Bab 41

3.4K 151 2
                                    

"Hmm,apa kata kalau..."

"Apa?"

"Kita tak payah couple dan kita berempat jadi kawan je.."

Qing terkedu habis ketika itu,hatinya betul betul tersentuh.Ayina lebih sayangkan persahabatannya daripada diri dia.Sakit tau hati!

"No Ayina!Did you know how much i love you?How long i wait this time?So why?" Qing sudah mula emosi.

Halamak!Emosi anak muda ini bercinta,kalah orang orang yang sudah khawin.

Ayina terdiam.

"Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak.Cuma.."

"Cuma...Apa?Cuma kau kesiankan Kim dan Akim.Dan saya ini tidak bermakna apa apa.Gitu?!" Qing memintas kata kata Ayina,wajahnya sudah menunjukkan yang dia betul betul marah.

"Qing..."

"Ok,fine Ayina.Let's stop all this f*cking sh*t.You can go to them,out of my life!" Ayina betul betul tidak sangka yang Qing akan marah sebegitu rupa.

Suasana mereka yang tadinya gembira kini bertukar panas.Ayina tidak tahu untuk menjawab apa lagi.

"Huh!" Qing mendengus kasar sebelum meninggalkan Ayina keseorangan.Sempat Qing melanggar bahu Ayina sehingga Ayina hampir hampir jatuh.Nasib dia sempat mengimbangkan dirinya.

Ayina tidak mampu membendung perasaan sedihnya.Tidak pernah Qing memarahinya seperti itu.Itu sangat sangat,teruk!

Baru semalam mereka bertemu dan menyatukan hati,tapi hari ini mereka sudah bergaduh.Kejam sangatkah?

Sekarang,siapa yang bersalah?Dia?Dia hanya meluahkan apa yang dia rasa.Qing?Qing mungkin terasa.Dua dua mereka sakit hati.

Untuk Ayina memohon maaf dengan Qing.Dia punya tembok ego memang besar.Nak pujuk Qing pun,lagilah dia tak pandai.

Jadi??!

☆ ☆ ☆

Sampai masa pulang,Qing langsung tidak melayan Ayina.Marah sungguh dia.Terlampau sakit hati mungkin.Biasalah,perasaan orang muda bercinta ni memang tidak stabil.

"Qing.." Ayina cuba mengejar langkah Qing yang baru mahu melangkah keluar dari kelas.Qing menghiraukan dan terus melangkah.

"Qing,tunggulah." Panggil Ayina lagi,tapi semua hanya sia sia.

Ayina berlari anak untuk mengejar langkah Qing.Sampai menuruni tangga pun Ayina tergesa gesa.Entah dimana silapnya,tubuhnya tiba tiba terasa tidak seimbang.

"Hei,hei,Ayina!" Kim yang kebetulan berada di belakang Ayina pantas menarik tubuh Ayina daripada jatuh tergolek.

"Fuh,thank you Kim." Ucap Ayina gementar.Kalau lah dia jatuh tadi,pasti boleh patah tangannya atau kalau tidak pun dia boleh pengsan dan hilang ingatan.Ceh,bagus juga dapat lupakan Qing.

Astaga Ayina,ingat Tuhan Ayina.

"Hmm,nasib baik saya ada kat belakang kau tadi." Ucap Kim.

Ayina memandang ke depan dan menangkap jelingan tajam Qing sebelum Qing terus berlalu tanpa menunggunya.Kenapa Qing berubah secepat ini?

"Kau gaduh dengan Qing ke?Korang macam dingin je ni.Tak kan baru sekejap bersama,dah gaduh.Apahal pula ni?" Kim meluahkan rasa tak puas hatinya.Qing ni dah kenapa?Nak bagi dia peluang ke?

"Entahlah,Kim..." Ragu ragu Ayina mahu memberitahu Qing hal yang sebenarnya.Mereka berdua meneruskan langkah mereka.Kim hanya mampu mengeluh.

