Bab 59 (TRUTH)

284 29 3
                                    

3 0 / 0 6 / 2 0 ❤️

p/s; sorry for the late entry. super busy these days. xoxo💖.
_______________

Zarryn menarik zip beg baju ke bawah dan mengeluarkan dressnya. Dia tersenyum melihat rekaan bajunya yang baru diambil dari butik kawan mamanya, Aunty Kay. Dia kemudian meletakkan baju itu di badannya dan posing depan cermin besar biliknya. Cantiknya dia. Ahaks!

Dress plain hitam itu sekali lagi ditayang pada badan. Malam esok, Knights are having prom! Selepas pertandingan Ayshalyn dua hari lepas, mereka dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing memandangkan cuti hari minggu. Prom diadakan di sekolah mereka sahaja. Sememangnya terdapat sebuah bangunan untuk mengadakan majlis seperti ini. Jadi, mereka bersiap di dorm masing-masing saja.

Ting!

Telefon di atas meja berdeting tanda ada pesanan masuk. Zarryn melangkah ke situ dan telefon yang tersadai itu dicapai. Tersenyum dia melihat pesanan yang diterima.

I tak sabar nak jadi partner you esok, baby.. - Qairul

Sudah semestinya Qairul menjadi pasangannya malam prom esok. Bahagia lah juga prom tahun ni dia ada pasangan. Selalunya dia dan Ayshalyn saja. Dua-dua muka bosan dalam majlis tu. Tapi tahun ni dia ada Qairul! Ayshalyn tu usah ditanya lagi kalau dah terang lagi disuluh spotlight dia bersama Hayden. Dahlah buat babak Hindustan 2 hari lepas di pertandingan sendiri. Habis viral.

Matanya tertancap pula pada satu kertas di atas meja. Tiket untuk ke prom. Tiket itu telah diedarkan pada semua pelajar sebelum mereka semua pulang.

Ni adalah prom terakhirnya sebagai Knight

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ni adalah prom terakhirnya sebagai Knight. Mereka akan graduate tak lama lagi dan meninggalkan segalanya di WCIS. Bila diingat semula, Zarryn keluarkan keluhan. Dikalih pandangan ke arah sliding door yang terbuka. Dilihat bilik yang bertentangan dengannya itu tertutup pintu gelangsarnya. Bilik Adam.

Terasa sangat jauh dia dan lelaki itu sekarang. Walaupun mereka setiap hari bertemu, tapi tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut lelaki itu padanya. Nak kata Adam bad mood, dengan rakan-rakannya yang lain elok saja lelaki itu bergurau. Boleh dikatakan lelaki itu akan berubah bila adanya dia. Hanya bila ada dia!

Zarryn mengeluh sekali lagi seraya melangkah ke koridor biliknya. Dress sempat diletakkan di atas katil semula. Dia merenung bilik Adam. Lama. Dulu, dia yang tak nak tengok sangat bilik lelaki itu. Sampaikan koridor biliknya tidak akan dibuka jika lelaki itu ada. Tapi sekarang, dia yang menunggu kewujudan lelaki itu. Dia perasan yang perasaan sayangnya terhadap Adam makin bertambah. Tapi, dia dah ada Qairul.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now