Bab 31

3.3K 164 7
                                    

Hari pertama buka sekolah,entah ada yang excited gila nak jumpa kawan kawan yang terpisah sementara,dan ada juga yang murung je macam baru kematian kucing.Eh,mana tau betul kan?

Tapi dalam kebanyakan pelajar yang berpusu pusu itu,terselit Qing yang sedang melangkah laju.Gaya acah senior paling tua kat sekolah tu lah.Maklumlah dah naik tingkatan lima.

"Hei,Ayina kau ok ke?" Soal Qing sebaik bertembung dengan Ayina semasa melangkah menuju ke kelas LIMA ALFA.Melihat wajah Ayina yang lain macam,macam monyet lupa cuci muka(tapi,dia rasa Ayina ada cuci muka lah)membuatkan hatinya gusar.Apakah yang telah terjadi kepada bidadari hatiku?Cewah,over kau ah Qing.

Ayina tidak menjawab.Diam.Membisu.Mulut kena jahit ke apa ni?Siapa buat,hah?

"Wei,Ayina aku tanya ni?" Desak Qing,sambil menggegarkan bahu Ayina.Senget sedikit kaca mata yang Ayina pakai.

"Aku ngantuk Qing..." Tiba tiba Ayina jatuh tetjelopok dan cepat cepat Qing menyambutnya.(Testing,author acah je.Relaks ah,hihi...)

"Aku lewat bangun pagi tadi,lepas tu aku kena tulis nama.Then,aku kena dendalah tulis 500 baris ayat macam ni saya akan bangun awal dan turun perhimpunan pagi.Teruk punya warden,heiii..." Sambung Ayina sambil sempat mengutuk warden aspuri.

"Kau buat apa semalam lepas habis prep?" Soal Qing pelik.Duh,dia kena bantu Ayina lah ni buat denda dia.Kalau Ayina tak siap,nanti kena tambah denda lagi.Bisik hati Qing.

"Aku cuci kain,"

"Lepas tu?"

"Jemur kain,"

"Then?"

"Study,"

"Kau study sampai jam berapa?"

"Jam 11 lebih,"

"Lepas study kau buat apa?"

"Balik bilik,"

"Dan?"

"Tidur,"

"Jadi,apa masalah lewat bangun ni?"

"Tapi tak boleh tidur,sampai jam 3 pagi.Huwaaa...Tak biasa,huwaa..." Tiba tiba Ayina meroyan.

Keluar semua sesi soal dan jawab.Apakah?Qing pun...Grrr!Budak ni,sejak bila jadi lemah ni.

"Dah,kita duduk sama tahun ni." Qing menarik tangan Ayina menuju ke sebuah meja berpasangan,sebaik sampai ke kelas mereka.

"Jadi Kim?" Sempat Ayina mengingatkan Qing.

"Biarlah dia.."

"Ha,tak boleh,tak boleh!Kalau kau nak duduk sama aku,Kim pun mesti ada.Nanti takde kawan dia.Kita akan duduk tengah yang ada tiga meja tu,TITIK!" Kata Ayina tegas.

"Hisy,yelah,yelah." Qing hanya mengalah.

Duduk di tempat duduk masing masing,Ayina duduk tengah,Qing sebelah kanan Ayina dan Kim akan duduk sebelah kiri Qing.Terus Ayina mendaratkan kepalanya ke atas meja,nak tidur.Tinggallah Qing seorang seorang melayan perasaan sendiri.

Beberapa minit lepas tu,muncul Kim.

"Kim,kau duduk sini.Ayina yang suruh," kata Qing kepada Kim.

"Oh,ok!" Balas Kim.

Lepas tu,datanglah pula Ray.Baru Qing teringatkan Ray.Dengan siapa Ray akan duduk sama tahun ni?Sebelum ni mereka selalu je duduk sama sama.

"Wei,Qing kenapa kau duduk sana?" Soal Ray,wajahnya sudah berubah.

"Eh,maaflah Ray.Aku nak duduk dekat Ayina tahun ni.Tapi,takpe.Sebenarnya aku bagi peluang kau duduk sama dengan Lily," Qing pantas saja mendapat idea dan membuat simbol okay.

"Eii,yelah tu.Takpe,ada chance aku nak urat Lily." Ray sudah menayangkan muka gatal.

"Ah,kau tak payah nak berangan Ray.Aku dah ada kawan duduk bersama.Kau duduklah sama sama ngan Bino dan Mian." Tiba tiba satu suara halus mengejutkan Ray dan Qing.Mereka sama sama berpaling ke belakang Ray.LILY!Alamak,kantoi lah kau Ray.

☆ ☆ ☆

"Qing!!!" Entah dalam beberapa saat,Qing sudah dikerumuni sangat-banyak-ramai gadis budak budak form 4.Siapa lagi kalau bukan peminat peminat Qing yang sudah satu sesi dengan Qing.Happy sia.

Ayina yang mengikuti langkah Qing terpaksa berundur ke tepi,mengelak daripada gadis gadis histeria itu.Tak sangka pula kat pedalaman macam ni pun ada juga semut obses dan abang gula.

"Nah,terimalah hadiah ini."

"Oh my god,i miss you so much Qing!"

"Makin handsome dan cute lah Qing ni."

Nah,ambil kau ayat ayat gadis yang sedang meroyan ni.Banyak lagi lah,tapi geli lah nak bagitau ni.

"Ok,girls please behave.Saya nak buat pengumuman,yang saya dah ada girlfriend.So,tolong bubarkan group peminat korang ni,ya.Ni,girlfriend saya.Lawa kan,dari korang!" Qing menarik tangan Ayina.

Ayina memutarkan anak matanya ke atas.Takpe,dia tolong je Qing ni.Entah apa yang semut semut ni gila sangat?Handsome sangat ke Qing?Ke mata aku yang rosak ni?Tak mungkinlah,ni cermin mata tanpa kanta je kot.Ayina mengata dalam hati.Tapi,sebenarnya hatinya yang ego nak mengaku Qing handsome.

Dan gadis gadis itu pun mula berundur dengan muka yang agak kecewa.Mulalah,mulut mereka mengherot ke kiri dan ke kanan.

"Ni ke girlfriend dia?"

"Budak baru,hmm.."

"Nerd lah,"

Tapi,Ayina malas nak ambil pusing.Nanti ada pula yang korek kubur hari ni,huh!Terus Qing memegang erat lengan Ayina dan membawa Ayina pergi dari situ.

"Kau tak payah kesahkan diorang eh Ayina.Diorang sebenarnya jelous yang girlfriend aku ni tersangatlah cantik dan cute," tanpa sedar tangan Qing merayap mahu mengusap pipi Ayina.

"Woi,Qing!Tangan kau boleh control lagi tak?Ke kau nak sangat kita buat seks ni?!" Ayina yang sedia stress,terus menyindir Qing.

Qing pun,apalagi?Boleh juga!

_____

Vote✔
Comment✔

Thank you💕

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now