BAB 22 (JEALOUS)

308 40 29
                                    

Same date❤️
__________________

Pertandingan basketball peringkat daerah bermula. Dari pukul 8 pagi lagi beberapa buah bas dari pelbagai sekolah masuk dalam pekarangan sekolah. Sudah tentu atlet basketball yang datang. Semua yang turun dari bas segak dan bergaya.

Pelajar perempuan tidak kira dari kelas mana dari tadi terhendap-hendap dekat tingkap. Ingin melihat atlet-atlet basketball turun dari bas.

Sekolah mereka jadi tuan rumah tahun ini. Jadi pelajar council telah bertungkus lumus menyiapkan sedikit gerai jualan dan kantin sekolah mereka.

Bagi pelajar yang ingin menonton perlawanan hanya dibenarkan waktu rehat sahaja. Kerana pengetua sekolah mereka tidak mahu menganggu pembelajaran mereka.

"Ada yang handsome tak?" tanya Zarryn pada Armel. Mereka bertiga juga dari tadi mengintai dari tingkap. Mencari atlet handsome keluar dari bas. Mana tahu, jumpa dengan jodoh.

"Tak tahu, semua handsome!" kata Armel dengan teruja, sedikit kaki terlompat.

"Tu la, semua handsome. Tak tahu nak pilih mana satu," kata Ayshalyn pula. Ehh sejak bila jadi girl-girl ni? Dia juga mengintai lelaki yang berpakaian basketball dari tadi.

"Weh yang tu!" Armel menarik kedua-dua lengan Zarryn dan Ayshalyn. Dia tunjuk seorang lelaki bertubuh lampai tinggi, mukanya cengkung ada jawline. Dia memikul bag galas dengan sebelah tangan je atas bahu. Gaya potongan rambutnya simple tampak bergaya menjadikan lelaki itu kacak ketika berjalan menuju ke court.

Terlopong mulut ketiga-tiga gadis itu, masing-masing kaku tidak terkata.

"Korang tengok apa?"

Satu teguran seseorang dari belakang seraya rambut Zarryn terasa ditarik.

Zarryn menoleh memandang empunya suara yang menarik rambutnya. Riak wajah Zarryn yang berseri tadi berubah masam.

Dia pandang Adam yang berpakaian baju basketball sekolah. Baru je dapat cuci mata, dah jumpa mamat ni balik.

"Sibuk je. Bukan ke kau kena ada dekat gelangang ke? Pergi sana." halau Zarryn seraya membetulkan rambutnya yang ditarik Adam tadi.

"Nak pergi la ni, aku nak ambik something tertinggal dalam kelas," kata Adam. Dia tunduk mencari sesuatu dalam laci meja.

"Eh Adam,"

Adam mengangkat kepala tengok Zarryn.

"Make sure menang eh, jangan malukan sekolah. Risau aku," pesan Zarryn. Dia berasa bimbang. Yelah, mereka ini tuan rumah boleh malu kalau kalah dengan sekolah lain.

"Kau risau sekolah ke risaukan aku? Don't worry dear, I will win," kata Adam sambil kenyit sebelah mata pada Zarryn. Sebelah tangan dia tepuk pada dada, tanda jangan bimbang. Percayakan dia. Tangannya sekali lagi diangkat dan menggosok rambut Zarryn perlahan.

"Eh dia ni aku.." belum sempat Zarryn bertindak membalas reaksi, Adam sudah berlari anak keluar.

"Tahu takut, nasib sempat lari. Kalau tak dah lama pelempang naik ke muka," kata Zarryn memeluk tubuh. Dia kembali menyambung kerja as stalker dengan dua ketul itu.

Namun tidak lama itu, tanpa Armel dan Ayshalyn menyedarinya segaris senyuman terukir di bibir Zarryn dalam diam mengingatkan sentuhan tangan Adam di kepalanya.

Argh! Gila kau Zarryn!

____________

Whistle ditiup oleh pengadil. Serentak itu pertandingan bermula, bunyi geseran tapak kasut dengan lantai kedengaran.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now