BAB 37 (BET)

227 35 3
                                    

0 5 / 0 6 / 2 0 ❤️

____________

Petang itu selepas habis kelas, padang baseball sekolah  Horizon International school kini dihadiri oleh pelajar A-team. Mereka  semua lengkap dengan peralatan permainan baseball. Hanya menunggu  kedatangan Ayshalyn dan lain.

Jasper mengerling jam tangan, sudah 20 minit mereka semua tercegat menunggu.

"They may not come," Jasper mengeluh, dia memandang ke arah pintu masuk padang. Madison diam. Dia masih menunggu.

"Who said!" satu laungan suara mengejutkan mereka.

Serentak A-team memandang ke arah pintu masuk utama padang. Zarryn yang memakai baju baseball knight menapak mendahului yang lain. Sebelah kirinya Adam yang mengenakan headband di kepala sambil memegang pemukul.

Ayshalyn di sebelah kanan dengan lengan baju sekolah dilipat paras siku. Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan blusher hujung mata. Rambutnya turut diikat.

Hayden mengenakan jacket sekolah serta bertopi  baseball pula di belakang memikul baseball bat. Evans berpakaian baju baseball sekadar berjalan  dengan kepala dilindungi topi. Armel? dia dengan yang lain menyusul dari belakang. Wajahnya sengaja diconteng corak di pipi. Iman Sarimah dengan yang lain pun sama naik. Semua ada gaya sendiri.

Madison senyum tersunggih sambil memeluk tubuh. Kemain mereka berjalan masuk padang.

"Sorry we're late."

Ayshalyn memandangnya dengan wajah serius. Madison senyum sinis.

Permainan baseball yang diadakan secara haram antara mereka bermula. Evans yang mengambil posisi pitcher bersedia melontarkan bola pada Marcus.

Dia memejam mata kemudian pelahan-lahan nafas dihembus. Dia membuka kembali kelopak mata  sebelum tangannya dihayun kuat melempar bola arah Marcus.

Tang!!

Bunyi bola bertemu pemukul dan dipukul dengan kuat. Serentak itu sorakan daripada A-team menjadi saksi apabila bola yang dilontar itu berjaya dipukul.

Lantas Marcus hempaskan pemukul atas padang, pantas berlari ke base. Diikuti oleh baserunner lain yang turut berada di base.

Pada masa yang Adam berada posisi center field berlari ingin menangkap bola. Nasib baik dia sempat menangkap dan pantas dilempar pada Ayshalyn di bahagian second base membuatkan larian Marcus berhenti menapak. Dengan nafas termengah-mengah sedikit terbongkok Marcus berdiri di base.

Hampir sejam permainan mereka berlangsung. Masing-masing tidak mahu mengalah. Markah berbeza sedikit sahaja.

Adam diam menunggu giliran tempat menunggu. Dari tadi matanya meliar melihat ahli pasukan lain bijak memukul bola. Nampak gaya semua mahir kecuali dirinya. Kalau basketball bolehlah dia main tapi baseball? Memang dia tak reti.

"Adam turn kau," Zarryn memberi arahan.

"Adam, all the best!" pesan Armel pada Adam yang sedang menyarungkan topi dikepala.

Adam pandang Armel yang berada di tepi padang. Dia hanya mengangguk. Hanya Armel sahaja tidak menyertai permainan ini kerana cukup orang. Lagi satu, Armel tu kan kaum smurf, mana boleh nak tangkap bola tingkap. Silap langkah jatuh tergolek atas pandang.

Adam mengambil pemukul kemudian berlari keluar padang. Dia berdiri di batter box disamping  homeplate, perlahan-lahan dia hembus nafas. Batang pemukul dalam genggaman dieratkan dan diangkat belakang paras leher.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now