BAB 2 (BAD BOY)

710 81 30
                                    

0 1 / 0 5 / 2 0 ❤️
----------------------

TING!

Bunyi loceng tandanya pertandingan bermula. Tanpa membuang masa, satu tumbukan melayang mengenai pipi James. Kemudian James membalas tumbukan berpadu ke perut Tiger. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Namun tanpa disangka satu tumbukan menghala ke arah dagu James dari bawah menyebabkan lelaki itu terjatuh. Serentak itu, James cuba membalas serangan namun tidak kena kerana Tiger sempat mengelak. Peluh mula merinik didahi masing masing.

James yang cuba bangun terus dihalang tiger. Satu persatu tumbukan kuat dilepaskan mengenai wajah. James hanya mampu mempertahankan diri dan mencari peluang untuk membalas. Sorakan dari peminat masing-masing bertambah riuh. Memberi semangat kepada atlet kesukaan mereka.

Tanpa sedar, dari jauh sepasang mata memerhati gelagat peserta gusti sedang menewaskan pihak lawan. Gelanggang itu semakin bising dengan suara sorakan daripada penyokong apatah lagi salah seorang peserta ditumbuk bertubi-tubi.

James semakin lemah. Dia sudah terbaring dan hanya mampu mempertahankan diri. Tumbukan dari Tiger susah untuk dielak. Tiger mengangkat tangan tinggi bersedia mengayunkan satu tumbukan padu untuk menamatkan pertandingan.

Tiba-tiba...

"Hayden!!"

Tiger tercengang. Niatnya yang mahu menumbuk terbantut. Telinganya terdengar seseorang memanggil namanya. Matanya melilau segenap sudut gelanggang.

Tanpa berbuat apa-apa, tiba tiba James bingkas bangun dan menghadiahi tumbukan kencang ke mulut menyebabkan Tiger terundur beberapa langkah. Bibirnya pecah dan berdarah akibat ditumbuk.

Baru sahaja Tiger menyerang, sekali lagi kali ini namanya dilaung lebih kuat.

Tiger tergamam. Tekaknya terasa perit apabila menelan air liur. Dia melihat seorang wanita lingkungan 60-an sedang memegang kemas sebatang rotan.

'Macam mana orang tua ni boleh ada kat sini?!' desis Hayden.

"Hayden apa yang kamu buat ni?!" tanya wanita itu dengan nada geram. Terjegil sedikit mata nampak garang seperti singa kelaparan.

'Mampus' getus Hayden dalam hati. Tanpa sempat menjawab terus telinga Hayden atau nama samarannya adalah tiger, ditarik dan dipulas kuat oleh neneknya. Terus terpekik terlolong Hayden mengadu meminta simpati. Peritnya hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Sakit nek... sakit. Ampun!" rayu Hayden seraya cuba menjauhkan tangan neneknya seperti tangan ketam terusan menarik telinganya. Mahu tercabut rasanya telinga sekarang.

Neneknya hanya menghiraukan permintaan Hayden.

"Hayden balik!" perintah neneknya. Kali ini tarikan lebih kuat menarik cuping telinga lelaki itu. Ajar sikit budak nakal ni. Mahu tidak mahu terpaksa Hayden akur akan arahan neneknya.

Orang ramai mula hairan dan hanya membisik satu sama lain meneka apa yang sedang berlaku sekarang. Tertanya-tanya siapakah wanita sedang menarik cuping telinga Tiger itu?

__________________

"Mak dah tak tahan dengan perangai Hayden!" leter Hajah Kamsah. Raut wajahnya masam mencuka sambil bercekak pinggang. Ibu bapa Hayden juga sendiri sudah penat dengan kerenah anak tunggal mereka yang terlampau taksub dengan boxing. Sudah berbuih mulut dinasihati agar tidak menyertai aktiviti itu namun, ada sahaja alasan dijawab oleh Hayden.

"Saya pun tak tahu la mak nak cakap apa," balas Datin Saleha. Dia sendiri tidak sanggup memandang wajah ibunya yang sedang membuak buak menahan kemarahan. Mukanya jelas terpancar singa kebuluran makanan.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now