Bab 24

35.2K 1.5K 32
                                    

Fasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak cakap ke tidak? Arghh!! Kusut kepala aku.

Qayrul disebelah dijeling sekilas. Dari tadi mereka berdua hanya berdiam diri.

" Aa..Ayrul.." Panggil Fasha perlahan. Wajahnya dihadapkan kearah Qayrul disebelah. Mereka sekarang berada di Tasik Putrajaya.

Qayrul menyahut.

" Hmm.."

Fasha gigit hujung bibir. Tak da mood ke mamat ni?

" Fasha , Awak ada apa - apa nak bagitahu saya ke? " Sudahnya Qayrul yang menyoal apabila melihat Fasha yang seperti hendak tidak hendak sahaja.

" Ssa..sa..saya nak cakap yang..ssaya "

Belum sempat Fasha menghabiskan percakapannya , perbualan mereka diganggu apabila telefon milik Qayrul berdering.

" Ohh..Sorry. "

Pamit Qayrul sekejap. Dia berpaling ke sebelah.

" Hello! Ye. Okay. Nanti I datang. You tunggu dekat situ. I'm on my way.  You jangan pergi mana - mana. Bye. Take care. "

Sayup - sayup Fasha mendengar bait - bait  bicara antara Qayrul dengan orang yang menelefonnya itu.

" Siapa yang call? "

" Kenapa suara macam perempuan? "

" Dia nak pergi mana? "

Bermacam - macam soalan bermain dalam mindanya. Entah kenapa hatinya dipaut rasa curiga dan cemburu.

Takkan Qayrul sudah berputus asa?

Takkan dia ada pengganti aku?

Ke dia memang tak sayang aku?

Ke dia tipu aku?

Lagi sekali dirinya berperang dengan perasaan  sendiri.

" I got to go. Urgent. We talk later , okay. " Pamit Qayrul lalu terus berlalu meninggalkan Fasha yang terpinga - pinga.

Fasha hanya menghantar pemergian Qayrul dengan hujung matanya.

How could you?
Awak cakap awak suka saya?
Tapi?

¤¤¤¤

Darren menggeleng melihat tingkah laku Adik dan kawan baiknya ini. Jay dan Aleya.

Isteri disebelah disonggol meminta kepastian. Apa yang sebenarnya berlaku antara mereka berdua ni?

Qayrin mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu punca pergaduhan Jay dan Leya. Sorang ke Barat sorang ke selatan.

Masing - masing mempamerkan wajah cemberut. Qayrin geleng kepala.

" Kenapanya ni? Perang dingin ke? " Soal Darren memecah kesunyian. Niat mereka baik datang untuk berbual alih - alih dihidangkan dengan sesi pergustian.

Mana tidaknya habis barang dalam rumah ni bersepah. Yang periuk bertebangan macam piring UFO terjelompok jatuh depan - depan hujung kakinya.

Bantal hilang. Sofa senget. Kerusi tertonggeng. Dah macam tempat pelupusan sampah. Tikus pun tak berani tidur.

" Kawan abang ni lah. Tak Romantik langsung. Benda yang paling penting pun boleh lupa. Nak kata tua , tak pulak. " Perli Aleya menjawab pertanyaan abangnya.

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now