✨ [2] KEMALANGAN

2.8K 228 12
                                    

Sementara itu, di sebuah jalan raya, kelihatan suatu kejadian telah berlaku. Ramai orang berkumpul di tempat itu. Dan ketika itu, semua orang sedang panik kerana terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

Halilintar dan Taufan yang berada di tempat kejadian. kaku. Mereka segera mendekati Blaze yang terbaring lemah di atas jalan bertar itu. Apa yang difikir oleh mereka sekarang ialah keselamatan Blaze. Perkara ini memang tidak dijangka kerana berlaku dengan pantas.

"Eh, ape jadi ni?!" tanya salah seorang lelaki yang berada di situ. Peluh mula mengalir pada mukanya namun tidak dipedulikannya kerana risau dengan kejadian sekarang.

"Budak ni kemalangan!!" jerit seorang lagi lelaki yang berkaca mata bulat dengan perasaan tergamam.

"Blaze!!! Be...Bertahan!!!" Bergetar suara Taufan bercakap sebab ketakutan. Air mata usah dikata, sudah mengalir deras. Dia meletakkan kepala Blaze di atas ribanya.

Mata Halilintar turut berkaca. Dia duduk mencangkung di sebelah Taufan dengan pandangan sayu dan terkejut.

"U-uhhh..H-Halilintar...T-Taufan..." Kepala Blaze berdenyut. Sakit. Mata perlahan-lahan tertutup lalu pengsan di pangkuan Taufan.

"Blaze!!" jerit Taufan sambil menggoyangkan badan Blaze.

"Taufan! Gunakan hoverboard kau untuk pergi ke hospital!" arah Halilintar dengan panik. Mereka perlu segera pergi ke hospital.

Taufan hanya mengangguk kepala, tanda akur dengan arahan Halilintar. Taufan berbisik sesuatu seperti memanggil hoverboardnya. Dengan pantas, hoverboard Taufan berada di hadapannya. Halilintar dan Taufan segera mengangkat Blaze lalu meletakannya di atas hoverboard.

Tanpa membuang masa, mereka pun menuju ke hospital. Mereka hanya menghiraukan mata-mata yang memandang. Keselamatan Blaze lebih penting!

Tiba di hospital...

"Kak! Tolong adik kitorang!" jerit Halilintar kepada seorang jururawat yang kebetulan berada di depan pintu utama hospital itu.

"Hah?! Baik!!" jawab jururawat tersebut dengan kelam-kabut apabila melihat sekujur tubuh tidak menyedarkan diri.

Jururawat tersebut segera mengambil katil. Dengan sepantas kilat, Halilintar dan Taufan meletakkan Blaze di atasnya. Mereka pun menuju ke bilik kecemasan dan doktor sudah pun ada dan bersedia untuk merawat budak lelaki itu.

"Tolong adik kitorang!!" jerit Taufan, berharap adiknya selamat. Air mata tidak berhenti mengalir dari tadi.

"Adik, tunggu sini.." arah jururawat itu lalu menutup pintu bilik kecemasan tersebut sebaik sahaja katil yang dibawa tadi selamat masuk ke dalam bilik itu.

"Blaze....." Taufan duduk berhampiran dengan bilik kecemasan itu lalu menundukkan kepalanya.

Air mata Taufan mengalir deras sekali lagi. Dia tidak sangka adiknya kemalangan. Dia bukanlah abang yang tidak bertanggungjawab. Walaupun perwatakannya yang seperti budak, namun, dia masih sayang dengan adik-beradiknya.

"Sabar Taufan.. Aku..Aku pasti dia selamat.." Halilintar menggosok bahu Taufan, cuba menenangkan adiknya itu. Dia cuba untuk tenangkan diri daripada mengalirkan air mata meskipun matanya sudah berkaca-kaca.

Taufan hanya mendiamkan diri. Dia sebenarnya, tidak sanggup melihat adik-beradiknya menjadi mangsa. Lebih-lebih lagi apabila meninggalkannya.

Halilintar masih cuba menenangkan Taufan. Walaupun hatinya sayu melihat Blaze berlumuran darah, namun, dia kentalkan juga hatinya untuk kuat. Ya, dia harus kuat depan adik-adiknya!

√√√√√√√

Di lorong yang gelap, kelihatan Solar dan Thorn sedang terduduk di tepi jalan. Pada masa itu, hanya lampu jalan menjadi peneman kepada mereka berdua.

