BAB 39 (WEDDING)

331 39 6
                                    

Same date❤️
________________

Sebuah bangunan pencakar langit dikunjungi dengan pelbagai jenis kereta mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah bangunan pencakar langit dikunjungi dengan pelbagai jenis kereta mewah. Pintu besar ballroom di tingkat 5 itu terbuka luas mengalukan kedatangan tetamu yang hadir ke majlis itu. Hari ini adalah hari perkahwinan Laurena atau nama penuhnya Laurena Lawrance merangkap sepupu kepada Evans Lawrence.

Majlis perkahwinan anak sulung William Lawrence itu diadakan secara besar-besaran dengan dif-dif jemputan khas orang-orang ternama di Kota London. Apa kata orang luar nanti jika mereka adakan majlis kecil-kecilan walhal keluarga Lawrence adalah salah satu keluarga yang dikenali.

"Congrats William," ucap seorang lelaki pertengahan usia berbangsa british bersama seorang wanita di sisinya.

"Thank you," William berjabat tangan seraya senyum mesra membalas ucapan.

Ruang ballroom itu cantik bertemakan elysium, mengikut cita rasa Laurena dan tunangnya Chaz Neeson. Bagi yang menyukai untuk merasai udara luar, William juga telah menghias cantik pool yang juga di tingkat 5 itu. Bersebelahan dengan ballroom. Dimana kolam kecil dan bar turut diubah suai mengikut tema.

Sebuah kereta berjenama Maserati Gran Turismo warna merah meluncur laju diikuti Rolls Royce dan sebuah lagi kereta Porsche mengekori dari belakang. Kenderaan pancuan empat roda itu berhenti di hadapan pintu masuk.

Serentak itu pintu kereta dibuka oleh driver, satu pasangan keluar dari perut kereta Maserati. Evans melangkah keluar dari perut kereta sambil membetulkan bajunya yang sedikit berkedut supaya kelihatan kemas. Pintu kereta Maserati itu ditutup kembali oleh driver sebaik sahaja Armel keluar dari kereta sama. Ya, mereka menjadi pasangan malam itu disebabkan ruang kereta tidak cukup.

Manakala satu lagi pasangan dari kereta Rolls Royce turut keluar, Zarryn berpakaian dress merah sesuai dengan warna kereta disusuli dengan Adam yang bercermin mata hitam. Kereta Porsche belakang mereka pula pasangan kekasih iaitu Hayden yang keluar dahulu dengan suit berwarna warna kegemarannya, kelabu. Sempat dia tunduk hormat dan menghulurkan tangan menyambut Ayshalyn yang keluar dari kereta yang sama.

Malam ini mereka mengunakan kereta berlainan milik keluarga Evans kerana kereta Tesla X digunakan oleh kedua ibu bapa Evans yang baru sampai di London semalam bersama adiknya dan nenek Evans.

Kunci kereta diberikan pada salah seorang valet disitu. Mereka melangkah masuk ke dalam bersama pasangan masing-masing. Masing-masing tampak bergaya dan royal sedikit berbeza dari sebelumnya. Mungkin kerana tema yang ditetapkan oleh Laurena tempoh hari.

"Baby.. are you ready?" lembut suara Kathleen ibu kandung kepada Laurena. Dia melirikan senyuman pada anak perempuan yang bergaun putih. Sangat menawan dan cantik pada matanya sekarang. Laurena yang sedang dimekap oleh jurumekap membalas senyuman.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now