Bab 29

3.7K 193 31
                                    

Meriah rumah keluarga Grenny pada malam itu sempena untuk meraikan 31 December tahun itu.Mereka telah membuat rumah terbuka dan satu kampung dijemput datang untuk memeriahkan acara sembahyang dan makan makan.

Banyak jugalah tetamu yang hadir.Hampir satu kelas Ayina dan Qing yang hadir.Adalah tu yang terkejut melihat Ayina dan Qing dapat bersama sama,padahal selama ni selalu je bergaduh.

Well,manusia!Sedangkan pasir di pantai pun boleh berubah,inikan pula hati manusia(betul ke ni?)

Di satu sudut,Ayina sudah tersengguk sengguk menahan kantuk melayan tetamu yang ramai.Jam pun dah pukul 11 malam.Semua nak tunggu pertukaran tahun.Papa cadang nak letupkan bunga api.Jadi,masih banyak tetamu yang masih ada di rumah mereka.

"Pergilah tidur kejap,nanti aku kejutkan kau kalau dah pukul 12 nanti." Suruh Qing apabila melihat Ayina yang nampak kuyu,mesti penat layan tetamu yang ramai.Entah macam mana lah kalau majlis perkhawinan dia dengan Ayina nanti,tak akan dia benarkan Ayina tidur duluan.Hek,berangan lah kau seorang seorang Qing.

"Wei,yang kau senyum senyum ni dah kenapa?" Ayina menjeling Qing.Entah,apa apalah yang Qing fikir tu.Seram pula tengok dia tiba tiba tersenyum sumbing.

"Aku terbayangkan bila kita kahwin nanti,aku tak akan benarkan kau tidur dulu." Beritahu Qing dengan senyuman gatalnya.

Membulat terus mata Ayina.Aduhai,tinggi juga angan anganmu Qing.Couple pun belum,dah berangan angan nak khawin.Khawin dengan beruklah kau ni.Ayina mengejek dalam hati.Segar sedikit matanya apabila berbual dengan Qing.

"Aku harap kau cepat cepatlah move on,wahai Qing.Tak ingin aku nak khawin dengan kau!"

"Awal awal memanglah cakap tak nak,tapi tengoklah nanti wajah ini juga yang akan menghiasa malam pertama kau," Qing menggosok hidung,bangga.

"Heks,please lah.Tolong sedar ya,Qing." Geli pula Ayina mendengar perkataan 'malam pertama' daripada Qing tu.Tu je ke yang ada dalam kepala otak Qing.Huh!

"Hahaha,aku sedarlah ni sebab tu aku dapat cakap macam ni.Hah,kau tak ngantuk lagi ke?"

"Taklah sangat asalkan kau temankan aku berbual."

"See,kau perlukan aku dalam hidup kau." Ayina memutarkan anak mata ke atas.Qing ni dah kenapa?

"Hehe," Qing hanya tergelak melihat perlakuan Ayina.

"Ayina,boleh saya tanya?" Soal Qing,suaranya berubah serius.Ayina memandang ke arah Qing kejap,lalu menganggukkan kepalanya.

"Apa dia?"

"Hmm,so kau dah maafkan akulah  selama ni?Kau tak marah aku lagi,kan?Kau tak nak balas dendam dengan aku lagi,kan?" Qing menyoal bertalu talu.Ayina terdiam sekejap.

"Qing..." Ayina menghentikan katanya,Qing sabar menanti.

"Aku tak tau lah sejak bila perasaan benci aku kat kau hilang?Tapi,apa yang aku rasakan sekarang.Aku dah suka berkawan dengan kau.Aku dah lupakan dah semua perkara yang kau lakukan kat aku dulu.Nak berdendam pun,takde guna juga.Aku pun...Nak minta maaf," ucap Ayina sambil menundukkan kepala.

Qing tersenyum lega."Thanks,Ayina.Aku rasa kau tak salah apapun kat saya.Dan,saya harap kita mulakan tahun baru dengan buku baru.Tak nak lah gaduh gaduh ni lagi,ok."Qing tersenyum senang hati.Akhirnya,Ayina dapat menerima aku juga.

Ayina yang masih menunduk tersenyum dalam diam,malu pula dia nak angkat muka melihat mata Qing.Selama ni,selalu je bergaduh.Kekok pula bila dah berbaik.

"Dahlah tu,jangan sedih sedih lagi." Qing memaut bahu Ayina.

"Woi,janganlah sentuh aku sesuka hati!" Ayina yang terasa bahunya dipegang oleh Qing terus menjerit.Nasib baik,tempat mereka itu agak tersembunyi daripada orang ramai.

