Bab 2

73.6K 3.6K 188
                                    

Qayrin terpaku dengan dekorasi biliknya itu. Sungguh besar dan mewah.

Aleya yang melihat reaksi wajah teruja Qayrin hanya tersenyum kecil. Baginya , Qayrin satu - satunya wanita yang mempunyai sesuatu yang 'istimewa' yang membolehkan dirinya berdampingan dengan abangnya.

Selama dia hidup bersama abangnya , tidak pernah sedikit atau sebesar zarah sekalipun , abangnya itu terfikir akan membawa perempuan tinggal di sini. Girlfriend? Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup lelaki bernama Adam Darren.

Dia berani gigit jari la tentang sikap Darren itu. Abangnya itu terkenal sangat dengan sikap BDTP! Beku , Dingin and Tak Berperasaan kalau dengan perempuan.

" Kak Ayrin suka tak dengan bilik ni? " Soal Aleya. Dia mengambil tempat duduk diatas katil bersebelahan dengan Qayrin.

Qayrin dengan pantas mengangguk laju.

" Good! Kalau macam tu. Leya tinggalkan Kak Ayrin dulu ye. Enjoy your time! " Pamit Aleya. Dia ingin memberi ruang untuk Qayrin berehat.

" Thank you , Leya. " Balas Qayrin. Dia memutuskan untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Kain tuala yang sudah tersedia di penyidai diambil dan terus menuju ke dalam bilik air.

***
Darren memandang Jay Aryan dengan pandangan yang pelik.

" Apahal kau tengok muka aku macam tu? Ada yang tak puas hati ke? " soal Darren sambil berpeluk tubuh memandang Jay. Dia dengan Jay sekarang berada di Markas mereka.

Jay tersenyum sinis.

" Who is she? I know that girl are totally different and special for you right? What's her name? " Soalan Darren dibalas dengan soalan juga. Dia masih teringat bagaimana Darren mengambil berat akan perempuan itu.

" Mind on your business , Jay. Nama perempyan tu Qayrin Elisya. " Jawab Darren sambil melarikan pandangan kearah lain. Busy body betul!

Jay Aryan ketawa kecil. Sikap Darren lain apabila topik Qayrin dibualkan. Like something is not right!

•••

Keesokkan paginya , Qayrin tidak terus tidur selepas solat subuh. Dia berhajat untuk menyiapkan sarapan untuk Darren dan Aleya sebagai tanda terima kasih kerana telah menolongnya dan membenarkan dia tinggal di sini.

Qayrin turun ke bawah lalu menyapa Mak Wan yang sedang mencuci pinggan di Sink.

" Assalamualaikum , Mak Wan. " Ucap Qayrin mesra. Mak Wan yang sedang mencuci pinggan itu segera berpaling. Senyuman manis diberikan untuk gadis cantik dihadapannya.

No wonder lah Darren boleh tersangkut dengan gadis ini.

" Waalaikummussalam. Anak ni nama apa? " Jawab Mak Wan.

" Nama Saya Qayrin Elisya. Mak Wan boleh panggil saya Ayrin. Saya nak minta tolong sikit , boleh? " Balas Qayrin.

Mak Wan menggangguk.

" Mak Wan boleh tolong Ayrin siapkan bahan - bahan untuk buat makanan kegemaran Darren dengan Aleya tak untuk breakfast. Saya nak masak sebagai tanda terima kasih. " Beritahu Qayrin jujur.

" Oh. Tak ada masalah , Ayrin. Kalau. Darren , dia suka nasi lemak sama jugak dengan Aleya. Mak Wan baru nak sedia bahan untuk buat nasi lemak. " Ujar Mak Wan.

" Takpelah kalau macam tu. Kali ni , biar Ayrin yang masak. " Jawab Qayrin sambil tangannya lincah menyiapkan sarapan ' Nasi Lemak ' untuk Darren dan Aleya.

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now