Bab 2

13.1K 622 74
                                    

"Er,thanks sebab hantar saya." Ucap Ayina kepada pelajar lelaki itu.

"Ok.By the way,nanti saya tolong kau ajar si Qing tu.Dia memang macam tu.Suka nak kenakan budak baru." Wajah pelajar ataupun nama sebenarnya Akim itu macam tidak puas hati.

"Eh takpelah,tak ada hal lah tu.Saya tak kesah." Tak kesah sangatlah,padahal dalam hati bagai nak pecah menahan marah.Ada ke patut pelajar yang bernama Qing itu menunjukkannya kelas yang salah.Kau belum kenal aku,Qing.Nanti kau!

"Hmm,oklah.Saya balik ke kelas dulu,kau masuklah ke kelas ya.Bagitau saja saya kalau Qing kacau kau lagi." Tak perlu bagitau Akim pun,dia boleh belasah budak Qing tu sorang sampai dia melutut minta kesian.Huh.

"Ok,bye." Kata Ayina sambil melambaikan tangannya kepada Akim.

"Bye,jumpa lagi." Balas Akim sambil berat hati nak melangkah pergi.Eh,kenapa pula nak berat hati ni.Yala,kecewa tak dapat sekelas dengan Ayina.Oh Ayina,kau cantik macam bidadari kayangan walaupun spek kau boleh tahan besarnya juga.Akim sudah melalut pergi dari situ.

Ayina melangkah masuk ke dalam kelas 4 Alfa yang sebenar.Seperti di kelas 4 Delta tadi,semua mata kini tertumpuh kepadanya.Teringat pula masa dia masuk ke kelas yang salah tadi.

"Hai,kau pelajar baru kat sini ke?" Soal seorang pelajar perempuan menyapa Ayina yang baru masuk ke kelas itu.

"Ye." Jawap Ayina ringkas.

"Ouh,ok.Kau kelas sini ke?" Soal pelajar itu lagi.Yang lain,semua jadi penonton.Senyap gitu.

"Hmm,ya.Ni kelas 4 Alfa,kan?" Soal Ayina meminta kepastian.

"Hah?" Tercengang mereka semua.Ayina jadi bingung kejap.

"Ni kelas 4 Delta.Kau kelas 4 Alfa ke?" Tiba tiba seorang pelajar lelaki menyampuk,itulah Akim.

"Ya,dalam kertas ni tulis 4 Alfa." Ayina meneliti borang pendaftarannya itu.Betullah,di sana tertulis kelas 4 Alfa.

"Hah,siapa yang hantar kau tadi ke sini?" Pelajar lelaki a.k.a Akim itu mula menyoal siasat.

"Kalau tak silap saya,namanya Qing." Beritahu Ayina.Terus satu kelas sebulat suara menyebut 'oh' panjang.Macam ada sesuatu.

"Eii,dah agak dah budak tu.Jom saya hantar ke kelas 4 Alfa yang betul." Kata Akim.Saat tu rasa macam nak cari aje si budak Qing ni,cekik cekik leher dia sampai putus.Oh...Qing kenakan dia ye.Awas dia nanti!

Mereka pun bergerak ke arah kelas 4 Alfa.Ayina sempat mendengar bicara pelajar di kelas itu.

"Alah,ingatkan budak baru kelas kita.Lawa pulak tu." Eh betul ke dia lawa dengan kaca mata besar ni dan rambut ala ala kanak kanak 5 tahun?Eh!


Bukk!!!

Tanpa sedar Ayina tersadung dan jatuh ke lantai.Kedengaran bunyi tawa seorang lelaki.Yang lain semua diam memandang tepat ke arah Ayina.

Ayina mengeluh sakit di bahagian lutut dan tangannya.Itulah siapa suruh mengelamun tak tengok jalan betul betul,kan dah jatuh.Tiba tiba sebatang tangan terhulur kepada Ayina.

"Adik ok ke?Meh saya tolong." Ayina terus berpaling ke arah gerangan orang itu.Qing!Hatinya terus menggelegak marah.Tanpa menyambut tangan Qing,Ayina bangkit berdiri sendiri.

"Kau!" Ayina tahu kaki Qing yang membuatkannya tersadung tadi.Qing hanya membuat muka selamba.Argh,sakit betul hati Ayina.

"Qing,jahatlah kau ni." Kata seorang pelajar perempuan yang mendekati Ayina.Ayina tidak jadi mahu menyinga apabila perempuan itu mengusap usap bahunya.

"Ada aku kesah." Kata Qing dan terus berlalu dari situ,macam b*b* Ayina tengok perangai lelaki itu.Disabarkan saja hatinya.

"Huh,Ayina kau sabar aje dengan dia tu.Dahlah,kau pergi duduk dekat meja kosong tu,tapi sebelah lelaki lah.Kau biasa juga ke?" Kata perempuan itu,namanya Jesika.

"Ok,saya tak kesah." Jawap Ayina ringkas dan terus bergerak ke arah meja kosong itu.Semua mata masih tertumpu kepadanya.Malu jugalah tersadung depan pintu tadi,tapi apa boleh buat.Tapi,mata mata diorang ni tak boleh tahan betullah.Macam nak makan dia aje.

"Er,hai." Sapa Ayina kepada lelaki di sebelahnya itu.Kedudukan mereka berhampiran dengan tingkap kelas.Lelaki itu mengamati Ayina dalam,serba salah pula Ayina dibuatnya.

"Hai.Kau dari bandar kan,saya pun dari bandar.Ok,welcome to the hell!" Dingin dan tegas lelaki itu bercakap.Tanda namanya mengukir perkataan,KIM ARUL.Tercengang Ayina sekejap.Dan apabila dia berpaling ke sekeliling kelas.Ya ampun,semua mata masih tertumpu kepadanya.Ok,macam minta kena cucuk sama garpu!

"Semua murid berdiri..." Kedengaran suara ketua kelas mengalihkan pandangan seisi kelas.Baru Ayina mampu menarik nafas lega.

☆ ☆ ☆

Waktu rehat,Ayina tidak pergi ke kantin.Malas sebenarnya nak cari kantin kat mana.Nak tanya orang pun takut jumpa orang yang macam Qing.Tunjukkan tempat yang salah ataupun sengaja mahu kenakan budak baru.

Aii,baru hari pertama dia sudah hafal dan ingat wajah Qing.Bermakna QING AMAR sudah menjadi blacklistnya!

Ayina membelek belek buku biologinya.Huh,nasib baik ada subjek sains tulen di sekolah pedalaman ni.Kalau tak,ada juga yang dia bakar sekolah lepas ni.

Ayina cuba membaca buku teks biologi tingkatan empat itu,cuba menumpukan sepenuh perhatian.Dia antara budak pandai dan top di sekolah lamanya.Jadi dia akan kekalkan statusnya itu di sekolah baru pindah ini.

Tiba tiba terlintas sesuatu di fikirannya.Lintasan tanpa sengaja,ok.Dia memandang sekeliling,masih belum ada pelajar yang balik dari kantin.

Seekor cicak yang sedang bergerak di dinding kayu kelas menggamit pandangan Ayina.Tiba tiba matanya tertumpu pada tempat duduk seseorang yang sudah termasuk dalam hatelistnya.

Tanpa berlengah,Ayina terus menangkap cicak tersebut.Kik..Kik..Kiik...(Eh,macam mana bunyi cicak ya?)Wajah Ayina sudah menayangkan senyuman jahat yang susah mau blah.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now