SPECIAL CHAPTER 4

27.1K 1.1K 6
                                    

Fasha melemparkan pandangan kearah timbunan bangunan yang sedang teguh berdiri.

Dia sekarang sedang menghilangkan bosan di balkoni biliknya. Qayrul? Sejak pagi lagi sudah keluar. Ada urusan katanya.

Dia berkira - kira ingin melawat keluarga Abang iparnya , Jay dan Darren. Bolehlah hilangkan bosan di rumah.

Minggu depan baru dia akan memulakan kerjayanya sebagai seorang Pereka Fesyen di salah sebuah butik milik sahabat baiknya.

Telefon Iphone 5 miliknya diambil dan dia membuat pesanan ringkas memberitahu Qayrul yang dia akan ke rumah Jay dan Darren.

Tudung bawal berwarna hitam dan cardigan diambil dan dipakaikan ke badan.

Kunci kereta Swift miliknya diambil dan berlalu turun ke bawah seterusnya bergerak keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

Nasib baik jarak antara rumah Jay dan Darren hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk sampai.

____

Jay sibuk melayan kerenah anak - anak saudaranya yang sudah semakin membesar.

Dia dan Darren sedang mengajar Adyan , Adney dan Adrian mempelajari ilmu seni pertahankan diri.

" Adney , luruskan tangan tu. Jangan lembik! " Tegur Darren tegas. Adney hanya mengangguk dan menayang wajah serius.

Tiada sekulumit pun senyuman dan gelak tawa di bibir tiga orang kanak - kanak itu.

Adrian dan Adyan pula diajarkan oleh Jay tentang cara - cara untuk berlawan menggunakan kayu.

KTANG!!

KTANG!!

KTANG!!

KTANG!!

Bunyi kayu yang mereka gunakan untuk berlawan berlaga. Adrian menghayunkan kayu dihadapan wajah Adyan , namun sempat dihalang olehnya.

" Good! Pandai Ayan elak. Rian jangan terlalu laju takut nanti kena dekat muka Ayan. Kita praktis je dulu. " Nasihat Jay kepada mereka berdua.

Adrian dan Adney hanya mengangguk dan meneruskan semula sesi latihan mereka. Banyak yang perlu mereka pelajari lagi.

" Betul tu. Baba nak kamu tahu yang basic dulu. Nanti kalau buat yang lebih - lebih , tak pasal - pasal Baba kena bebel dengan Umi kamu tu. Tak pun , Baba kena tidur luar sebulan. " Sampuk Darren juga.

Tak tertanggung dan terbayang olehnya kalau terpaksa kena berdepan dengan bebelan isterinya.
Mahu berdarah telinganya.

Jay ketawa kecil.

" Kau jangan nak gelak sangat. Tunggu la bila kau ada anak nanti , nasib kau lagi teruk daripada aku. Huh! " Marah Darren sambil menjeling kearah Jay.

Jay mengangkat bahu sebelum menghampiri Adney. Darren mendengus geram.

-----

Fasha memakirkan keretanya di depan pintu pagar. Enjin dimatikan dan pintu dibuka.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Abang Ipar sulungnya Darren.

Dari jauh kelihatan figura Darren dan Jay bersama - sama dengan anak - anak buahnya.

Fasha tersenyum kecil sebelum bergerak menghampiri mereka yang disitu.

" Assalamualaikum. " Ujar Fasha sambil tersenyum. Triplet yang melihat ibu saudaranya itu terus melulu memeluknya.

" Aunty Asha!! " Jerit Triplet serentak. Fasha ketawa kecil melihat teletah tiga orang budak itu. Sungguh mencuit hati.

" Ya , Sayang. Tengah buat apa , sekarang? " Soal Fasha berbasa - basi. Walhal dia sudah tahu jawapannya.

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now