BAB 34 (CONFESS)

302 38 55
                                    

Same date❤️
________________

Dalam rumah Evans hanya tinggal 3 rakannya dan ibu saudaranya. Adam dan Zarryn dah lama keluar untuk merasai suasana di Kota London itu.

Ayshalyn yang turut merasa bosan itu berkira-kira untuk keluar. Tulah, Zarryn ajak tadi taknak ikut. Tengok sekarang, dah bosan.

Dia bersiap-siap dengan hanya menyarungkan jaket tebal memandangkan di luar boleh tahan sejuk. Dia turun ke bawah untuk mengajak Armel menemaninya. Tetapi kelihatan Armel ramah duk berbual dengan ibu saudara Evans. Biarlah, malas dia nak kacau. Dia hanya keluar bersendirian di sekitar kawasan rumah itu.

Tanpa sedar, dia diekor seseorang dari belakang. Ayshalyn masih lagi berjalan tanpa menghiraukan orang lain.

Dia pergi ke tempat banyak deretan kedai dan kafe. Sempat lagi menegur budak lelaki kecil berambut blonde yang comel. Budak itu bersikap ramah, membalas senyuman mesra.

Kaki menapak mengikut gerak hati sambil kedua tangan diseluk dalam poket baju. Dia berhenti di depan air pancut yang melambung cantik.

Tiba-tiba terasa bahunya dipegang. Ayshalyn berpaling.

"Hey beautiful.."

Ayshalyn menelan liur. Dilihat mat saleh di belakangnya. Kenapa ada je orang nak ganggu aku ha? Mengganggu ketenteraman betul!

"Excuse me. I don't know you," Ayshalyn masih berlembut.

Manakala di sebalik daun pintu kedai berderatan itu, terdapat seseorang dalam keadaan terhendap yang mengikuti Ayshalyn tadi, menggenggam penumbuk. Geram dengan keadaan yang dilihatnya.

Ya, orang itu adalah Hayden.

Dia sempat lihat Ayshalyn keluar rumah seorang diri tadi. Dia nekad mahu mengekori gadis itu dari belakang. Takut apa-apa terjadi pada gadis itu. Maklumla mereka kat tempat orang. Perkara yang tak diingini boleh berlaku bila-bila masa.

"You shouldn't be here alone beautiful.. anything could happen you know.." tangan mat saleh itu mula merayap pada bahu Asyalyn. Dia tenung wajah gadis itu dengan senyuman tersirat.

"Oh yeah?" tanya Ayshalyn dengan muka tak kesah.

Hayden dah mula keluar dari tempat persembunyiannya dengan tangan yang sudah dikempal untuk dihayunkan menumbuk mat saleh itu. Belum sempat dia melangkah, dia lihat Ayshalyn dah angkat lutut mengena pada celah kangkang mat saleh tu. Tepat pada sasaran dengan kuat. Lelaki itu terbongok menahan perit.

"Auch," Hayden mengerutkan muka seakan dapat merasakan apa yang mat saleh tu rasa.

"Dasar miang!"

Pang!

Satu tamparan kencang free-free je mamat tu dapat. Tertoleh ke kiri kepala lelaki itu dek tamparan kuat dari Ayshalyn.

"Auch!" Hayden pula yang terpekik, sudahlah kena tendang celah kangkang. Dapat hadiah tamparan setepek dekat pipi.

"Don't you dare to bother random girl again." Ayshalyn dah mengangkat penumbuknya pula. Mat saleh tu mengangkat tangan surrender dan melangkah pergi sambil terbongkok-bongkok. Senak lagi mungkin. Nasib baik hari ini dia pakai seluar bukan macam hari tu, kalau tak boleh jerit histeria lagi.

Dia membetulkan jacket yang sengat terjatuh ke siku. Kuat sangat tampar sehingga jacket pun terselak jatuh ke bawah.

Hayden tersenyum dan tunduk melihat situasi itu. That's my girl. Pandai jaga diri, tak perlu orang tolong. Dia angkat kepala kembali ingin memandang gadis itu, namun kelibatnya sudah hilang. Entah kemana, laju saja dia melangkah mencari Ayshalyn.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now