Bab 27

33.5K 1.3K 31
                                    

Darren bergegas merapikan dirinya di hadapan cermin lalu dengan segera mengambil briefcase dan kunci kereta Audinya.

Kot yang disangkut di kepala kerusi sempat dicapai sebelum berlalu turun ke bawah.

Qayrin yang sedang menyiapkan sarapan buat suaminya hanya mendiamkan diri pabila melihat Darren yang tergesa - gesa keluar dari rumah tanpa sempat menjamah atau bersarapan pagi bersama.

Bukan itu sahaja , Qayrin juga tidak sempat untuk menyalami dan mencium pipi Darren seperti kebiasaan yang mereka berdua lakukan.

Nak kata lambat , baru pukul 8:00 , sedangkan waktu bekerja bermula pada pukul 9.00. Ada satu jam lagi.

" Eeeii..Penat - penat aku buat. Dia boleh blah macam tu je. Eeei..sakitnya hati." Rungut Qayrin geram sambil mencucuk - cucuk sosej yang digorengnya dengan garpu.

' Ni mesti ada something yang dia sorokkan daripada aku. Sebab aku perasan dia dah lain. ' Desis Qayring prasangka.

¤¤¤

Qayrin mengajak Aleya agar menemaninya bersiar - siar di luar. Bosan. Itu yang dia rasakan sekarang ini. Triplet? Dia tinggalkan di rumah ibu mertuanya , Puan Sri Aina.

Dengan Darren yang semakin hari semakin berubah dengannya , membuatkan dirinya berasa tertekan.

Selalu , Setiap saat , setiap minit. Darren pasti akan message atau menghubunginya. Tapi tidak kini.

" Kak Ayrin sihat ke? Leya nampak macam Kak Ayrin lesu je? Ada problem ke? " Soal Aleya prihatin. Sekarang , mereka berada di Restoran untuk menjamu selera.

Qayrin menghela nafas berat.

" Abang Darren." Jawab Qayrin sepatah.

Aleya menggerutkan dahinya. Abang Darren?

" Abang Darren? Kenapa dengan Abang Darren? " Soal Aleya lagi kerana tidak faham akan maksud kakak iparnya itu.

" Abang Darren dah berubah. Dia..Dia..Dia dah tak macam dulu. Selalu balik lewat and tak ada masa untuk Kak Ayrin. Pagi tadi , nak breakfast pun tak sempat. Padahal baru pukul 8." Luah Qayrin setelah sekian lama memendam.

Dia tiada orang lain untuk mengadu selain Aleya.

Aleya mengangguk menandakan dia faham akan perasaan dan masalah Kakak iparnya.

" Akak ada tanya tak kenapa Abang balik lewat? " Balas Aleya.

Qayrin mengangguk.

" Tanya. Dia kata dia busy sebab nak kena handle banyak projek. " Beritahu Qayrin acuh tak acuh.

Aleya berfikir sejenak. Susah juga sebab dia pun belum pernah ada pengalaman dalam situasi Qayrin.

" Kak Ayrin ada syak apa - apa ke? "

" Ada. "

" Apa dia? "

" Abang Darren ada orang lain."

Aleya yang sedang menghirup air kopinya tersedak kuat. Sampai terkeluar.

" Are you serious? " Jerit Aleya tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut Qayrin.

Orang lain?

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now