BAB 40 (KANTOI)

250 39 5
                                    

0 7 / 0 6 / 2 0 ❤️
__________________

Beberapa hari selepas balik dari London, sepuluh pelajar tersebut kembali ke WCIS. Pada sebelah petang baru mereka masuk ke asrama.

"Ah mengantuknya aku! Aku nak nap kejap. Nanti korang kejut eh," Ayshalyn baring di atas katilnya setelah siap mereka mengemas bilik dan katil masing-masing setelah sebulan tidak digunakan.

Zarryn dan Armel hanya mengangguk lalu Zarryn menghilangkan diri untuk membersih diri memandangkan dah masuk maghrib. Armel melangkah ke meja belajar mereka yang diletak sekali di satu sudut. Sedang dia mengemas apa yang patut, telefon Ayshalyn yang di atas meja belajarnya bergetar dan berdering.

Sayang💕

Armel mengerut dahi melihat nama yang terpapar di dada skrin Ayshalyn. Sayang? Sayang mana ni? Siap ada love lagi. Armel penasaran sendiri ingin mengetahui siapa gerangan di sebalik nama 'sayang' itu. Ayshalyn kut. Kemon la. Sejak bila dia bersayang-sayang dengan orang ni?

Dia kerling sekilas ke arah Ayshalyn yang masih tidak sedar. Tangan perlahan-lahan mencapai telefon Ayshalyn. Dia menggesek ikon hijau untuk mengangkat panggilan tersebut.

Bismillah..

"Hai sayang saya. Lambatnya pick up. Awak pergi mana tadi?"

Suara di hujung talian itu menambahkan lagi kerutan di dahi Armel. Macam kenal suara ni. Tapi.. takkanlah..

"Sayang? dengar tak? Okeylah. Saya nak ucap, Happy First Month of our relationship sayang.. i just want you to know that I will always love you. So much sayang. And thank you sebab terima saya,"

Kata-kata dari orang di hujung talian itu membuatkan Armel ternganga. Tidak percaya! Sayang? First Month?

"Apa kau cakap ni. First month, sayang? Mereng ke?" suara Armel ternaik sedikit menanyakan soalan. Cepumas.

"Siapa ni?" Kedengaran suara di hujung sana sedikit terkejut.

"Aku la Armel. Ayshalyn tengah tidur. Eh Hayden, korang berdua ni silent relationship ke?" tanya Armel masih tidak percaya. Kali ini tiada jawapan dari sana.

Hayden di hujung talian sudah menepuk dahi. Aduh! Macam mana ni? Tak kena masa pula dia call. Memang tak kena!

"Korang ada hubungan? Sejak bila? Macam mana? Kenapa tak bagitahu?" tanya Armel bertubi-tubi. Dia dengar Hayden mengeluh kecil.

"Sejak kat London." hanya itu dijawab oleh Hayden. Dia malas mahu jawab lebih-lebih. Armel sekali lagi ternganga. Selama itukah? Lama lah juga. Dah lebih sebulan. Dan mereka tak tahu apa-apa? Memang kurang gula betul dua orang ni!

"Dahlah aku end dulu. Potong mood betul kau ni,"

Dia dengar Hayden berkata seraya memutuskan panggilan. Tika itu juga Ayshalyn menggeliat dan membuka mata. Hah! Perfect timing.

Ayshalyn memandang Armel yang berdiri di sebelah katilnya dekat meja belajar. Dia nampak di tangan gadis itu terdapat telefonnya. Buat apa dengan telefon dia?

"Sayang? Happy one month? London? You owe me an explanation Ayshalyn Emane. Don't you think so?" Armel menayangkan telefon Ayshalyn. Terus terbuka luas mata Ayshalyn yang tadi masih mamai. Tegak 90 darjah duduknya menghadap Armel yang berdiri sambil berpeluk tubuh.

Mampus!

"Okey aku cerita dekat kau. But please keep it as a secret. Can you?" Ayshalyn mengheret Armel duduk di sebelahnya. Armel mengangguk.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now