedap! Aku suka aiskrim yang pak cik tu buat!" ujar Taufan sambil menikmati aiskrim yang baru sahaja dibeli.

"Kita duduk kat bangku.." ajak Ais. Sebenarnya dia tak biasa makan berdiri.

Mereka yang lain mengangguk setuju lalu kaki melangkah ke bangku terdekat. Nasib bangku tu panjang.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung, Blaze segera mencomotkan muka Taufan dan Thorn menggunakan aiskrimnya yang dicelup pada tangannya.

Terkejut Taufan dan Thorn. "Blaze!!" Blaze tersengih suka.

Taufan dan Thorn memandang antara satu sama lain lalu tersenyum jahat. Mereka melakukan perkara yang sama kepada Blaze. Membuntang mata Blaze. "Hey!"

Gempa hanya menggeleng kepala. "Dah dahlah main.. Kesian aiskrim tu tak dimakan.." Gempa menyambung kembali memakan aiskrimnya.

Blaze, Taufan dan Thorn memandang antara satu sama lain lalu tersenyum sinis. Kali ni mereka mencomotkan muka Gempa. Gempa tergamam.

Halilintar, Ais dan Solar menahan ketawa melihat muka Gempa akibat perbuatan tiga orang prankster itu.

Dan kali ini, Gempa, Blaze, Taufan dan Thorn memandang antara satu sama lain lalu mencomotkan muka Halilintar, Ais dan Solar.

Merek bertiga terkejut. Lalu mereka bertujuh ketawa bersama. Habis comot. Orang yang lalu lalang pun cuba tahan daripada ketawa. Inilah dinamakan sebagai mencurahkan kasih sayang. Mereka selalu bergelak ketawa bersama. Adik-beradik kembar takkan berpisah kecuali ajal sudah tiba.






Ada sesiapa yang cemburu dengan mereka? 😂 Sila komen.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now