✨ [3] APA YANG TERJADI?

2.4K 199 5
                                    

"Aku... Aku ada berita yang mengejut untuk korang.." kata Halilintar, yang menyebabkan Ais terkejut.

"Hah?! Ape dia?!" soal Ais, ingin tahu. Jantungnya mula berdegup kencang. Takut menerima berita yang tidak sepatutnya.

Gempa, Thorn dan Solar mendekati Ais untuk mendengar berita mengejut itu. Jantung mereka turut melakukan irama yang sama. Peluh mula membasahi muka.

"Blaze! Blaze masuk hospital!"

"APE?!!" Terjerit Gempa, Ais, Thorn dan Solar dengan serentak, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Halilintar.

"Korang kene datang sini!" arah Halilintar dengan cemas.

"Okey okey!! Kitorang ke sana!" jawab Gempa.

"Hm, aku rasa makan malam ni tak jadi.." ujar Ais selepas sahaja menutup panggilan tadi.

"Takpelah.. Yang penting kita kene pergi hospital sekarang.. Risaulah dengan diorang ni.." kata Gempa dengan nada yang sayu.

Ais, Thorn dan Solar hanya mengangguk setuju. Tanpa membuang masa, mereka berempat pun pergi ke hospital.

Di hospital...

"Aduhh... Lamenye.." Taufan berjalan mundar-mandir. Dah sejam doktor yang merawat Blaze tidak keluar-keluar.

"Sabar... Doktor tengah periksa keadaan Blaze.." Halilintar yang risau dengan keadaan Taufan berjalan mundar-mandir, cuba menenangkan dirinya.

Beberapa minit kemudian, Gempa, Ais, Thorn dan Solar pun tiba tanpa disedari oleh Halilintar dan Taufan. "Halilintar! Taufan!" panggil Gempa.

Halilintar dan Taufan hanya memandang mereka berempat dengan perasaan bercampur baur. Sedih. Geram. Risau.

"Mane Blaze?!" tanya Ais, risau. Dia meraup muka perlahan.

"Dia masih dalam bilik kecemasan.. Doktor tengah periksa dia.." jawab Halilintar.

"Macam mana boleh jadi macam ni?!" tanya Gempa, ingin mengetahui apa yang terjadi kepada Blaze.

"Macam ni....." Halilintar memulakan perbicaraannya.

FLASHBACK

Halilintar, Taufan dan Blaze sedang berjalan menuju ke rumah. Semasa dalam perjalanan, Taufan dan Blaze ternampak sebuah lori sedang menjual aiskrim. Bersinar terus mata mereka berdua.

"Taufan! Jom kita beli aiskrim!" ajak Blaze sambil menunjuk ke arah penjual aiskrim itu.

"Jom! Halilintar, kitorang beli aiskrim dulu!" ujar Taufan teruja.

Taufan dan Blaze pergi meninggalkan Halilintar tanpa mendengar balasan daripada Halilintar menyebabkan Halilintar terkedu. Berani mereka tinggalkan dia. "Eh, tunggu!!"

"Gerakan kilat!" Halilintar pun pergi ke arah mereka dengan menggunakan kuasa teleportnya.
Taufan dan Blaze sudah pun membeli aiskrim bahkan, sedang memakannya. Tak pandai sabar betul dua budak ni. Kan betul, kadang diorang berdua ni tak boleh dipercaya juga.

"Hish! Korang ni! Nampak aiskrim terus nak beli!" marah Halilintar. Bukan dia saja nak marah tapi, bila tengok diorang main lintas jalan tanpa tengok kiri dan kanan membuatkannya geram. Kalau ada apa-apa jadi macam mana.

"Eh, sabar.. Kitorang haus lepas main bola tadi.. Tulah beli aiskrim ni.." kata Taufan cuba menenangkan abangnya yang panas baran itu lalu menjilat aiskrimnya yang sedang cair.

