Bab 19

4.7K 241 21
                                    

Ayina mandi dengan takut takut.Nasib baik sungai tu tidak berapa dalam,hanya paras pinggang.Harap harap sungai ni tiada buayalah.Tapi,punya main jernih sungai ni,cantik!

Erk,sejak bila pula aku jadi penakut ni?Bisik Ayina dalam hati.Lantas dia cuba berlagak seperti biasa.Mandi dengan tenang tanpa memandang sekeliling lagi.

Oleh kerana sudah biasa,Ayina menanggalkan bajunya dan tinggal baju dalam yang menutupi badannya.Terpampanglah kulitnya yang gebu dan putih melepak itu.

Setelah siap mandi,Ayina melilit tuala di badannya dan naik ke darat.Tapi...

OHMYGOD!!!

Qing...Qing...Ada...Di...Situ!!!What the?!!Oh no!!Qing nampak ke dia buka baju tadi.Siapa suruh mandi kat sungai tapi buat macam mandi kat kamar mandi.

Qing sedang bersandar di sebuah pokok dan menyiring daripada melihat Ayina.Tak tau lah kalau dia nampak Ayina tadi ke tidak?

Ayina cuba berlagak selamba dan terus melangkah.Nak kena betullah Qing ni,dasar gatal intai anak dara orang mandi.Yelah tu Ayina oi,yang kau buka baju tadi kenapa?!Huh!

"Woi,Qing!Kau buat apa kat sini?" Soal Ayina kasar.Qing berpaling tenang.

"Aku nak temankan kau lah,mana tau kau tak berani mandi sungai seorang ke!" Balas Qing dalam senyuman yang sukar ditafsirkan.Ayina menjadi ragu ragu dengan Qing.

"Dasar kau eh,gatal!Nak temankan aku kononlah,padahal kau nak intai aku kan?!" Ayina memandang Qing tajam.

"Eh,sorry sikit.Aku tak pernah lagi nak intai anak dara orang mandi,ok.Papa aku yang suruh temankan kau tadi,lagipun aku nak mandi dah.Janganlah perasan eh,sayang." Usik Qing,Ayina menjadi merah padam menahan marah.

"Sayang anjing kau!Dah,kalau lelaki tu memang lelaki.Semuanya sama saja,gatal nak mampus!" Kutuk Ayina(eh tolong sikit ye Ayina,author tak gatal pun).Terus Ayina berlalu dari situ.

"Aku tak gatal pun nak intai kau mandi.Tapi,mungkin rezeki aku dapat tengok badan kau yang seksi gila tu." Sempat Qing menjawab dengan selamba.Ayina berpaling terus.

"Kau!!" Jari telunjuknya tepat dihalakan ke arah Qing."Huh!"Dengus Ayina sebelum terus berlalu balik ke rumah.Qing hanya tersenyum senyum.

Gila aku tak ambil kesempatan tadi Ayina.Kau sendiri yang goda aku,yang kau sampai buka baju kenapa?HAHAHA.Qing hanya menggeleng gelengkan kepalanya sebelum turun ke sungai untuk mandi.

☆ ☆ ☆

"Qing,bawalah Ayina jalan jalan hari ni.Mana tau dia nak tengok kawasan kampung ni." Kata Zaim pada pagi keesokan harinya.

"Eh,takpe lah uncle." Balas Ayina sambil tersengih sengih terpaksa.Nak berdua duaan dengan Qing,maaflah.Mati Qing dia kerjakan.

Qing yang sedang meregang regangkan badannya terus memandang ke arah papanya.Sakit badannya terasa sana sini.Yelah,dah angkat Ayina bersama barang barang yang berat semalam selama hampir setengah jam.Siapa tak rasa seksa keesokannya?

"Eh,bolehlah pa." Balas Qing pula,terus Ayina menjeling tajam ke arah Qing sebelum anak matanya diputarkan ke atas.Menyampah aku ngan Qing ni,huh!

Lah,papa ni hari ni juga dia suruh aku bawa Ayina jalan jalan.Tak boleh esok ke.Badan aku tengah sakit ni,takde siapa nak hirau.Huhuhu..Qing hanya mampu meluah dalam hati.

"Basikal lama tu masih ok,kan pa?" Soal Qing.Zaim berfikir sejenak.