"Eh,maaf,maaf.HAHAHA!" Qing tergelak besar dan terus menjatuhkan tangannya ke bawah.

"Amboi,kat sini rupanya pasangan ni dating ye." Tiba tiba satu suara menegur,Ayina dan Qing sama sama berpaling.Jesika,satu kelas mereka entah bila sampai di situ.

"Eh,bukan dating lah Jes." Balas Ayina sambil tersenyum.

"Eleh,macamlah aku tak tau.Dah,kawan kawan yang lain panggil tu.Nak ajak bergambar." Kata Jesika.

"Ok,jom!" Ajak Qing bersemangat,terus Ayina dan Jesika memandang tepat ke arah Qing.Lantas mereka tergelak.

"Korang tergelak,kenapa?" Soal Qing bingung.

"Takde apa apa," Ayina dan Jesika membalas serentak lalu bergerak dahulu meninggalkan Qing di belakang.Qing hanya mampu memandang dan mengekori.

☆ ☆ ☆

Bunyi letupan bunga api yang pecah di udara sungguh indah,sempat Ayina merakam saat saat itu dari beranda rumah di tingkat atas.Pertama kali menyambut tahun baru di kampung itu.Sangat lain rasanya,dan indah.

Kini,tahun sudah berganti.Marilah kita sama sama menanam azam baru dalam diri kita.Banyak cabaran yang akan dilalui di masa akan datang.Dan tahun baru ini,Ayina akan fokus untuk SPM nya.Dia juga mahu dapat keputusan yang cemerlang dan mencapai cita citanya.Dia mahu menjadi seorang.....Rahsia(biarlah hanya author yang tahu,haha!)

Dasar ayam!

Ayina duduk di atas lantai sambil merenung screen telefonnya.Melihat gambar gambar yang tersimpan kemas dalam galeri telefonnya.Dia akan membuat banyak salinan gambar yang dia sayangkan itu.Supaya kalau telefonnya tiba tiba mahu mengkhianati tuannya,taklah dia meroyan sangat.Senang nak dapatkan gambar itu balik.

Masa itu,macam terdengar dengar lagu Life Is Worth Living berkumandang.Sentimental sungguh.

Ayina melihat lagi gambar gambar di telefonnya.Ada gambar dia sama Qing,sama Kim,sama Akim,sama mama,sama papa,sama uncle Zaim,sama kawan kawan sekelasnya,sama guru gurunya yang datang ke majlis rumah mereka malam itu,dan banyak lagi lah orang lain yang diajak oleh Ayina untuk bergambar bersama.

Sedang Ayina leka memandang ke arah telefonnya,dia tidak sedar ada seseorang yang sedang berjalan mendekatinya.

"Ayina.." Panggil Qing perlahan.

"Hey,apa kau buat kat sini?Bukan kau ada kat bawah ke tadi?" Terkejut jugalah Ayina.

"Aku cari kaulah.Aku jalanlah ke sini sebab tu aku ada kat sini," balas Qing selamba dan duduk di sebelah Ayina.Rapat!Haruman dari badan Ayina menusuk masuk ke dalam lubang hidung Qing,membuatkan hati lelakinya mahu cair.

"Huh!" Ayina hanya merengus kecil.

"Apa yang kau tengok tu?Kenapa tak pasang lampu bahagian sini?Tak takut gelap ke?" Banyak pula Qing nak tanya ni.

"Takde,just gambar.Tak takut pun," jawab Ayina.Dan mereka pun sama sama melihat gambar gambar dalam telefon Ayina,sehingga ke penghabisannya.

"Ayina..." Dua kali sudah Ayina mendengar Qing memanggil namanya lain macam.Macam mendayu,dan buat hati dia terbuai.

"Kau kenapa?" Ayina cuba menahan getaran di dadanya.Berdua dengan Qing di kawasan situ,rasanya lain pula.Macam,dia nak terus bersama dengan Qing.

"Aku,nak luahkan perasaan.Aku..." Jari telunjuk Ayina menutup mulut Qing daripada bersuara.

"Ia terlalu awal,Qing.Kita baru je berbaik,kalau kau luahkan pun sekarang.Aku belum ada jawapan.Dan yang paling aku pasti,aku belum bersedia.Maafkan saya," Ayina bangkit daripada duduk,dan mula bergerak meninggalkan Qing.

"Ayina,i love you." Luah Qing yang membuatkan jantung Ayina seperti terhenti.Keramat sungguh tiga perkataan itu.

Tapi,Ayina pura pura tidak mendengar dan terus,berlalu.

_____

Happy tak Ayina dan Qing dah berbaik?Komenlah😛

Vote?

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now