Berjalan di koridor kelas bawah,Ayina dan Kim bertembung dengan Qing yang sedang berbual mesra dengan seorang budak perempuan form 4.Eii,Qing ni memang sengaja mahu menyakitkan hati Ayina.

Ayina yang melihat terasa mahu pecah dada menahan rasa cemburu.Dia melajukan langkahnya agar cepat cepat melalui kawasan panas itu.

"Ayina,kau tunggu jap kat sini." Kata Kim kepada Ayina sebaik mereka menjauh sedikit daripada tempat Qing dan perempuan itu berbual.

"Kau nak buat apa?" Soal Ayina.

"Kau tunggu ja." Kim terus kembali ke tempat Qing.Ayina sudah cuak,jangan Kim serang Qing sudahlah.Alah,buruklah.

"Oi,Qing!" Panggil Kim kasar.Qing dan budak perempuan itu sama sama berpaling.Selepas itu,mereka kembali mengendahkan Kim dan terus berbual.

"Eii,sini kau!" Kim yang hilang sabar terus menarik tangan Qing ke satu sudut.

"Woi,kau apahal?!" Marah Qing dan menarik tangannya kuat.

"Bagus kau pergi minta maaf kat Ayina sebelum aku akan buat kau menyesal seumur hidup." Ugut Kim keras.Qing yang mendengar agak gementar juga.Kim nak buat dia menyesal seumur hidup?Apa dia nak buat?Dia culik Ayina?Dia nak bunuh Ayina?Never monkey!

"Kau cubalah buat sesuatu kalau kau berani?!" Qing menuding jari kembali ke arah Kim.

"Kau ni sayangkan Ayina ke tak?Kalau tak,baik kau cakap dia bagus bagus.Bukan nak sakitkan hati dia.Aku pun ada perasaan kat Ayina,Qing.Tapi,aku tahu cinta dia hanya untuk kau.Jadi,kenapa kau nak buat dia macam tu?Kau tak nak hargai dia?!" Ujar Kim.Qing hanya memeluk tubuh.

"Hei,kau cakap biar betul.Aku atau dia yang tak nak hargai orang?Aku sayangkan dia dan nak hubungan kami lebih daripada seorang teman.Tapi dia..Dia lebih sayangkan friendship gila korang.Dia..."

Bukh!

Belum sempat Qing menghabiskan ayatnya,Kim sudah melepaskan penumbuknya ke muka Qing.

"Qing!!" Pelajar perempuan tadi menjerit memanggil nama Qing apabila Qing ditumbuk tiba tiba oleh Kim.

"Weh,Qing.Kau dengar sini baik baik.Jangan pernah kau cakap persahabatan kami ni gila.Persahabatan kami luhur,ikhlas.Bukan macam kau yang hanya mahu permainkan perasaan orang!" Kim mendengus kasar.Qing mengusap kasar pipinya yang baru ditumbuk oleh Kim tadi.

"So?Apa aku kesah?Ayina lebih sayangkan korang,kan.Ok,saya dah lepaskan dia.Jadi,kau sebok apa lagi?"

"Kau memang bodoh Qing.Haha.Dasar bodoh beruk kau.Kau tak nampak ke macam mana Ayina sayang kau?Cintakan kau?Kenapa kau tak nak fight untuk semua tu dan mengalah begitu saja.Kalau aku,kau Qing.Aku tak mungkin akan lepaskan Ayina pergi.Kalau lah kau benar benar sayangkan dia.Or,kau memang suka budak ni." Kim tersenyum sinis ke arah pelajar perempuan itu.

"Dahlah,malas aku nak cakap dengan tin kosong.Buang masa je.Aku takde masalah pun kalau kau nak lepaskan Ayina...Oklah,bai!" Kim terus berlalu dari situ.

"Let's go,Ayina." Ajak Kim,Ayina hanya mengekori.

"Kim..."

"Takpe,lepas ni confirm dia datang minta maaf kat kau." Kata Ayina,lepas itu kedua duanya mula membisu.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now