"Solar, kau okey tak? Ada luka ke?" Thorn berasa bersalah. Mengapa dia tidak sempat selamatkan adiknya daripada terjatuh? Walaupun bersikap bendul, sifat bertanggungjawab tetap ada dalam dirinya.

"T-Takpe Thorn.. Aku tak apa-apa.. Luka sikit je.." jawab Solar sambil tersenyum. Dia sebenarnya tidak mahu abangnya risau tentangnya.

"Jomlah kita balik... Nanti diorang risau pulak.." kata Thorn sambil menolong Solar untuk berdiri.

Solar hanya mengangguk, tanda setuju. Tanpa membuang masa, Thorn memapah Solar balik ke rumah. Sesekali Solar mengaduh kesakitan pada lututnya.

Di rumah, kelihatan riak wajah Gempa dalam keadaan risau. Sekejap berdiri, sekejap berjalan, sekejap kerling jam dan sekejap duduk. Ais yang melihat abangnya itu hanya mengeluh berat.

"Aduhh.. Mane diorang ni....." kata Gempa sambil berjalan mundar-mandir. "Risaunya..."

"Sa..Sabar Gempa.. Janganlah macam ni.. Kesian aku tengok kau.." kata Ais, cuba menenangkan abangnya.

Walaupun sekarang ni Ais tengah risau, tapi, dia masih tetap tenangkan dirinya. Yelah, antara semua adik-beradik Elemental Brothers, Ais ialah orang yang paling tenang dalam kalangan mereka.

"Ish, mane tak risau.. Dah pukul 6 ni.." kata Gempa yang masih dalam keadaan risau. Siape je tak risau? Dahlah hati rasa tak sedap hati.

Tiba-tiba, pintu rumah mereka terbuka. Dan muncul, dua budak lelaki yang amat dikenali oleh mereka berdua.

"Hah?! Thorn! Solar!" jerit Gempa dan Ais sambil menuju ke arah mereka yang berada di pintu utama.

"Ughh..." Thorn dan Solart terus terduduk sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.

Gempa yang terkejut melihat keadaan Solar terus mengambil peti kecemasan di bilik stor.

Terkejut Ais melihat seluar kat lutut Solar terkoyak dan berdarah. "Macam mana boleh jadi macam ni?!" tanya Ais dengan risau.

"Solar jatuh tadi.." jawab Thorn, kecewa dengan sikapnya yang tidak menjaga satu-satunya adik yang dia ada.

Beberapa saat kemudian, Gempa pun datang dengan peti kecemasan di tangannya.

"Solar, mari sini, dekat dengan aku.. Aku nak rawat kau.." arah Gempa sambil duduk berhadapan dengan Solar.

Solar pun mendekati Gempa lalu meluruskan kakinya yang luka. Gempa segera merawat Solar dengan membubuh ubat gamat di lutut Solar yang cedera.

Dan Solar, terpaksa tahan sakit ketika Gempa menyentuh lukanya. Selepas itu, Gempa membalut lutut kiri Solar menggunakan kapas dan tisu lalu dilekat dengan pita pelekat.

Ais POV

Aku melihat abangku, Gempa, merawat Solar. Aku tersenyum kecil. Dia memang abang yang bertanggungjawab. Dialah ayah dan dialah ibu. Dialah penyelesaian bagi masalah yang kami tak dapat selesaikan.

Gempa ialah abang terbaik yang pernah kitorang dapat. Aku bangga ada abang macam ni. Aku harap dia tetap berada bersama aku dan adik-beradikku sampai bila-bila.

Sebaik sahaja Gempa habis merawat Solar, aku tersedar daripada lamunanku.

Ais POV End

"Ok, dah siap.." kata Gempa sambil tersenyum kepada Solar.

"Terima kasih.." Solar tersenyum lalu memeluk Gempa.

Gempa hanya membalas pelukan Solar dengan senyuman.

BEEP BEEP BEEP

Jam kuasa Ais berbunyi. Nasib tak mudah terkejut.

"Hmm?" Ais menjawab panggilan tersebut. "Halilintar, kenape telefon?"

"Aku... Aku ada berita yang mengejut untuk korang.." kata Halilintar, yang menyebabkan Ais berasa tertanya-tanya.

"Hah?! Ape dia?!" soal Ais, ingin tahu. Jantungnya mula berdegup kencang. Takut kalau menerima berita yang tidak sepatutnya.



~ B E R S A M B U N G ~

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now