Bab 1

136K 3.8K 103
                                    

Pisau rambo yang terletak di atas meja diambil sebelum senjata tajam itu dilalukan di hadapan wajah lelaki yang telah membuat onar dengan dirinya.

"Aku dah bagi amaran. Jangan cari pasal dengan aku. Tapi, kau degil! So, here is some gift for you, bullshit!" ujar Darren sambil mengukir senyuman sinis.

Sebaik sahaja dia mendengar ugutan Darren, badan lelaki itu terus menggigil ketakutan sehingga terdengar bunyi degupan jantung lelaki itu berdetak.

Sumpah! Dia betul-betul menyesal kerana telah bermain api dengan sang raja yang maha hebat. Sang raja yang mempunyai segala-galanya.

Ya. Lelaki yang dimaksudkan ialah Adam Darren. Seorang lelaki yang sangat digeruni tidak kira di dalam atau di luar negara. Setiap apa yang dilafaz, pasti dia akan tunaikan. Tiada ragu. Tiada nanti.

"Aku merayu. Tolong lepaskan aku. Aku hanya buat apa yang mereka suruh sahaja. " rayu lelaki itu atau nama sebenarnya Ismail.

Dia cuba melepaskan diri. Segala kekukatan dirinya diguna sehabis daya. Namun tidak berjaya kerana tangan dan kakinya sudah diikat ketat.

Darren menayah wajah biasa tanpa sedikit pun memperdulikan kata - kata rayuan yang keluar dari mulut Ismail. Baginya, itu hanya nyanyian 'selamat tinggal' dari mangsanya.

"Jay, uruskan hal budak ni. Pastikan tiada kesan. Aku keluar dulu. " arah Darren kepada kawan baiknya, Jay Aryan.

Jay menganggukkan kepala. Kerja bunuh - membunuh ini serahkan sahaja padanya. Lagipun, dia tahu Darren tidak akan mengotorkan tangannya dengan membunuh budak anjing kurap seperti Ismail. Useless!

• • • •

Qayrin berlari dengan sekuat hati. Dia ingin lari daripada lelaki jahanam itu. Lelaki yang telah hampir meragut maruah dirinya. Lelaki itu juga yang selama ini disanjung dan dipuji sebagai lelaki idamannya.

Namun, apakan daya. Lelaki itu telah menghianati segala - segalanya.

"Hei, perempuan! Kau nak lari mana? Kau ingat kau boleh lari?" jerit Ilham dari arah belakang. Dia turut mengejar langkah perempuan itu.

'Kau takkan boleh lari daripada aku, Qayrin Elisha. Takkan!' desis Ilham dalam hati.

Qayrin berlari lagi sehingga ke suatu lorong yang sunyi dan gelap. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang. Air liur diteguk kesat saat melihat lorong itu hanya ditemani lampu jalan. Tanpa disedari, lariannya semakin perlahan.

"Got you! " ujar Ilham sambil memegang lengan Qayrin. Qayrin berpaling lalu tubuhnya terus disandarkan ke dinding oleh Ilham.

Wajah Ilham didekatkan jaraknya dengan wajah pucat Qayrin. Qayrin berdebar. Dia dapat merasakan deruan nafas Ilham di pipinya.

" Jangan. Kau. Sentuh. Aku. " ucap Qayrin satu persatu. Mukanya merah menahan marah yang membara di dalam dirinya.

Pang!!

Pipi putih Qayrin menjadi mangsa tangan Ilham. Pijar rasa pipinya ditampar oleh lelaki itu.

"Ada aku kesah? Hahaha!! Kau akan jadi habuan aku malam ni, sayang. Thank you and love you so much. " bisik Ilham di telinga Qayrin.

Qayrin menayang wajah menyampah.
Geli rasanya mendengar ucapan itu. Kalau dulu mungkin dia akan tersenyum tapi tidak kini. Dia benci dengan lelaki yang bernama Ilham itu.

'Ya Allah! Kau tolonglah hambamu ini.' Doa Qayrin dalam hati.

Satu - persatu air matanya jatuh membasahi pipinya. Lagi sekali pipinya ditampar. Dia sudah lemah dan tidak mampu untuk melawan lagi.

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now