"Haah.." Blaze mengangguk setuju dengan Taufan lalu memakan aiskrimnya sehingga habis.

Halilintar mengeluh. "Haih, yelah.. Dah, jom balik.."

"Okey!"

Mereka pun menyambung semula perjalanan mereka yang terbantut. Dalam perjalanan, mereka bertiga ternampak seekor kucing sedang berbaring di tengah-tengah jalan.

"Eh, kucing! Kita kene selamatkan dia!" ujar Blaze lalu pergi ke arah kucing tersebut tanpa melihat keadaan sekeliling.

"Eh, Blaze! Tunggu!!" jerit Halilintar. Jantung berdegup kencang. Dia mula berasa tidak sedap hati.

Tanpa disedari oleh Blaze, ada sebuah kereta memecut laju ke arah Blaze. Kereta itu menekan hon banyak kali setelah mendapati ada seorang budak melintas jalan.

"BLAZE!!!!!" jerit Halilintar dan Taufan. Jantung rasa nak terkeluar.

Blaze tidak sempat mengelak lalu dilanggar oleh kereta tersebut. Dia terbaring lemah di situ. Pemandu kereta itu pula masih bertimbang rasa dengan memeriksa keadaan Blaze.

FLASHBACK END

"Hmm..." Halilintar dan Taufan hanya menundukkan kepala, tanda berasa bersalah dalam diri.

Tiba-tiba, pintu bilik kecemasan tersebut terbuka. Doktor pun keluar dari bilik tersebut dengan peluh yang membasahi mukanya. Mungkin penat memeriksa dan merawat Blaze yang cedera parah itu.

"Doktor!! Macam mana keadaan adik saya?!" tanya Gempa risau sambil menghampiri doktor itu.

"Haah! Dia tak apa-apa ke?!" tanya Taufan pula.

"Sabar sabar.. Bawa bertenang.. Alhamdulillah, dia selamat.." jawab doktor itu sambil mengelap peluh pada dahinya menggunakan tuala kecil.

Semua Elemental Brothers hanya melepaskan lega sebaik sahaja mendengar jawapan daripada doktor.

"Tapi..." Doktor itu berjeda seketika.

"Kenape doktor?!" Thorn menggigit kuku jarinya. Ais yang perasan segera melarikan jari Thorn daripada terus menggigit.

"Haah! Ape jadi kat abang saya?!" soal Solar pula.

"Dia mengalami kecederaan yang kuat di bahagian kepala.. Sekarang ni dia belum sedar.. Mungkin memerlukan beberapa hari untuk sedar.. Saya harap, kamu semua dapat berada di sisi Blaze untuk memberikan sokongan dan semangat kepadanya.." terang doktor itu, atau dikenali sebagai Doktor Imran, yang tertera pada bajunya.

Gempa tersenyum kecil. "Kitorang semua akan sentiasa berada di sisi Blaze.." Gempa cuba meyakinkan doktor itu.

"Apepun, biarkan dia banyak berehat.. Mungkin esok lusa dia dah boleh balik ke rumah.." ujar doktor itu.

"Fuhh.. Terima kasih doktor.." kata Gempa sambil tersenyum.

"Sama-sama..."

"Boleh kitorang jumpa dia?" tanya Halilintar yang sedang berpeluk tubuh.

"Kamu semua boleh jumpa dia.. Tapi, jangan buat bising.." jawab Doktor Imran.

"Baik.." akur Gempa.

Doktor itu pun meninggalkan mereka berenam untuk memberi ruangan kepada adik-beradik kembar itu.

"Jom kita lawat dia.." ajak Gempa.

Kelima-lima Elemental yang lain hanya mengangguk tanda setuju dengan Gempa. Hati yang gusar tadi kembali sedikit tenang dan jantung mula berdegup normal semula. Keluhan lega dilepaskan. Syukur Blaze selamat.




~ B E R S A M B U N G ~

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now