✨[22] PENJARA KEGELAPAN

1.4K 133 12
                                    

Berbalik di Elemental Brothers, kelihatan mereka semua termasuk cucu Tok Aba sedang membincangkan sesuatu di ruang tamu. Mereka sedang duduk secara berkumpulan.

"Atok, boleh terangkan pasal Penjara Kegelapan tu?" tanya Bulat berharap Tok Aba dapat menerangkan tentang penjara itu. Dia tertanya-tanya kenapa penjara itu disebut sebagai kegelapan.

Tok Aba menghela nafas sebelum menerangkan. "Penjara Kegelapan merupakan sebuah penjara yang dibuat khas oleh Uno.."

"Uno???"

"Ya, dialah yang membina penjara itu... Semua orang yang tidak mengikuti perintahnya akan dihukum di penjara itu.." terang Tok Aba.

"Oohh.. Jadi, dia buat penjara tu untuk seksa orang?" tanya Moon, untuk kepastian.

Tok Aba mengangguk.

"Tapi, kenapa dia nak buat penjara tu hanya untuk seksa orang?" soal Roza dengan perasaan pelik.

"Sebenarnya, matlamat dia adalah untuk mengumpul orang dan membina sebuah dinding.." jawab Tok Aba.

"Sebuah dinding?" Elemental Brothers berasa hairan.

"Betul... Dinding tu bukan sembarangan dinding... Kemungkinan dinding itu ada kuasa.." terang Tok Aba sambil memegang dagunya.

"Kenape jadi macam tu?" Ying mengerutkan dahinya.

"Dia guna kuasa yang diperoleh oleh abang Raja Adam.." kata Tok Aba.

"Abang?"

"Abang Raja Adam ialah Raja Karya.. Dia sudah mangkat pada 13 tahun yang lalu.. Dia mempunyai kuasa yang membolehkan dia mahir dalam bidang magic.." terang Tok Aba.

"Oohh..." balas mereka semua sambil terangguk-angguk.

"Tapi, Uno tu siape sebenarnya? Dan ape kaitan dengan kitorang?" tanya Ochobot.

Tok Aba menghela nafas. "Uno sebenarnya, adik kepada Raja Adam dan juga pak cik kepada kamu semua.."

"Adik kepada Raja Adam?!" Mereka semua terkejut mendengar penjelasan Tok Aba.

Tok Aba mengangguk. "Dia buat dinding tu untuk menguatkan lagi kuasanya dan cuba merampas harta Raja Adam..."

"Jadi, lelaki yang serang kawasan kitorang hari tu, ialah Uno?!" kata Gopal dengan perasaan terkejut.

"Hah, dia serang kawasan korang?!" tanya Tok Aba yang tersentak dengan pernyataan Gopal.

"Betul tok.. Dia serang kawasan kitorang dengan tiba-tiba.." jawab Gempa.

Tok Aba meletakkan tangannya di dagu untuk berfikir seketika. Mereka yang lain memandang antara satu sama lain.

"Rudy, kene culik oleh Uno kan?" tanya Tok Aba.

Mereka yang lain hanya mengangguk.

"Atok tau, diorang culik Rudy untuk jadikan sebagai tebusan..." kata Tok Aba dengan serius.

"Tebusan?"

"Ya... Tapi, dia akan suruh Rudy untuk bekerja terlebih dahulu..." kata Tok Aba.

"Macam mana atok tahu?" tanya Yaya.

"Sebab, abang korang ade kat situ.." terang Tok Aba.

"Kitorang ade abang?!" Khai, Jet, Ali, Bulat, Iman, Moon, Alicia, Ochobot dan Roza terkejut dengan jawapan Tok Aba. Zass hanya membulatkan mata sahaja memandangkan dia tidak boleh bercakap.

"Betul... Kamu semua ada abang... Abang yang amat penyayang walaupun bersikap tegas..." terang Tok Aba.

"Jadi, kita perlu selamatkan Rudy dan abang kita!" kata Jet.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now