✨ [24] PERTARUNGAN 2

1.2K 127 19
                                    

Ying dan Gopal tersentak dan terkejut.

Pengawal itu cuba mendekati Ying dan Gopal, tetapi, tiba-tiba sahaja dia tidak boleh bergerak.

"Argh!! Kenape ni?!" jerit pengawal itu.

Rupanya, Yaya menggunakan kuasa graviti pemberat supaya pengawal itu tidak boleh bergerak.

"Fuhh... Terima kasih Yaya..." ucap Gopal.

Yaya hanya tersenyum di hadapan mereka yang tidak jauh daripada situ.

Ali melontarkan yoyo kepada salah seorang pengawal lalu pengawal itu pengsan. "Cun!"

Tanpa disedari, ada seorang pengawal berada di belakang Ali dan ingin membuat serangan.

"Tanah pelindung!" jerit Gempa.

Pengawal itu terkejut lalu marah. Ali juga turut terkejut dan memandang Gempa.

"Berani kau!!" Pengawal itu menuju ke arah Gempa.

Gempa hanya tersenyum. Tak lama selepas itu, muncul satu golem di belakang pengawal itu lalu memegang erat pengawal itu supaya dia tidak boleh bergerak.

"Hah?! Ish, lepaskan aku!!" jerit pengawal itu.

"Ais!!" panggil Gempa.

"Baik! Tembakan pembeku!" Ais menembak meriam pembekunya kepada pengawal itu.

Pengawal itu kemudian terperangkap dalam ais. Golem tanah pula pergi ke belakang Gempa.

Gempa dan Ais bertapak tangan. "Terima kasih Gempa!" ucap Ali. Gempa hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Eh, Gempa! Bukan kau ikut atok ke?" tanya Ali.

"Oh, tugas aku dah selesai dengan atok.. Jadi, atok suruh aku untuk tolong korang..." jawab Gempa.

Ali hanya membalas, "Oohh..."

"Hiyaa!!" Moon memancarkan hologram untuk membentuk empat lagi Moon bagi memperdaya musuh.

"Hai! Aku kat sini!!" panggil Moon yang pertama.

Pengawal itu berasa geram lalu cuba menangkap Moon itu tetapi Moon itu hilang.

"Haha! Kau dah masuk perangkap! Iman!" jerit Moon yang sebenar.

Iman muncul di belakang pengawal itu lalu mengacukan pisau di belakang pengawal itu. Ini menyebabkan belakang badan pengawal itu tercedera seperti kesan cakar.

"Arghh!!! Tak guna!!" Pengawal itu semakin marah lalu menyepak kaki Iman menyebabkan Iman terjatuh.

Pengawal itu tersenyum sinis. "Haha, kau akan rasakan ni!!" Pengawal itu mengeluarkan pedang di poketnya lalu diacukan kepada Iman.

Iman terkejut. Dia cuba berdiri tetapi, pengawal itu memberi amaran supaya jangan bergerak.

"Rasakan ni!!!" jerit pengawal itu lalu cuba melakukan serangan.

Namun, pedang pengawal itu tidak mengenai Iman kerana terdapat pedang yang menghalang pedang itu daripada mengenai Iman.

"Hah?! Kau budak kaca mata?! Berani kau masuk campur!!" marah pengawal itu.

Budak kaca mata yang dimaksudkan oleh pengawal itu ialah Solar. Dia menggunakan pedangnya untuk menghalang pedang pengawal itu.

Solar menolak pengawal itu ke belakang. "Sekarang Blaze!!" jerit Solar.

Pengawal itu memandang sekeliling mencari-cari budak bernama Blaze. Dia terkejut sebab Blaze berada di belakangnya.

"Hai!! Kenape? Terkejut?! Hembusan api!!" Blaze menghembuskan api pada kasut pengawal itu.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now