Bab 4

65.3K 2.8K 59
                                    

Qayrin berjalan kehulu - kehilir. Dah macam orang mati suami. Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan. Sekejap duduk , sekejap dia bangun.

" Macam mana nak cakap eh!? " Gumam Qayrin sendirian. Kepala yang tidak gatal digarunya. Rambut yang terjuntai di dahi disikap lembut.

" Kau nak cakap apa? " Soal Darren dari arah belakang. Dia baru sahaja selesai membuat senaman ringan di dalam biliknya. Niat dihati ingin turun ke bawah untuk minum hilangkan dahaga alih - alih dia mendengar suara seseorang.

Qayrin tersentak. Terkejut tak berkepalang dirinya.
Dia berpaling mengadap kearah Darren namun cepat - cepat dia menundukkan wajah. Tidak mahu mencemar penglihatan sucinya itu.

" Apsal kau tunduk? Kenapa? Lantai tu lebih hensem daripada muka aku ke? " Perli Darren sambil tersenyum sinis kearah Qayrin.

Qayrin yang mendengar terus menggeleng laju. Bukan itu sebabnya dia menundukkan wajah tapi dia menundukkan wajah disebabkan terlihat separuh tubuh badan milik Darren yang sudah terdedah.

Mana tidaknya , dia hanya memakai T- shirt putih hitam yang tidak berlengan. Dan seluar pendek hitam setakat peha. Terserlah tubuh badannya yang agak 'seksa' itu.

" Bukan sebab tu lahh..." Bantah Qayrin. Pandangan masih tidak tercacap pada lelaki itu.

Darren mencebik. Pantas sahaja langkahnya mendekati Qayrin. Qayrin yang menyedari jarak antara Darren dan dirinya sangat dekat , cepat - cepat bergerak. Namun , Darren lebih tangkas. Tangannya terus naik mengepung Qayrin.

Qayrin berasa cemas. Dia bergerak ke belakang cuba untuk melarikan diri daripada menjadi 'mangsa' namun terhenti kerana pergerakkannya dihalang oleh dinding.

Qayrin kini sudah tidak boleh lari kemana - mana lagi. Lelaki dihadapannya ini sudah 100% mengepung akannya.

" Ss..stop..please.." Qayrin bersuara dengan keadaan separuh merayu. Darren hanya membiarkan rayuan Qayrin. Matanya tajam memerhati segenap inci wajah polos milik Qayrin.

Qayrin yang perasan akan cara Darren memandangnya mula berasa tidak selesa. Dia berasa gerun dan takut dengan lirikkan mata Adam Darren yang tajam.

" Why should I? " Darren bersuara membalas kata - kata Qayrin. Tangan kanannya naik mengusap kasar rambut panjang milik Qayrin. Habis kusut - masai rambut dibuat olehnya.

" Hisy!! Janganlah usik rambut saya. " Marah Qayrin sambil tangannya memberhentikan pergerakan Darren.
Rambut hitamnya dirapikan semula.

" Ikut suka hati aku lah. Dah! Aku nak tanya apa yang kau nak cakap sangat tuh!? Macam penting je? " Soal Darren.

Qayrin mendengus.

" Saya sebenarnya nak minta izin awak untuk keluar esok. Saya nak beli baju. Haritu kan saya ikut awak sehelai sepinggan je. Lagipun , saya segan nak pinjam baju Leya. Boleh kan? " Aju Qayrin kepada Darren. Matanya dikebil - kebilkan. Gaya manja gitu!

Dia sudah mula berasa selesa dengan Darren cuma tidak keseluruhannya. Masih ada perasaan takut dan gementar bila bersama dekat dengan lelaki itu.

Darren berfikir sejenak. Setelah beberapa minit diambil , akhirnya dia mengangguk dan membenarkan Qayrin keluar.

" But with one condition?! "

Qayrin mengerutkan dahinya. Syarat? Syarat apa pulak ni?

" Apa dia? "

" Aku kena ikut kau sekali. " Ujar Darren dengan muka selambanya.

Qayrin mengelopong. Apa? Dia kena ikut sekali? Mana boleh!

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now