✨ [20] RAHSIA TERBONGKAR

1.7K 143 22
                                    

Tanpa membuang masa, mereka semua pun mengikuti Gempa pergi ke istana. Gempa dijaga oleh empat pengawal keselamatan di belakangnya membuatkan mereka semua tidak keruan.

Sementara itu, di tempat Rudy...

"Macam mana abang masih boleh hidup?" tanya Rudy kepada lelaki di hadapan penjara yang diduduki olehnya.

"Nanti jelah abang cerita... Kite kena lari dari sini..." balas lelaki itu.

Lelaki itu memakai pakaian putih kelabu dan memakai sarung tangan.

"Hmm... Aku harap korang dapat selamatkan aku..." gumam Rudy sambil menyandarkan dirinya pada dinding.

Berbalik di tempat Elemental Brothers, kelihatan mereka semua sudah tiba di hadapan pintu istana.

"Whoahh.... Besarnye!! Tak sangka kita dapat pergi sini!" kata Moon, teruja. Matanya bersinar-sinar seperti bintang di langit.

"Erk, atok... Sudah-sudahlah tu ambil gambar..." Ali mengerutkan dahinya kerana pelik dengan perangai Tok Aba yang tak habis-habis ambil gambar dari tadi.

"Hehe... Alah, bukan selalu pergi sini.. Kenelah ambil gambar banyak-banyak.." jawab Tok Aba lalu mengambil gambar mereka semua.

"Hm, sesuai sangat... Rumah besar, kereta pun besar.." ujar Ochobot sambil matanya meliar kawasan istana yang besar itu.

Gempa hanya tergelak kecil melihat mereka semua yang terpegun dengan istananya. "Dah, jom masuk.."

Tanpa melengahkan masa, mereka semua masuk ke dalam istana. Sekali lagi, mereka semua terpesona dengan barang-barang dan antik di dalam istana. Semuanya diperbuat daripada emas dan perak.

"Whoah.... Semuanya emas dan perak!" ujar Thorn dengan teruja.

"Haah!" Solar turut bersetuju dengan kata-kata Thorn.

"Eh, ni ke gambar Raja Adam?" soal Blaze sambil menunjuk ke arah sebuah bingkai gambar yang besar pada dinding.

"Betul..." jawab Gempa.

"Hm, muka Raja Adam macam kitorang cume tak pakai topi...." gumam Taufan sendiri.

"Ape kau cakap tu?" tanya Halilintar sambil memandang ke arah Taufan membuatkan Taufan sedikit tersentak.

"Err, takde ape..." balas Taufan sambil tersengih.

"Hmm, lebih besar daripada rumah aku.." fikir Fang.

"Jom, kita jumpa bonda..." ajak Gempa.

Mereka semua mengikuti Gempa pergi ke ruang tamu yang sudah ditunggu oleh bonda Gempa atau lebih dikenali sebagai Permaisuri Hawa.

"Selamat pagi tuanku..." Mereka semua tunduk hormat kepada Permaisuri Hawa.

Permaisuri Hawa tersenyum. "Tak perlu tunduk macam tu... Kamu semua kan keluarga beta..." kata Permaisuri Hawa dengan lemah-lembut.

Mereka semua memandang antara satu sama lain.

"Maksud tuanku?" tanya Jet.

"Nampaknya, beta perlu jelaskan semuanya kepada kamu semua..." kata Permaisuri Hawa yang menyebabkan mereka semua mengerutkan dahi.

Tok Aba membuat isyarat muka kepada Permaisuri Hawa. Permaisuri Hawa membalas dengan mengangguk kepala.

"Baiklah, kamu semua duduk dahulu.." pelawa Permaisuri Hawa.

Tidak lama selepas itu, mereka semua duduk berhadapan dengan Permaisuri Hawa, Gempa dan Tok Aba.

"Eh, kenapa atok ade kat sebelah Permaisuri Hawa?" tanya Thorn kepada Ais.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now