BAB 30 (SECRET)

331 43 8
                                    

Same date❤️
________________

"Morning.." sapa Adam yang melangkah ke arah dapur. Zarryn yang sedang menyiapkan sarapan buat mereka sekadar berpaling dan sambung memasak nasi goreng. Awal pula dia ni bangun.

"Mana yang lain?" tanya Adam sambil mengunyah hirisan epal. Dia berdiri di sebelah Zarryn yang sedang menyiapkan nasi goreng.

"Tengah mandi kut. Eh awal kau bangun hari ni. Bagus," kata Zarryn. Adam dah buat muka bangga dan mengangkat-angkat kening.

Dia bangun awal lagi pada hari ini. Pecah rekod bila mata segar selepas subuh dan tak tidur balik. Dia tak sabar untuk mulakan aktiviti pada hari ni! Masa tidak boleh dilengahkan.

"Adam ambikkan mangkuk kejap," pinta Zarryn yang telah siap menggoreng nasi. Adam melangkah ke rak dan mengambil mangkuk yang dipinta Zarryn.

"Thank you. And disebabkan aku nampak kau macam takda kerja sangat, tolong susun pinggan dengan cawan kat atas meja tu eh. Thank you again," arah Zarryn seraya memberikan sengihan lebar pada Adam.

Disebabkan mood Adam baik punya pagi tu, suruhan Zarryn dibuat dengan senang. Tak lama itu, kelihatan Evans dan Hayden melangkah ke arah dapur.

3 lelaki itu mula mengambil tempat duduk sambil Zarryn buat air.

"Morning!" sapa Armel ceria pagi itu. Dia dan Ayshalyn melangkah ke arah Zarryn dan menolong apa yang patut.

Sambil mereka makan, mereka berbual dan berbincang soal aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari ini.

"So hari ni, kita pergi cable car, Makam Mahsuri and beras terbakar. Cun?" putus Evans sebagai keputusan akhir. Mereka semua mengangguk setuju.

Selepas mereka bersarapan, terus mereka naik ke bilik untuk bersiap. Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. Mereka kena cepat untuk ke cable car. Takut ramai orang nanti kalau pergi lambat.

Pukul 10 pagi itu, baru mereka bertolak dari rumah ke tempat cable car menggunakan kereta Velfire milik keluarga Ayshalyn.

Hari itu, Evans yang menjadi driver mereka dan Adam duduk di sebelahnya. Hayden? Dia dah terperangkap dengan gurgirls di belakang.

_______________

Sudah hampir sejam mereka menunggu giliran untuk naik. Ramai gila manusia dekat sini. Mereka ingat, mereka dah datang awal. Rupanya bila sampai, penuh dah kereta.

Zarryn dah panas kat situ. Lagi panas bila dia terlupa nak bawak topi dia. Dahlah matahari dah mencanak naik atas kepala. Dengki je dia bila tengok Armel dan Ayshalyn yang memakai topi tu.

Mereka sedang beratur untuk naik cable car di atas. Dah panas sangat last-last dia heret Adam dan berdiri di belakang tubuh tinggi lelaki itu. Tak kenalah sikit matahari. Haha.

Adam yang turut merasa panas kerana menghadap matahari itu, memalingkan tubuhnya menghadap Zarryn dan membelakangkan cahaya matahari. Zarryn terkejut tiba-tiba dahinya terkena dagu Adam. Dia melihat wajah Adam dari bawah. Handsomelah pula aku tengok dia ni.

Zarryn memerhati wajah Adam yang kacak dengan dark aviator yang tersangkut di hidung mancung lelaki itu dan kepalanya dikenakan topi yang selalu digayakan Adam dengan letak muncung di belakang.

Zarryn yang ralit memandang wajah Adam tak perasan yang lelaki itu turut melihatnya. Disebabkan matanya yang terlindung disebalik kaca mata hitam, jadi matanya bebas melihat wajah Zarryn yang sedari tadi memandangnya. Comel lah! Haha.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now