Bab 25

4K 193 10
                                    

"Kita kat mana dah ni?" Soal Ayina risau.Sejak tadi mereka berjalan,pemandang sekeliling terasa makin asing.Qing juga diam,tapi jelas tergambar di wajahnya yang dia turut risau.

"Qing kau jangan main main.." Ujar Ayina lagi.Qing memandang wajah Ayina sekejap.

"Mana aku tau," Qing menjeling Ayina.Ayina punya kerjalah ni,nak round satu taman konon.Ingat ni taman kat Sabah ke?Sudahlah tidak bagitau mama atau papa dia dulu.Main pergi begitu saja,Qing pun temankanlah takut nanti Ayina hilang pula.

"Huh,kau ada bawa handphone ke?" Soal Ayina.Qing memeriksa koceknya sebentar.

"Tak adalah pula,kau?" Soal Qing kepada Ayina pula.

"Arghhh!!!Jangan tanya akulah bodoh!" Marah Ayina,Qing hanya mengeluh.Aku pula yang dipersalahkannya.Bisiknya kecil dalam hati.

"Dahlah,kita duduk sebentar kat bangku tu." Ajak Qing,Ayina hanya menurut.Duduk di situ,tak tahu nak buat apa dan Ayina terpandang sekilas pipi Qing yang sedikit kebiru biruan akibat penangannya.Tiba tiba dia rasa bersalah pula.Namun,cepat cepat dia memandang ke arah lain.Manusia di situ bergerak mengikut haluan sendiri,agak sesak ketika itu.

"Hari pun macam dah nak malam,macam mana ni?" Qing menyuarakan kegusarannya.

"Huh..." Ayina pula hanya tau mendengus.Masing masing buntu.

Sampai sejam mereka duduk di situ,menanti mana tau ada keajaiban berlaku.Nak bergerak pun mereka takut,nanti makin jauh kesesatan mereka itu.Ayina sudah tersengguk sengguk kerana mengantuk,cuaca pun terasa makin sejuk.Menggigil kecil mereka dibuatnya,tambah lagi lapar yang sedang ditanggung.

"Hmm,Ayina baringlah kat paha saya kalau mengantuk sangat." Suruh Qing,Ayina pun memang mengantuk tahap dewa dah.Terus dia baring di paha Qing,sekejap saja dia terlelap.

Qing terpukau sekejap apabila betul betul berdepan dengan wajah Ayina yang comel itu.Cantiknya...Tidak dilepaskan matanya melihat pemandangan yang lebih indah itu.Jatuh di bibir merah itu,macam ada tarikan magnet pula.

Ok cukup,cepat cepat Qing melarilan pandangannya ke arah lain.Takut nanti ada pula yang dia terkam.Hatinya memang sudah hilang rentak,berdegup tak tentu arah.Kuat betul godaan Ayina eh.

"Ma..Sejuklah..." Tiba tiba Ayina merengek dan memeluk pinggang Qing,terperanjat habis Qing dibuatnya.Malas pula dia nak kejutkan Ayina dan biarlah sekali sekala dia kena peluk dengan gadis yang dicintainya itu,kan?

☆ ☆ ☆

Ayina mencelikkan matanya perlahan lahan.Apabila matanya betul betul terbuka,terpandang wajah seorang lelaki di atasnya.Er,apa yang dia peluk ni?

"Mak!!" Jerit Ayina dan terus melepaskan pelukannya,apalagi tergolek dia jatuh di atas tanah yang ditimbun salji.Qing yang terkejut,tidak sempat menyelamatkan Ayina.

"Ayina,kau ok ke?" Soal Qing dan cuba membantu Ayina berdiri kembali.

"Ok kau kata,kalau jatuh tu memanglah sakit bongok!" Marah Ayina dan cuba bangkit sendiri,menghiraukan tangan Qing.Ayina duduk kembali di atas bangku.

"Kau sengaja nak ambil kesempatan,kan?" Ayina merenung tajam ke arah Qing.Hari sudah gelap,hanya lampu lampu jalan yang menerangi kawasan situ.Manusia masih ada yang berkeliaran di situ.

"Kesempatan apa pula ni?" Soal Qing.

"Jangan pura pura tak tau lah!Kau sengaja kan biarkan aku peluk kau tadi,kau ni memang gatal.Huh!" Rengus Ayina.

"Apa salahnya,saya kan bakal jadi suami kau juga..." Ucap Qing selamba.

"Please lah,aku tak ingin kau pun.Sikit pun tak,ok!" Ayina memeluk tubuhnya,sejuk kian terasa.Perutnya pun sudah berbunyi minta diisi.

"Tapi aku nak kau." Kata Qing.

"Whatever,sekarang aku dah tak larat nak bergaduh dengan kau.Aku lapar sangat.So,kau tolong diam!" Ujar Ayina,dia tidak pernah menganggap kata kata Qing itu serius.Yang dia tahu,Qing hanya mengusik.Lagipun,dia tak suka Qing!

Qing menyeluk kocek seluarnya lagi."Jomlah beli makanan,aku ada bawa duit sikit.Mungkin bolehlah nak beli makanan untuk kau,"ajak Qing.

"Hah,jomlah." Laju saja Ayina menjawab,Qing hanya tersenyum.Lapar gamak nampaknya Ayina ni.Aku kenalah berkorban sikit untuk Ayina,aku tak makan pun takpe.Bisik Qing dalam hati.

Kemudian mereka melangkah ke sebuah kedai makan yang berdekatan,mujur ada kedai yang dekat dekat sahaja.

☆ ☆ ☆

"Mama..." Jerit Ayina sebaik terlihat kelibat mamanya di situ.

"Ya TUHAN,Yina!Mana korang pergi satu hari ni?Risau kami tahu?!" Sharon memeluk tubuh anaknya itu.

"Kamu pergi mana,Qing?" Soal Zaim pula kepada anaknya.Polis yang telah membantu mereka mencari Qing dan Ayina sudah berlalu pergi.

"Maaf auntie,uncle,saya yang bawa Ayina round taman.Tak sangka pula kami boleh sesat." Jawab Qing cuba menyembunyikan perkara yang sebenar,Ayina hanya memandang Qing sekejap.Terasa pula nak mengaku tetapi dibiarkannya saja.

"Hmm,takpelah Qing.Yang penting sekarang korang dah selamat.Lain kali,bagitahu lah kami dulu ya.Dah,jom kita pergi makan dulu.Pasti korang dah kebuluran ni," kata Grenny,dia menepuk nepuk bahu Qing perlahan.Qing hanya menunduk.

Selepas itu,mereka masuk ke dalam kereta sewaan dan bergerak dari situ.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now