Bab 21

42.8K 1.7K 103
                                    

Pintu bilik dikuak dari luar. Wajah lelaki yang bertanggungjawab menculiknya menerpa masuk.

" Nah! Ni makanan untuk kau! " Bekas plastik yang berisi makanan diberikan kepada Qayrin. Qayrin hanya diam. Tidak memberikan riaksi apa - apa.

" Wey , Perempuan. Aku bagi ni makanlah. Apahal yang kau susah sangat nak makan? " Herdik Areid berang.

Qayrin menjeling.

" Tolong lepaskan aku. Aku tak nak makan. Aku tak lapar. Aku cuma nak kau lepaskan aku..." Rayu Qayrin untuk entah ke berapa kali.

Areid terseyum sinis. Mustahil dirinya akan termakan dengan pujuk rayu wanita dihadapannya ini.

" In your dream. Sampai mati pun aku takkan lepaskan kau selagi nyawa suami kau belum ada dalam genggaman aku. Aku nak tengok kau dengan suami kau mati dalam terseksa. " Balas Areid.

Qayrin menahan sebak.

Tidak mahu mengalirkan mata buat lelaki yang berperangai seperti binatang dihadapannya ini.

" Aku tak kira. Aku nak kau makan. " Bekas itu sekali lagi dihulur. Qayrin masih lagi berkeras.

Walaupun perutnya sudah daripada tadi berbunyi menandakan dia sedang menahan lapar.

" Aku tak nak. " Jawab Qayrin sepatah. Pantas wajahnya berpaling kearah lain.

Tidak mahu melihat wajah lelaki itu..

" Ikut suka hati kaulah. Kalau kau tak nak makan , nanti kau mampus. Lagi senang kerja aku. Nanti , suami kau tak perlu akan berat - berat sebab dia akan angkat tengkorak aja. " Sinis sekali Areid membalas ucapan Qayrin.

Qayrin mengeluh.

Akhirnya , dia mengalah. Perutnya sudah memulas menandakan dia sedang berada di tahap 1=penyakit kelaparan.

Bekas polistrena bertukar tangan. Sudu yang sudah tersedia diambil dan dicedokkan nasi masuk ke dalam mulutnya.

Areid mengangguk dan berlalu keluar.

Ingin melihat kerja anak - anak buahnya yang sedang membungkus dadah ke dalam anak patung.

" Stock cukup? " Soal Areid kepada Keith. Keith mengangguk.

Stock untuk dadah sejenis syabu ini lebih dari cukup. Siap ada extra pil kuda dan pil enteksi(?) lagi.

" Suruh budak kita packing elok - elok. Jangan bagi jatuh or miss pun. Klien kita sekarang ni tawarkan harga lumayan. Aku tak nak terlepas. Faham? " Beritahu Areid.

Mana mungkin dia akan menyuruh budak - budaknya untuk membuat kerja sambil lewa.

Pembeli dadahnya ini menawarkan harga hingga berjuta - juta ringgit.

" Baik Bos. Nanti Aku akan bagitahu mereka semua. " Jawab Keith dan berlalu ke bilik rahsia mereka.

Tempat dimana proses pembungkusan dadah dilakukan.

¤¤¤¤¤

Telefon milik Darren berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

Sekarang , Darren dan yang lain - lain berada di Markas.

Unknown number? Darren pelik. Siapa pula gerangan yang menelefonnya ini. Hmm?

' Hello! Darren speaking.'

' Wow! As usual. Takkan
Kau tak kenal suara aku kut?'

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now