Bab 15

50.1K 2K 105
                                    

Areid memandang pelik pada anak buahnya yang berwajah cemas. Berkerut dahinya.

" Korang semua ni dah kenapa? Muka macam ayam berak kapur je? " Soal Areid pelik.

" Bos ada benda kitaorang nak tunjuk dekat bos. " Jawab salah seorang daripada anak buahnya.

Tiba - tiba kelihatan beberapa orang daripada mereka datang dengan memapah mayat Don dan anak - anak buahnya yang telah lunyai dikerjakan oleh Jay dan Darren.

" Siapa ni? " Soal Areid lagi. Ngeri sungguh dia melihat keadaan tiga orang mayat itu.

Dengan muka dan seluruh badan dipenuhi dengan kesan lebam dan calar balar.
Ada juga kesan torehan pada wajah , bahu dan kaki.

Mulut mereka juga sudah tidak nampak bentuk seperti dipotong.

" Don , Jamal dan Ah meng." Jawab Fasha , teman wanita Areid. Dia mengambil tempat diatas kerusi sofa di bilik Areid.

Areid terkejut. Don?

" Kau biar betul? Siapa bunuh? " Balas Areid sambil cuba membelek untuk mengenal pasti adakah betul apa yang diperketakan oleh Fasha.

" Siapa lagi kalau bukan Darren. Dia culik dan bunuh. Aku dapat tahu pun ada orang yang bagitahu. " Jawab Fasha lagi.

" Bangsat!! Berani dia bunuh orang kepercayaan aku. Aku tak sangka yang Darren boleh bunuh Don sampai macam ni sekali. Kau? Aku suruh kau untuk intip dan jaga mereka kan? Asal kau tak buat? " Marah Areid lalu bergerak menghampiri Fasha.

Rambut gadis itu ditarik kuat seperti hendak tercabut dari kulit kepala.

Fasha meraung kesakitan. Tangannya naik memegang pergelangan tangan Areid untuk meleraikan tautan pada rambutnya.

" Sakitlah Bodoh! Aku dah buat macam apa yang kau suruh tapi diorang lebih tangkas daripada kita. Lepaskan aku..." Rayu Fasha kepada Areid. Air matanya sudah laju menitis.

" Argghh..Aku tak kira. Disebabkan kau , aku dah hilang orang yang boleh tolong aku. Nak harap kan kau? Sampai kesudah belum tentu kau boleh tolong aku." Beritahu Areid lagi. Kali ini , tubuh badan Fasha ditolak keatas kerusi. Rasanya boleh patah pingganggnya.

" Ini amaran terakhir untuk kau , Fasha. Aku tak nak plan kita gagal lagi disebabkan kebodohan kau!! " Ujar Areid Sinis.

Fasha hanya mengangguk lemah.
Perlahan - lahan dia keluar dari bilik Areid dan berlalu masuk ke dalam biliknya.

" Sial la. Dah , Korang pergi uruskan mayat ni. Aku nak rehat. Kalau ada apa - apa inform aku. Keluar! " Arah Areid pada konco - konconya.

••••••

Gambar sepasang bayi yang sedang berada dalam dukungan dua orang tua ditatap lama. Tangannya juga naik mengusap wajah - wajah insan yang disayangi.

" Aku akan pastikan yang aku akan dapat balas dendam atas kematian ibu bapa aku. Disebabkan kau , aku hilang keluarga aku. Aku hilang kasih sayang ibu bapa , aku hilang kasih sayang seorang kakak. "

Dipandang gambar seorang lelaki yang diletakkan di dinding dengan perasaan yang penuh dendam dan benci. Sudah bertahun lamanya , dia mencari maklumat dan mengintip setiap gerak - geri lelaki itu.

Hanya perlu masa yang sesuai untuk menamatkan riwayat dan melunaskan dendam yang sudah lama bersarang dihatinya.

•••••

Darren pelik melihat isterinya yang sedang berbisik - bisik dengan Aleya. Kadang - kadang tergelak. Kadang - kadang tersenyum.

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now