"Ha'ah,korang gunalah basikal tu kalau korang malas jalan kaki.Yina pandai bawa basikal ke?" Soal Zaim kepada Ayina.

"Err..Pandai,pandai." Jawab Ayina,just fake.Dia tak pandai bawa pun sebenarnya.Qing memandang Ayina curiga,macam tipu je dia ni.

"Oklah,kami jalan dulu pa." Kata Qing dan terus menuju ke pintu utama rumah.Nak tak nak,Ayina terpaksa juga menurut langkah Qing itu.

"Kau pandai ke tidak ni,Ayina?" Soal Qing apabila sudah lama dia menunggu tetapi Ayina masih belum mula gerak seinci pun.

"Taklah,gila!" Ayina terlepas cakap,terpaksa relakan diri malukan diri sendiri.

"Huh,kan saya dah agak."

"Diamlah kau!"

"Dah,dah.Cepat naik belakang aku," suruh Qing.

"Tak nak." Ayina berdegil.

"Ayina,cepatlah.Nanti matahari makin panas."

"Eii,aku tak hingin pun nak jalan jalan ni.Sibuk je lah kau ni," rungut Ayina.

"Jadi,kau nak salahkan papa aku." Ayina terdiam,dia terus naik di belakang Qing dengan muka tak puas hati

"Kalau aku jatuh,macam mana?Aku tumbuk kau!"

"Pegang ajelah saya." Qing tersenyum senget.Ayina menggulingkan bebola matanya.Dengan hati yang sungguh tak rela,Ayina berpaut pada bahu Qing.Karang jatuh,sadis pula.

Qing hanya tersenyum senang dalam diam,entah sejak bila dia suka tersenyum?Semasa dalam perjalanan,Ayina terpukau dengan pemandangan sekeliling yang tidak pernah dilihatnya.Cantiknya,dengan pokok pokok di kiri dan kanan jalan yang tinggi tinggi.Segar udara di situ.Macam dalam hutan pun ada juga.

Hampir sepuluh minit mengayuh,Qing memberhentikan basikal di tebing sebuah sungai.Ya ampun,cantiknya ciptaan TUHAN.Apabila Ayina cuba menyentuh air sungai tersebut,sejuknya terasa hingga ke tulang.Lebih sejuk air di situ daripada air sungai yang berdekatan dengan rumah mereka.

Ayina duduk di sebuah batu yang tinggi.Kaki dijulurkan masuk ke dalam sungai.Sungai di situ agak dalam dan memang jernih.Ayina tidak sedar bila Qing duduk di sebelahnya.

"Ayina,tenangkan kat sini?" Ucap Qing meminta pandangan Ayina.Ayina yang sampai menutup matanya untuk menikmati keindahan di situ,langsung tidak membuka matanya.Apalagi,Qing terus meneroka wajah cantik itu dengan teliti.Lawa!Hati lelakinya tergugat.

"Hmm,tenang sangat Qing." Balas Ayina.Buat pertama kalinya dia menjawab Qing dengan suara yang begitu lembut sekali.Qing menghayati suara merdu itu sekejap.Arghh,bodohnya kau Qing!Yang kau selalu buli Ayina dulu kenapa?Kenapa kau wujudkan jurang permusuhan dulu?Qing mengeluh kecil.

"Ayina..Saya minta maaf." Ucap Qing.Sebaik mendengar perkataan maaf daripada Qing,Ayina terus membuka matanya.Dia seperti sudah kembali ke alam realitinya yang sebenar.Pantas Ayina berdiri dan cuba melangkah dari situ.

"Ayina.." Panggil Qing dan cuba menarik tangan Ayina.Ayina mendengus dan menarik tangannya kasar.

"Ayina,saya tahu saya salah.Banyak dosa saya kat kau,tapi please...Ampunkan saya,hukumlah ikut suka kau." Ujar Qing.

Ayina memeluk tubuhnya,wajahnya bertukar serius."Kau dengar sini ya,Qing.It's not easy to forgiving and forgetting for me.Aku tau,kalau kau tak tinggal kat rumah kami.Sampai bila kau akan buli aku.Then,biarlah aku yang teruskan perangai kau tu dengan aku pula yang akan buat hidup kau sengsara.Ingat tu!!"Kata Ayina tegas dan terus menjauhi Qing.

Qing terkedu dan hanya mampu mengeluh.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now