✨ [7] KEMUSNAHAN 2

1.9K 177 13
                                    

Gempa dan Blaze mengangguk faham. Tanpa berlengah, Gempa dan Blaze masuk ke dalam rumah Yaya.

Di dalam rumah Yaya, kelihatan Gempa dan Blaze sudah berada di tingkat kedua. Asap semakin tebal dan api semakin marak. Mereka perlu pergi ke bilik ibu Yaya dengan segera.

Sebaik sahaja mereka tiba di bilik ibu Yaya, alangkah terkejutnya mereka terlihat tubuh Ais terbaring di lantai, seolah-olah pengsan.

"AIS!!!!" jerit mereka berdua serentak.

Gempa ingin pergi ke arah Ais, tetapi api semakin marak.

"Blaze! Macam mana ni?!!" kata Gempa dengan resah. Risau kalau terjadi sesuatu kepada Ais.

"Takpe Gempa... Biar aku tolong Ais.. Kau pergi selamatkan diri dulu!" arah Blaze.

"Tapi... Aku tak sanggup tinggalkan korang!!" ujar Gempa yang memang tak dapat tinggalkan adiknya. 'Gila ke apa nak tinggalkan adik aku?' desis hatinya.

"Takpe... Kau boleh percayakan aku!! Aku kan api, jadi, aku boleh tahan dengan persekitaran macam ni!" balas Blaze, cuba menyakinkan abang sulungnya itu.

Gempa berfikir sejenak. "O..Okey!! Hati-hati!" nasihat Gempa lalu beredar dari situ.

Blaze pun pergi ke arah Ais. Dia tidak dicederakan oleh api yang menghampirinya.

Sementara itu, di luar rumah...

Yaya dan Gopal sedang menolong Ying, Thorn, Solar dan Fang menumpaskan askar-askar manakala Taufan dan Halilintar masih menunggu Gempa, Blaze dan Ais.

"Aduhh.... Mane diorang ni?!" Kelihatan Taufan cemas sambil memandang ke arah rumah Yaya.

"Sabar... Aku pasti diorang berjaya.." ujar Halilintar, cuba menenangkan adiknya.

Tak sampai seminit, mereka berdua ternampak Gempa keluar dari rumah.

Gempa kelihatan sedikit pucat dan terbatuk-batuk. Halilintar dan Taufan yang ternampak kelibat Gempa, terus mendekati Gempa. "Uhuk uhuk!"

"Kau okey tak?!" tanya Halilintar sambil memegang bahu kiri Gempa.

"Mane Blaze dan Ais?!" Belum sempat Gempa balas, Taufan sudah bertanya soalan. Dia terlalu risau. Dengan rumah Yaya yang nampak nak roboh buat dia takut.

Gempa menarik nafas sebelum menjawab. "Aku...Aku okey... Uhuk uhuk! Blaze kata, dia akan selamatkan Ais!"

Tiba-tiba sahaja, suatu bunyi yang sangat kuat menggegarkan kawasan itu. Mereka semua yang berada di situ membulatkan mata mereka, lebih-lebih lagi kelima-lima kembar ini.

Mata mereka tertumpu kepada sebuah rumah, iaitu, rumah Yaya.

"BLAZE!!!!! AIS!!!!!!" jerit kelima-lima Elemental ini dengan perasaan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Mustahil!

Rumah itu musnah dengan dahsyat sehingga tidak kelihatan seperti rumah lagi.

"Korang!!! Ke tepi!!" arah Gopal sambil menarik kelima-lima Elemental ini menjauhi daripada rumah itu. Kalau tak dibawa jauh, nanti terkena tempias bekas yang terbakar tu. Nasib Gopal dan Fang cepat menarik mereka.

"Aku...... Aku gagal sebagai abang........" kata Gempa, sedih sambil berlutut.

Tak lama selepas itu, kedengaran suara orang terbatuk. Suara itu amat dikenali...

Mereka berlima pandang ke arah orang tersebut. Muka mereka memberikan reaksi terkejut dan tidak percaya. Orang itu ialah....

"Blaze!!!!! Ais!!!!!"

Mereka pun menghampiri Blaze dan Ais yang berada dalam keadaan pucat. Blaze yang memapah Ais, terduduk ke tanah.

"Ughh...." Blaze kepenatan lalu meletakkan Ais bersebelahan dengannya.

Gempa, orang pertama yang sampai terus memeluk Blaze. "Blaze!!! Maafkan aku sebab tinggalkan korang berdua!!!" ucap Gempa dengan kesal atas sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Bukan dia yang mahukan benda ni terjadi.

"T-Takpe Gempa.... Y-Yang penting, kitorang selamat..." balas Blaze sebaik sahaja dia melepaskan pelukan. Risau betul abang aku ni.

"Macam mana keadaan Ais?!" soal Taufan sambil memandang ke arah Ais yang terbaring lemah. Mukanya memang mennunjukkan reaksi risau.

"A-Aku rasa..... Dia pengsan.... D-Disebabkan asap...." jawab Blaze, penat.

"Aku...Aku okey...." balas Ais yang baru sedar daripada pengsan.

"Ais!!!" Taufan memeluk Ais sebaik sahaja Ais sedar daripada pengsan. "Huhu!! Lain kali minta pertolongan daripada kitorang kalau dalam bahaya!"

"O-Okey...." balas Ais, lemah sambil tersenyum. Dia terharu.

Tak lama selepas itu, kedengaran suara Ying, Yaya, Gopal dan Fang menjerit kuat.

"BOBOIBOY!!!!!!!"

Ketujuh-tujuh Elemental terus memandang ke arah kawan-kawan mereka. Mereka tersentak. Kawan kitorang kena tangkap? Macam mana?!

"Muahahahahaha!!!!!! Aku dah kalahkan kawan korang!!! Sekarang! Lebih baik korang semua berserah diri!! Atau aku patut panggil korang, PUTERA?!!!!" jerit lelaki yang berpakaian hitam berserta topeng yang menutupi sebahagian kepalanya. Dia sengaja menekan perkataan 'putera' supaya mereka terkejut dan tekaannya tepat sekali.

"APE?!" Ketujuh-tujuh Elemental terkejut ketika lelaki itu memanggil mereka sebagai 'Putera'. Mereka terkedu.






~ B E R S A M B U N G ~

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now