BAB 54 (DONE)

237 27 1
                                    

2 3 / 0 6 / 2 0 ❤️
__________________

Suasana sekolah yang sunyi tanpa sebarang suara pelajar. Ayshalyn melangkah masuk dalam perkarangan sekolah. Sebelah tangan memegang erat satu kotak yang dihiasi reben.

Langkahnya terhenti pada sebuah loker, nama Hayden Ziyad tentera pada loker itu. Ayshalyn menunduk kepala memandang kotak yang dipegangnya. Sapu tanganya pemberian Hayden Ziyad tempoh hari di dalamnya. Kini, sudah tiba masanya untuk dia pulangkan kembali.

Satu senyuman kelat diukir sebelum dia meletakkan kotak itu atas loker Hayden. Dengan langkah berat dia menuju ke dewan. Hari ini semua pelajar harus berada di dewan untuk mendengar ceramah dan beberapa booth University disediakan khas untuk final year students.

Kedengaran suara penceramah bergema apabila dia menghampiri dewan. Pintu ditolak. Beberapa pelajar dan guru terasa terganggu mula berpaling. Ayshalyn yang baru sampai ke sekolah agak lewat seperti biasa. Gadis itu hanya menunduk kepala memandang lantai. Dengan langkah berat dia menapak mendekati Armel dan Zarryn.

Sepanjang penceramah bercerita dan berkongsi pengalaman pada pelajar. Ayshalyn hanya menunduk kepala, dia langsung tidak fokus. Fikirannya bercelaru sekarang dan kosong. Armel dan Zarryn perasan akan itu mula berasa sangsi.

Dekat sejam setengah penceramah memberikan ceramah. Pelajar lain boleh masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran dan hanya pelajar senior sahaja dibenarkan berada dalam dewan untuk melawat booth University.

Pelajar lain mula bangkit dari tempat duduk, hanya 3 ketul itu saja tidak bergerak. Zarryn mengadu sakit kepala dan terasa mahu demam. Ayshalyn pula memang tak ada mood nak pergi booth tu. Armel hanya duduk di situ, setia menemani.

Terasa jari jemari sebelah tangan digenggam erat. Dia mendongak muka memandang Zarryn yang senyum padanya. Armel juga berada disamping. Dua orang gadis itu duduk hadapannya.

"Ayshalyn, kau okey tak?" tanya Zarryn dengan lembut membuatkan hati Ayshalyn tersentuh. Walaupun Zarryn sendiri yang sakit, tetap gadis itu bertanyakan dirinya. Matanya redup merenung lantai kosong, wajahnya muram.

"Okey," jawab Ayshalyn dengan lemah. Dia memejam mata cuba menguatkan semangat. Dia masih menunduk kepala. Dia bukan tidak mahu memandang Zarryn dan Armel. Tapi dia takut hatinya tidak kuat. Dia bimbang akan menangis depan mereka.

"Ayshalyn, kau tak okey.." kata Zarryn menggosok bahu Ayshalyn. Semakin bergenang air mata gadis itu.

"Aku okey.." kali ini tiada gelengan, hanya jawapan dengan suara bergetar.

"Ayshalyn, kau tak okey.." kali ini Armel berkata.

Ayshalyn diam seketika. Dia mengetap bibir sebelum menjawab.

"Aku okey." Dalih Ashalyn, namun air mata mula bertakung.

"Aysh.."

"Aku okey!" tegas Ayshalyn seraya setitis air mata jatuh. Dia mengangkat muka. Hujung hidungnya merah, bebola matanya turut kemerahan mula mengalirkan air mata. Bibir bergetar. Setitis lagi air mata jatuh ke lantai. Dia memandang kedua rakannya itu, air matanya laju turun membasahi pipi. Dia menangis depan Armel, Zarryn dan depan orang ramai.

"Aku okey.. aku okey.." katanya lagi dengan ayat sama berselang seling dengan tangisan. Terasa badannya dirangkul, Armel terus memeluk erat tubuhnya apabila Ayshalyn menangis. Hanya itu sahaja cara dia terfikir untuk menenangkan emosi Ayshalyn.

Zarryn menggosok belakang Ashalyn, dia dapat rasakan kesakitan yang menimpa gadis itu. Sakit kepala dihiraukan. Risau terhadap sahabatnya itu mengatasi segalanya.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now